APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, February 13, 2011

ImPiAn SeLePaS SeBuLaN

8hb Februari 2011, Jam 2234

13 Disember 2010 menjadi tarikh pertama kalinya aku bekerja secara professional. Memang tidak dinafikan ada yang beranggapan pemegang ijazah sarjana muda mampu memperoleh kerjaya yang lebih baik berbanding yang di depan mata sekarang ini. Tapi hakikatnya dunia sekarang ini sukar untuk memperoleh kerjaya tanpa kreteria asas untuk menempuh alam pekerjaan. Pengalaman, kreativiti, dan aplikasi yang masih di tahap permulaan memerlukan kesabaran dan usaha disamping tawakkal kepada Tuhan.

3 pemohonan sehari bukan satu perkara yang mudah. Korban sedikit masa cuti tanpa diberikan sebarang Extra Salary, luangkan masa selepas office hour tanpa sebarang O.T allowance, dan habiskan minyak kenderaan juga top up tanpa sebarang Mileage and Handphone claims dibenarkan. Namun begitu keadaan kini semakin berubah baik. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu, mendorong dan memberikan kerjasama dalam memastikan peningkatan prestasi yang konsisten.

Yang sentiasa menjadi mangsa ialah awak. Ya, awak. Bila terjatuh, awak bantu untuk bangkit semula. Bila terasa lemah, awak berikan kata-kata semangat. Apabila gemuruh, awak lorongkan ke arah ketenangan. Awak yang sentiasa menjadi mangsa untuk menaikkan diri ini. Namun sebagai balasan untuk segala usaha awak, bayaran yang dikenakan adalah masa untuk kita berkurang. Kita tak lagi sentiasa ber-sms seperti sebelum. Tiada lagi istilah Keep in Touch dan Weekend for Us. Maaf atas segalanya. Terima kasih, kepada awak yang tidak pernah jemu menanti, bersabar dan sentiasa ada bersama.

Harapan menggunung mengharapkan tempoh sebagai pegawai pemasaran ini sekadar untuk satu tempoh yang pendek dan beralih kepada eksekutif bank berstatus kontrak selepas tempoh 6 bulan dari tarikh lantikan pegawai pemasaran, dan juga bertukar kepada eksekutif bank berstatus tetap setelah 6 bulan berikutnya. Impian semakin mendekati, harapan semakin menggunung dan juga keghairahan membuak-buak. Semoga impian menjadi kenyataan. Terima kasih, semua.

2 comments:

-yana mz- said...

xpe lah awk..keje elok2 ye...
=)

Ron Fitri said...

terima kasih, awak..=)