APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Saturday, January 5, 2013

SaLaM KauT

Akhir-akhir ni banyak jugak jemputan kenduri yang aku dapat. Cheit! Bukan baru-baru ni je banyak dapat jemputan kahwin. Dah dari habis belajar tu dah mula dapat banyak jemputan kahwin. Tapi sejak akhir tahun lepas baru mula rajin pegi kenduri. Lagipun jemputan kahwin yang sebelum ni banyak dari kawan-kawan UiTM Segamat. Payah nak pegi sana. Jauh kot Bukit Kapar ke Johor tu.

Jadi bila dah rajin pegi kenduri ni, tiba-tiba timbul 1 persoalan yang aku dengan beberapa member Bank Rakyat Kuala Selangor. Persoalan berkaitan Salam Kaut. Salam Kaut? Ada kot yang tak tau apa maksud Salam Kaut. Macam ni. Salam Kaut ade jugak yang panggil Salam Becek atau Salam Keruk. Maksudnya sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada pihak tuan rumah yang mengadakan majlis. Majlis tu contohnya macam majlis kahwin dan knduri cukur jambul. Tapi yang glamour nya dekat majlis kahwin lah. Sesetengah tempat je yang amalkan macam sekitar Meru, Kuala Selangor dengan Tanjung Karang. Tak jadi kewajipan pun untuk bagi tu. cuma sekadar sumbangan ikhlas je.

Jadinya persoalan yang timbul ialah dengan siapa Salam Kaut tu nak di bagi? Tuan rumah atau pengantin? Pendapat kawan aku cakap kasi pada tuan rumah ataupun ibu @ bapa pengantin. Maknanya tak kisah sapa pun yang jemput, Salam Kaut tu tetap bagi pada tuan rumah.


Pendapat mak aku pulak kasi pada pengantin ataupun kepada sapa yang jemput kita. Misalnya yang jemput tu dari ibu bapa pengantin, Salam Kaut tu bagi pada salah sorang ibu bapa tu. Tapi kalau yang jemput tu pengantin, nanti Salam Kaut tu bagi kat pengantin. Biasanya kalau pengantin yang jemput, maknanya pengantin tu kawan kita la kan.

Lepas tu, ada yang tanya kalau pengantin tu lain jantina dengan kita macam mana nak kasik? Senang je. Pandai-pandai la. Pegang la sampul kita tu hujung-hujung je. Automatic pandai la pengantin tu nanti sambut. Orang nak kasik duit tu. Haha!

Jadinya mana satu teori yang betul? Bagi kat orang yang menjemput ke kat tuan rumah? Aku punya pendapat bagi pada orang yang jemput lah. Tapi orang yang jemput tu sama ada pengantin atau tuan rumah je. Jangan la pulak kasi pada orang yang round keliling kampung bagi kad jemputan tu.

Tapi macam mana pun yang penting pemberian tu perlulah ikhlas dan niat untuk meringankan beban tuan rumah disamping memberi hadiah sebagai ucapan tahniah dan sebagainya. Tak gitu? Sekian.

Sunday, October 21, 2012

BaNyAkNyE HaBuK!!

Salam Sejahtera..Knapa entry kali ni bunyi mcm tu?..Haa macam ni..

Cube korang tengok dekat keliling blog ni..nampak tak ade banyak habuk?..Korang tak nmpak ke banyak habuk dekat blog Ron Fitri ni?..Tak nampak?..Kalau ikut Teori Allahyarham Ahmad Nisfu, sapa tak nampak maknanya pendek umur..haha!..just joking bro n sis..

Haa..So bila dah lepas entry kali ni, aku berhajat utk teruskan legasi penulisan blog ni yg dah agak lama aku tinggal kan..Hopefuly kali ni berjaya..Dan informasi yg dikongsikan kat sini dapat dijadikan suatu kisah yg dapat menarik minat anda utk membaca..

Opening entry tak boleh banyak sangat sbb nanti takda idea untuk next entry ..Haha!..Out..

Monday, August 8, 2011

HaiYa

Dulu wa punya lumah tak ale internet, boleh la wa kasi alasan susah mau update blog..Sikalang aa, lumah sudah ada internet pon wa talak update wa punya blog...Wa ingat aa, wa sudah makin malas update blog lah...Wa lagi lajin buka itu Facebook dari wa bukak ini blog...Wa malas mau tulis manyak'2 sebab wa punya follower sikit...tak ale olang mau baca wa punya blog...

Wa punya blog follower cuma ala 18 olang...Wa punya Facebook ala 608 olang ma...Itu pasal wa manyak malas mau update wa punya blog...Tapi takpa..Wa cuba try test kasi wa lajin sikit mau update ini blog eh.

p/s: satu kali tengok,wa sudah tau wa lagi malas mau update lagi ma...HaiYa~

Saturday, February 26, 2011

SeTaHuN bErLaLu

22hb Februari 2011, Jam 0023

Dah lama aku tunggu. Akhirnya sampai juga waktu dan ketika ni. Aku tak sangka aku dapat bertahan selama tempoh ni. Walaupun tak dinafikan ada juga perasaan nak patah balik kepada tabiat lama, tapi kena la juga kuatkan hati, semangat, azam dan tekad. Ada yang faham dah kot apa yang aku nak ceritakan kali ni. Yang kenal aku sejak dari mula-mula aku post blog tahun 2010, mungkin anda-anda perasan kesinambungan post kali ni dengan post yang sebelum ni.

Perasan tak post yang bertajuk Trying tO BecOme Healthier? Dah genap dah tempoh 1 tahun dari jarak post yang lama dengan yang baru ni kan? Bermakna, aku dah tak merokok selama tempoh satu tahun ni. Alhamdulillah. Mula-mula memang lah sakit. Tapi dah lama-lama okay lah juga. Tapi masih lagi tak pulih sepenuhnya dari keinginan untuk tidak merokok semula. Ada juga kadang-kadang rasa nak je sambut bila member hulur. Tapi cuma pegang dan ambil bau je. Lepas tu pulangkan balik. Dapat ambil bau pun jadilah. Lepas sikit beban.

Ada yang tanya, apa motivasi untuk aku stop? Adakah kerana kesedaran diri? Atau kerana kesihatan? Ataupun kerana si Dia?

Semua jawapan itu adalah SALAH!

Jawapan sebenarnya ialah kerana ongkos @ uwang @ duit. Ya betul. Motivasi aku ialah duit. Sebab mula-mula aku stop sebab aku dah tak ada duit dah. Boleh pakai beb motivasi ni. Tak tipu punya. Aku ni sengkek gila masa sem 6 dan 7. Dah habis adjust dah budget bulanan aku. Tapi masih tak cukup. Takkan la nak potong budget makan dan minyak motor. Tak logik. Last choice ialah dengan berhenti menghisap rokok. Bila kira-kira balik, aku dapat cut cost sebanyak RM120 per month. So, dengan tidak rela hati, aku pun terpaksa meng-stop kan tabiat aku ni.

Betul teori si Mael. Dia cakap kalau stop rokok mengejut, confirm demam lepas seminggu. Dan itulah yang aku alami lepas seminggu tidak menghisap rokok. Hehe. Tak apa lah. Semua dah lepas. Jadi yang aku nak sekarang ni, aku dah tak mahu mulakan balik tabiat aku yang lama tu. Anda-anda semua doakanlah ye.

Sunday, February 20, 2011

MuSk FoR MeN

20 Februari 2011, Jam 0846

Disebabkan hari ini hari ahad dan aku bangun pagi seawal jam 8 pagi, aku kategorikan sebagai "Awal giler kot aku bangun!!". Selalunya kalau tak ada apa-apa aktiviti, pukul 12 la baru aku bangun. Itu pun boleh dikira awal jugak tu.

Kali ni nak post berkaitan dengan Musk for Men. Apa la bangun pagi-pagi je tiba-tiba nak tulis post pasal Musk for Men. Apa benda Musk for Men ni? Baju ke, kain batik ke, jam tangan ke.



Ni lah dia set Musk for Men. Ni adalah pemberian daripada si Dia. Dah lama dah dia bagi. Tapi tadi aku belek-belek gambar-gambar lama, aku ternampak gambar ni. So, aku edit sekejap dan terus tulis post berkaitan dengan Musk for Men ni.

Musk for Men ni produk daripada Avon. Hah? Ye betul. Avon. Apa ko ingat Avon cuma ada jual produk untuk wanita je ke. Ada juga untuk lelaki lah. Dan bau perfume ni unik. Lain dari yang lain. Maklum je lah. Produk Avon. Jadinya jarang lah ada lelaki yang pakai walaupun memang produk ni untuk lelaki.

Bagi yang lelaki, anda semua tidak dibenarkan untuk membeli produk ni. Kalau tak nanti dah tak unik la bau perfume aku sebab korang pun pakai jugak.

p/s: Sebenarnya tak tau nak post pasal apa. Tapi nak tulis jugak. Nampak gambar ni, aku pun tulis la post. Tu yang jadinya macam ni.

PeLaBuRaN eMaS

19 Februari 2011, Jam 2041

Pelaburan terbaik ialah pelaburan emas dan hartanah. Betul tak? Memang aku akui dan sekarang ni aku tengah cuba nak mempengaruhi mak aku supaya melabur emas. Risau aku tengok mak aku tu. Dia baru je keluarkan duit KWSP akaun ke-2. Kalau tak dilaburkan memang confirm habis dalam tempoh tak sampai setahun pun.



Tadi Bank Rakyat cawangan Kuala Selangor ada buka booth di SK Bandar Baru Kuala Selangor.Macam biasa, nak mempromosikan produk bank lah katakan. Dan secara kebetulan, ada seorang cikgu ni nak bertanya tentang produk bank. Dia cakap nak buat beli emas. Ha! Macam tau-tau je cikgu ni kan. Aku tanya dia lebih lanjut tentang pelaburan emas. Rupanya dia ni agen untuk pelaburan emas daripada syarikat Public Gold Sdn Bhd.



Anda semua tau tak, kalau kita jual emas macam rantai, gelang dan cincin, wang tunai yang kita akan dapat adalah cuma 80% daripada harga semasa emas tu. Sebagai contoh kalau harga semasa bagi rantai emas tu ialah RM2000, harga jualan emas tu ialah RM1600. Tapi berbeza bagi wang Dinar Emas dari Public Gold ni. Bagi emas dari Public Gold sekiranya dijual semula kepada agen Public Gold, harga jualan yang kita dapat ialah 94% daripada harga semasa emas tersebut. Katakan harga semasa bagi emas Public Gold ialah RM 2000. Harga jualan emas itu ialah RM 1880. Beza banyak dengan harga emas biasa.



Bagi yang risau tentang zakat simpanan emas 2.5%, laburkan je emas tu melalui Public Bank. Difahamkan bahawa Public Bank ada menerima pelaburan emas. Yang ni aku tak pasti macam mana caranya. Tapi dari sini kita dapat elakkan zakat simpanan emas. Maklumat lanjut layari www.publicdinar.com.



p/s: Dah macam agen Public Gold pulak dah.

HaRaPaN PaLsU...AgAiN~

19 Februari 2011, Jam 2004



Nampak tak router ni? Benda ni dah lama dah kat rumah aku. Kalau tak silap lebih daripada 2 bulan. Tapi nampaknya sampai sekarang masih lagi tak ada internet. Router ni macam bagi harapan palsu lah. Dulu kami pernah cuba nak masukkan internet kat rumah ni masa bulan Mei 2010. Tapi pihak telekomunikasi ni cakap tak boleh sebab tak ada port yang cukup. Masa tu memang dah jadi harapan palsu dah. Tiap-tiap hari mengharap internet boleh masuk. Last sekali kena ambil balik lah router tu sebab internet tak boleh nak masuk.

Tapi pada November 2010, pihak tu cakap dah ada sebab pihaknya dah upgrade. Jadi, kami sekeluarga memang berhajat sangat nak pasang. Kami pun apply lah lagi. Tapi nampaknya macam harapan palsu lagi je kali ni. Kalau yang lama nampak juga technician datang rumah dan check ada masalah ke tak. Sampai kami dah kenal dan ngam dengan dia. Tapi yang kali ni langsung tak pernah nampak technician datang. entah orang ke, monyet ke, unta ke. tak tau lah. Lagi la bagi harapan palsu.

Nasib baik la kat rumah aku ni line broadband tak best. Kena pulak P1 WiMax dan Yes! pun tak sampai lagi kat sini. Kalau tak, memang aku dah apply yang lain dah. Tak sanggup dah nak tunggu yang sekarang ni.