APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, February 13, 2011

DeRiTa bErGeLaR SaUdArA BaRu

11 Februari 2011, Jam 2304

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Nukilan kali ini berkisarkan tentang apa yang baru aku dengar, lihat, dan selami selepas sesi ceramah di Bank Rakyat Kuala Selangor pada jam 6 petang tadi. Di bank, sesi ceramah seperti ini diadakan sekiranya ada tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam yang semakin menghampiri. Contoh, ceramah kali ini adalah sempena Maulidur Rasul pada 15hb Februari 2011. Pada asal, topiknya berkaitan dengan Maulidur Rasul. Tapi lama kelamaan bertukar kepada kisah hidup penceramah itu yang berstatus seorang Muallaf.

Banyak perkara yang menarik perhatian aku. Menjadi seorang berstatus Mu'allaf atau lebih dikenali sebagai SAUDARA BARU bukan suatu perkara yang mudah. Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr., anak kelahiran Sabah ini memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang beragama Kristian. Lahir dari kalangan keluarga yang taat kepada agama Kristian. Namun begitu, dia tertarik kepada agama Islam ini yang begitu indah dan sempurna secara teorinya.

Dipendekkan cerita, beliau akhirnya memeluk Islam. Namun begitu, nilai murni yang dipelajari dalam Islam secara teori itu jarang dilihat, apatah lagi melihat ada yang mengamalkannya. Orang Islam sendiri tahu bahawa mereka diperintahkan untuk bersolat. Namun ada jawapan-jawapan sinis yang berbunyi "Aku solat pun bukannya boleh kaya". Apabila diperintahkan berzakat, lahir keluhan "Nanti jatuh miskin lupa aku ni". Arahan menutup aurat pula dibantah "Panas lah pakai tudung. Tak ikut trend semasa betul". Adakah orang yang bercakap ni tak fikir apa persepsi yang akan dilemparkan oleh dia? Cakap ikut apa yang terlintas kat hati je. Orang cakap kalau nak bodoh tu boleh, tapi jangan bodoh sangat.

Kecewa dengan maklum balas itu, dia mencuba pada ustaz dan imam. Namun begitu, ustaz dan imam juga tidak ada beza. Ada yang merokok, menyingsing kain sehingga paras peha, dan tidak kurang juga ada yang sibuk bercerita tentang hal-hal dunia di dalam masjid. Jadi, dia memutuskan untuk kembali kepada agama Kristian yang mana penganutnya taat kepada perintah Tuhan mereka tanpa banyak bicara dan nampak lebih baik berbanding agama Islam.

Namun cerita tidak berhenti disini. Kerana tidak berpuas hati dengan Islam secara realitinya, dia membuat kajian antara Bible dan al-Qur'an. Akhirnya penemuan dia menunjukkan agama Islam adalah agama yang sempurna. Dan akhirnya dia kembali memeluk agama Islam semula. Kali ini dia kembali kepada Islam bersama 3 orang rakan wanitanya.

Apabila memeluk Islam dan secara automatik memegang status sebagai seorang Mu'allaf. Seperti yang dijangkakan, keluarganya tidak pernah suka dan ingin dia kembali kepada agama Kristian. Bermacam-macam perkara yang dialami semata-mata kerana keluarganya ingin dia kembali kepada agama Kristian. Oleh kerana tidah tahan, dia lari dari rumah dan mencari perlindungan di Masjid. Kawan-kawannya juga ikut bersamanya mencari perlindungan atas alasan yang sama.

Namun begitu, ada perkara yang kurang enak untuk didengar apabila dia ingin mencari perlindungan di sana. AJK masjid mengatakan kepadanya bahawa masjid tidak boleh jadi tempat untuk tidur. Masjid adalah tempat bersolat dan beribadah. Kemudian, mereka cuba di surau-surau pula. Jawapan yang sama diterima. Jadi ke mana tempat yang hendak di tuju sekiranya tempat yang paling mereka harapkan untuk mendapatkan perlindingan tidak menerima? Akhirnya mereka bertekad untuk merempat di kaki lima. Dia merasakan oleh kerana dia lelaki, maka kurang menjadi beban. Tapi fikirlah tentang 3 orang rakan wanita yang bersamanya. Oleh kerana kepayahan yang mereka hadapi, wanita-wanita itu kembali kepada agama Kristian. Apabila ditanyakan pengalaman sebagai Muslimah selama tempoh itu, jawapan mereka "Hidup sebagai Mu'allaf bagaikan hidup di neraka".

Jadi, cerita untuk wanita-wanita itu terhenti setakat di situ. Di pihak Ikhwan pula dia tahu bahawa Mu'allaf berhak menerima Zakat atas tiket sebagai seorang yang baru memeluk Islam. Lalu dia cuba untuk memohon bantuan Zakat. Kelayakan adalah sangat ketat. Pihak zakat mahukan penyata pendapatan keluarga, tahap kewangan diri, pengesahan dari ketua kampung dan sebagainya. Tapi bukankah apa bila seseorang berstatus Mu'allaf layak menerima zakat tanpa mengira sama ada kaya atau miskin. Kenapa perlu untuk melihat tahap pendapatan. Bukanlah niat untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu. Tapi di sini sekaligus mampu meruntuhkan niat mereka-mereka yang ingin memeluk agama Islam kerana takut tiada pembelaan dari Islam.

Bagi yang berminat untuk mengenali dia, disini saya sertakan link untuk ke blog dia

"http://jihadinsan.blogspot.com/?zx=6d1f136205ecc099"

Banyak lagi yang ingin dikongsikan. Tapi cukup lah setakat ini. Kesimpulannya, masyarakat kita yang telah berstatus Muslim sejak dari lahir ini tidak memberikan layanan yang baik kepada mereka sehinggakan ada yang sanggup kembali kepada agama asal mereka semata-mata kerana tidak diterima oleh kita sendiri. Fikir-fikirkan lah. Sekian.

No comments: