APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Monday, August 8, 2011

HaiYa

Dulu wa punya lumah tak ale internet, boleh la wa kasi alasan susah mau update blog..Sikalang aa, lumah sudah ada internet pon wa talak update wa punya blog...Wa ingat aa, wa sudah makin malas update blog lah...Wa lagi lajin buka itu Facebook dari wa bukak ini blog...Wa malas mau tulis manyak'2 sebab wa punya follower sikit...tak ale olang mau baca wa punya blog...

Wa punya blog follower cuma ala 18 olang...Wa punya Facebook ala 608 olang ma...Itu pasal wa manyak malas mau update wa punya blog...Tapi takpa..Wa cuba try test kasi wa lajin sikit mau update ini blog eh.

p/s: satu kali tengok,wa sudah tau wa lagi malas mau update lagi ma...HaiYa~

Saturday, February 26, 2011

SeTaHuN bErLaLu

22hb Februari 2011, Jam 0023

Dah lama aku tunggu. Akhirnya sampai juga waktu dan ketika ni. Aku tak sangka aku dapat bertahan selama tempoh ni. Walaupun tak dinafikan ada juga perasaan nak patah balik kepada tabiat lama, tapi kena la juga kuatkan hati, semangat, azam dan tekad. Ada yang faham dah kot apa yang aku nak ceritakan kali ni. Yang kenal aku sejak dari mula-mula aku post blog tahun 2010, mungkin anda-anda perasan kesinambungan post kali ni dengan post yang sebelum ni.

Perasan tak post yang bertajuk Trying tO BecOme Healthier? Dah genap dah tempoh 1 tahun dari jarak post yang lama dengan yang baru ni kan? Bermakna, aku dah tak merokok selama tempoh satu tahun ni. Alhamdulillah. Mula-mula memang lah sakit. Tapi dah lama-lama okay lah juga. Tapi masih lagi tak pulih sepenuhnya dari keinginan untuk tidak merokok semula. Ada juga kadang-kadang rasa nak je sambut bila member hulur. Tapi cuma pegang dan ambil bau je. Lepas tu pulangkan balik. Dapat ambil bau pun jadilah. Lepas sikit beban.

Ada yang tanya, apa motivasi untuk aku stop? Adakah kerana kesedaran diri? Atau kerana kesihatan? Ataupun kerana si Dia?

Semua jawapan itu adalah SALAH!

Jawapan sebenarnya ialah kerana ongkos @ uwang @ duit. Ya betul. Motivasi aku ialah duit. Sebab mula-mula aku stop sebab aku dah tak ada duit dah. Boleh pakai beb motivasi ni. Tak tipu punya. Aku ni sengkek gila masa sem 6 dan 7. Dah habis adjust dah budget bulanan aku. Tapi masih tak cukup. Takkan la nak potong budget makan dan minyak motor. Tak logik. Last choice ialah dengan berhenti menghisap rokok. Bila kira-kira balik, aku dapat cut cost sebanyak RM120 per month. So, dengan tidak rela hati, aku pun terpaksa meng-stop kan tabiat aku ni.

Betul teori si Mael. Dia cakap kalau stop rokok mengejut, confirm demam lepas seminggu. Dan itulah yang aku alami lepas seminggu tidak menghisap rokok. Hehe. Tak apa lah. Semua dah lepas. Jadi yang aku nak sekarang ni, aku dah tak mahu mulakan balik tabiat aku yang lama tu. Anda-anda semua doakanlah ye.

Sunday, February 20, 2011

MuSk FoR MeN

20 Februari 2011, Jam 0846

Disebabkan hari ini hari ahad dan aku bangun pagi seawal jam 8 pagi, aku kategorikan sebagai "Awal giler kot aku bangun!!". Selalunya kalau tak ada apa-apa aktiviti, pukul 12 la baru aku bangun. Itu pun boleh dikira awal jugak tu.

Kali ni nak post berkaitan dengan Musk for Men. Apa la bangun pagi-pagi je tiba-tiba nak tulis post pasal Musk for Men. Apa benda Musk for Men ni? Baju ke, kain batik ke, jam tangan ke.



Ni lah dia set Musk for Men. Ni adalah pemberian daripada si Dia. Dah lama dah dia bagi. Tapi tadi aku belek-belek gambar-gambar lama, aku ternampak gambar ni. So, aku edit sekejap dan terus tulis post berkaitan dengan Musk for Men ni.

Musk for Men ni produk daripada Avon. Hah? Ye betul. Avon. Apa ko ingat Avon cuma ada jual produk untuk wanita je ke. Ada juga untuk lelaki lah. Dan bau perfume ni unik. Lain dari yang lain. Maklum je lah. Produk Avon. Jadinya jarang lah ada lelaki yang pakai walaupun memang produk ni untuk lelaki.

Bagi yang lelaki, anda semua tidak dibenarkan untuk membeli produk ni. Kalau tak nanti dah tak unik la bau perfume aku sebab korang pun pakai jugak.

p/s: Sebenarnya tak tau nak post pasal apa. Tapi nak tulis jugak. Nampak gambar ni, aku pun tulis la post. Tu yang jadinya macam ni.

PeLaBuRaN eMaS

19 Februari 2011, Jam 2041

Pelaburan terbaik ialah pelaburan emas dan hartanah. Betul tak? Memang aku akui dan sekarang ni aku tengah cuba nak mempengaruhi mak aku supaya melabur emas. Risau aku tengok mak aku tu. Dia baru je keluarkan duit KWSP akaun ke-2. Kalau tak dilaburkan memang confirm habis dalam tempoh tak sampai setahun pun.



Tadi Bank Rakyat cawangan Kuala Selangor ada buka booth di SK Bandar Baru Kuala Selangor.Macam biasa, nak mempromosikan produk bank lah katakan. Dan secara kebetulan, ada seorang cikgu ni nak bertanya tentang produk bank. Dia cakap nak buat beli emas. Ha! Macam tau-tau je cikgu ni kan. Aku tanya dia lebih lanjut tentang pelaburan emas. Rupanya dia ni agen untuk pelaburan emas daripada syarikat Public Gold Sdn Bhd.



Anda semua tau tak, kalau kita jual emas macam rantai, gelang dan cincin, wang tunai yang kita akan dapat adalah cuma 80% daripada harga semasa emas tu. Sebagai contoh kalau harga semasa bagi rantai emas tu ialah RM2000, harga jualan emas tu ialah RM1600. Tapi berbeza bagi wang Dinar Emas dari Public Gold ni. Bagi emas dari Public Gold sekiranya dijual semula kepada agen Public Gold, harga jualan yang kita dapat ialah 94% daripada harga semasa emas tersebut. Katakan harga semasa bagi emas Public Gold ialah RM 2000. Harga jualan emas itu ialah RM 1880. Beza banyak dengan harga emas biasa.



Bagi yang risau tentang zakat simpanan emas 2.5%, laburkan je emas tu melalui Public Bank. Difahamkan bahawa Public Bank ada menerima pelaburan emas. Yang ni aku tak pasti macam mana caranya. Tapi dari sini kita dapat elakkan zakat simpanan emas. Maklumat lanjut layari www.publicdinar.com.



p/s: Dah macam agen Public Gold pulak dah.

HaRaPaN PaLsU...AgAiN~

19 Februari 2011, Jam 2004



Nampak tak router ni? Benda ni dah lama dah kat rumah aku. Kalau tak silap lebih daripada 2 bulan. Tapi nampaknya sampai sekarang masih lagi tak ada internet. Router ni macam bagi harapan palsu lah. Dulu kami pernah cuba nak masukkan internet kat rumah ni masa bulan Mei 2010. Tapi pihak telekomunikasi ni cakap tak boleh sebab tak ada port yang cukup. Masa tu memang dah jadi harapan palsu dah. Tiap-tiap hari mengharap internet boleh masuk. Last sekali kena ambil balik lah router tu sebab internet tak boleh nak masuk.

Tapi pada November 2010, pihak tu cakap dah ada sebab pihaknya dah upgrade. Jadi, kami sekeluarga memang berhajat sangat nak pasang. Kami pun apply lah lagi. Tapi nampaknya macam harapan palsu lagi je kali ni. Kalau yang lama nampak juga technician datang rumah dan check ada masalah ke tak. Sampai kami dah kenal dan ngam dengan dia. Tapi yang kali ni langsung tak pernah nampak technician datang. entah orang ke, monyet ke, unta ke. tak tau lah. Lagi la bagi harapan palsu.

Nasib baik la kat rumah aku ni line broadband tak best. Kena pulak P1 WiMax dan Yes! pun tak sampai lagi kat sini. Kalau tak, memang aku dah apply yang lain dah. Tak sanggup dah nak tunggu yang sekarang ni.

StReSs!

19 Februari 2011, Jam 1508

2 hari yang lepas, aku marketing dekat area Setia Alam. Al-maklum lah. Kerja bahagian pemasaran memang macam ni. Asyik kena keluar berjalan dan cari customer berbekalkan minyak RON95 di tangki 125ZR.

Tapi aku tak nak lah cerita kisah yang terkena kat aku masa tu. Kelakar tu tak lah kelakar. Sakit hati tu tak lah sakit pun. Apa yang berlaku mengajar aku supaya lebih professional terhadap customer. Serik la jugak nak bergurau dengan customer macam yang selalu aku buat. Takut terkena lagi.

Niat aku bersikap secara bersahaja kat customer sebab nak bagi customer ingat aku dan selesa untuk bercerita dengan aku. Jadi bila dia ingat aku, kot-kot la ada kawan dia nak buat loan boleh la dia rekemen kat aku sebab dia ingat aku. Bukannya aku nak apa pun. Tapi ada pulak customer yang tak selesa dengan cara aku ni.

Next time aku tak nak lah buat macam tu. Dan sekarang baru la aku faham kenapa staff lain tak nak terlalu bersahaja dengan customer. Bukan semua customer kita boleh layan kan ikut cara kita.

Mood : Tak berapa okay sangat disebabkan sorang customer ni je. Adeh~

MaK aiH!!

15 Februari 2011, Jam 1900

Cerita ni masa pagi-pagi tadi. Kisahnya bermula macam ni....

"Pit! Bangun lah. Ko ni tidur je. Jom ikut mak".

"Mengantuk lah mak. Nak pergi mana pagi-pagi ni".

Pergi ambil laptop mak".

LAPTOP???

Daripada aku mamai, terus segar. Dari otak lalok, terus laju berfikir. Sejak bila pulak mak aku ada laptop? Aku tanya mak aku balik, "Sejak bila mak beli laptop? Mak ni lalok eh?". Dia ketawa lak. Dia pun cerita lah yang semalam dia beli laptop. Orang yang belikan laptop mak aku tu cakap suruh ambik hari ni. Tu yang pagi-pagi dia dah ajak aku pergi Pekan. Semangat nak tengok laptop baru la katakan. Aku pun tak sabar nak tengok rupa laptop baru dia tu. Kot-kot kalau best, boleh pinjam-pinjam. Hehe.





Haa. Ni la laptop yang baru dibelinya tadi.

KaLaU DuLu, KaLaU sEkArAnG

14 Februari 2011, Jam 2020

Kalau dulu cakap, "Duit nak beli makanan tak ada. Sebab tu aku kurus",
Sekarang kita cakap, "Lauk ni tak sedap betul. Standard makanan itik".

Kalau dulu kita cakap, "Duit nak beli baju tak ada. Sebab tu baju aku buruk",
Sekarang kita cakap, "Baru pakai 3 kali dah buruk. Kena beli baju lagi la ni".

Kalau dulu kita cakap, "Sebulan RM300 je? Boleh beli ikan masin je la",
Sekarang kita cakap, "Sebulan RM3000 je? Tak boleh la makan kat hotel".

Kalau dulu kita cakap, "Lauk sikit je hari ni. Tak boleh la nak bagi jiran sikit",
Sekarang kita cakap, "Dia tak pernah bagi lauk kat aku. Buat apa aku nak bagi".

Kalau dulu kita cakap, "Buku latihan cuma ada 1 je. Macam mana nak belajar",
Sekarang kita cakap, "Mak tak hantar saya tuisyen. Sebab tu la saya gagal".

Kalau dulu kita cakap, "Tak ada duit lah. Mana mampu nak sedekah",
Sekarang kita cakap, "Tak ada duit kecik lah. Lain kali lah sedekah".

Kalau dulu kita cakap, "Penat lah naik basikal pergi kerja. Peluh-peluh aku",
Sekarang kita cakap, "Kereta ni air-cond rosak pula. Peluh-peluh aku".

Kalau dulu kita cakap, "Weekend kat rumah je. Tak ada duit nak jalan-jalan",
Sekarang kita cakap, "Weekend kat rumah je. Tak ada masa nak jalan-jalan".

Kalau dulu kita cakap, "Sekarang ni sibuk lah. Tak sempat nak beribadat",
Sekarang kita cakap, "Dah tua lah. Tak larat nak beribadat".

Jadi, mana yang lagi baik sebenarnya. Kalau dulu ke, kalau sekarang?

TiAp KaLi JuMpA mEsTi...

13 Februari 2011, Jam 2115

Tiap kali jumpa mesti ada merajuk.
Tiap kali jumpa mesti ada menangis.
Tiap kali jumpa mesti ada rasa pening.
Tiap kali jumpa mesti ada marah-marah.



Tiap kali jumpa mesti ada perasaan sakit.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan takut.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan sunyi.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan geram.



Tiap kali jumpa mesti ada perasaan gembira.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan segan silu.
Tiap kali jumpa mesti ada gelak terbahak-bahak.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan berdebar-debar.



Tiap kali jumpa mesti ada kenangan yang tak dapat dilupakan.
Tiap kali jumpa mesti ada ambil gambar macam orang nak gila.
Tiap kali jumpa mesti ada teringin nak buat surprise untuk awak.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan berat nak hantar awak pulang.



Kesimpulannya?

Semua yang berlaku menjadikan awak cukup istimewa berbanding orang lain. =)

p/s: Awak buat saya gila kejap lah. Eish! Jatuh standard.

Sunday, February 13, 2011

AkU dAn DiA

12 Februari 2011, Jam 2211

Assalamualaikum w.b.t., dan salam sejahtera.

Pukul 7.00 malam aku gerak daripada office di Kuala Selangor. Dan lebih kurang pukul 7.30 aku sampai rumah. Tepat jam 8.15, aku dengar ada bunyi kenderaan. Aku jengah lah kat tingkap. "Pit, cik Mat ni". Okay. Ingatkan sapa tadi. Dia datang sama-sama dengan anaknya yang bernama Adam Irfan. Post kali ni aku tak ada nak ceritakan apa-apa berkaitan yang berlaku hari ini. Cuma bila aku ternampak Adam Irfan tadi, aku selalu dengar orang akan cakap "Eh, kembar Fitri dah datang. Muka ko dulu macam ni la Pit masa kecik-kecik dulu".

Aku tak percaya dan tak pernah akan percaya bila orang cakap macam tu. Aku ambil album lama. Tengok balik gambar aku dan bandingkan dengan budak kecik tu. Tak sama pun. Tapi orang tetap cakap sama macam aku dulu kecik-kecik. Jadi, aku nak attach gambar Adam Irfan dan juga Muhammad Fitri sewaktu umur aku sebaya dengan dia dan anda blogger buatlah pernilaian tentang perbezaan kami.



Yang sebelah kiri Adam Irfan. Sebelah kanan Muhammad Fitri. Beza kan? Tak sama kan? Apa la diorang ni cakap aku sama pulak dengan Adam Irfan. Okay. Dah alang-alang aku post pics masa kecik-kecik, aku teringin nak tinggalkan lagi beberapa gambar masa aku beby dan ketika zaman sebelum persekolahan.



Ni aku pun tak pasti masa umur berapa bulan. Tapi yang pasti aku belum pon reti nak merangkak. Bersemangat! Tengok tu. Kecik-kecik dah pandai makan rambutan.



Iyah! Ni gambar si adik membuli si abang yang asyik menangis je. Amik kau.



Ni pula gambar kami empat bersaudara. Kami berempat lah yang menjadi cucu Haji Sarham generasi yang awal. Dari kiri Muiz (cucu ke-4), Faiz (cucu pertama - abang aku), Fitri (cucu ke-3), Adil (cucu ke-2).



Gambar ni ketika zaman sebelum pra-sekolah pun. Mak aku cakap aku ni bulat pendek. Tak macam abang aku yang kelihatan lebih seimbang masa tu.



Last one, ni dia gambar terakhir. Aku meng-kiss abang aku. Haha! Menangis abang aku kena rogol dengan aku.

p/s: sapa-sapa yang ada gambar masa kecik-kecik, meh la join upload dan share kepada blogger. Gelak sendiri beb bila tengok balik.

DeRiTa bErGeLaR SaUdArA BaRu

11 Februari 2011, Jam 2304

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Nukilan kali ini berkisarkan tentang apa yang baru aku dengar, lihat, dan selami selepas sesi ceramah di Bank Rakyat Kuala Selangor pada jam 6 petang tadi. Di bank, sesi ceramah seperti ini diadakan sekiranya ada tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam yang semakin menghampiri. Contoh, ceramah kali ini adalah sempena Maulidur Rasul pada 15hb Februari 2011. Pada asal, topiknya berkaitan dengan Maulidur Rasul. Tapi lama kelamaan bertukar kepada kisah hidup penceramah itu yang berstatus seorang Muallaf.

Banyak perkara yang menarik perhatian aku. Menjadi seorang berstatus Mu'allaf atau lebih dikenali sebagai SAUDARA BARU bukan suatu perkara yang mudah. Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr., anak kelahiran Sabah ini memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang beragama Kristian. Lahir dari kalangan keluarga yang taat kepada agama Kristian. Namun begitu, dia tertarik kepada agama Islam ini yang begitu indah dan sempurna secara teorinya.

Dipendekkan cerita, beliau akhirnya memeluk Islam. Namun begitu, nilai murni yang dipelajari dalam Islam secara teori itu jarang dilihat, apatah lagi melihat ada yang mengamalkannya. Orang Islam sendiri tahu bahawa mereka diperintahkan untuk bersolat. Namun ada jawapan-jawapan sinis yang berbunyi "Aku solat pun bukannya boleh kaya". Apabila diperintahkan berzakat, lahir keluhan "Nanti jatuh miskin lupa aku ni". Arahan menutup aurat pula dibantah "Panas lah pakai tudung. Tak ikut trend semasa betul". Adakah orang yang bercakap ni tak fikir apa persepsi yang akan dilemparkan oleh dia? Cakap ikut apa yang terlintas kat hati je. Orang cakap kalau nak bodoh tu boleh, tapi jangan bodoh sangat.

Kecewa dengan maklum balas itu, dia mencuba pada ustaz dan imam. Namun begitu, ustaz dan imam juga tidak ada beza. Ada yang merokok, menyingsing kain sehingga paras peha, dan tidak kurang juga ada yang sibuk bercerita tentang hal-hal dunia di dalam masjid. Jadi, dia memutuskan untuk kembali kepada agama Kristian yang mana penganutnya taat kepada perintah Tuhan mereka tanpa banyak bicara dan nampak lebih baik berbanding agama Islam.

Namun cerita tidak berhenti disini. Kerana tidak berpuas hati dengan Islam secara realitinya, dia membuat kajian antara Bible dan al-Qur'an. Akhirnya penemuan dia menunjukkan agama Islam adalah agama yang sempurna. Dan akhirnya dia kembali memeluk agama Islam semula. Kali ini dia kembali kepada Islam bersama 3 orang rakan wanitanya.

Apabila memeluk Islam dan secara automatik memegang status sebagai seorang Mu'allaf. Seperti yang dijangkakan, keluarganya tidak pernah suka dan ingin dia kembali kepada agama Kristian. Bermacam-macam perkara yang dialami semata-mata kerana keluarganya ingin dia kembali kepada agama Kristian. Oleh kerana tidah tahan, dia lari dari rumah dan mencari perlindungan di Masjid. Kawan-kawannya juga ikut bersamanya mencari perlindungan atas alasan yang sama.

Namun begitu, ada perkara yang kurang enak untuk didengar apabila dia ingin mencari perlindungan di sana. AJK masjid mengatakan kepadanya bahawa masjid tidak boleh jadi tempat untuk tidur. Masjid adalah tempat bersolat dan beribadah. Kemudian, mereka cuba di surau-surau pula. Jawapan yang sama diterima. Jadi ke mana tempat yang hendak di tuju sekiranya tempat yang paling mereka harapkan untuk mendapatkan perlindingan tidak menerima? Akhirnya mereka bertekad untuk merempat di kaki lima. Dia merasakan oleh kerana dia lelaki, maka kurang menjadi beban. Tapi fikirlah tentang 3 orang rakan wanita yang bersamanya. Oleh kerana kepayahan yang mereka hadapi, wanita-wanita itu kembali kepada agama Kristian. Apabila ditanyakan pengalaman sebagai Muslimah selama tempoh itu, jawapan mereka "Hidup sebagai Mu'allaf bagaikan hidup di neraka".

Jadi, cerita untuk wanita-wanita itu terhenti setakat di situ. Di pihak Ikhwan pula dia tahu bahawa Mu'allaf berhak menerima Zakat atas tiket sebagai seorang yang baru memeluk Islam. Lalu dia cuba untuk memohon bantuan Zakat. Kelayakan adalah sangat ketat. Pihak zakat mahukan penyata pendapatan keluarga, tahap kewangan diri, pengesahan dari ketua kampung dan sebagainya. Tapi bukankah apa bila seseorang berstatus Mu'allaf layak menerima zakat tanpa mengira sama ada kaya atau miskin. Kenapa perlu untuk melihat tahap pendapatan. Bukanlah niat untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu. Tapi di sini sekaligus mampu meruntuhkan niat mereka-mereka yang ingin memeluk agama Islam kerana takut tiada pembelaan dari Islam.

Bagi yang berminat untuk mengenali dia, disini saya sertakan link untuk ke blog dia

"http://jihadinsan.blogspot.com/?zx=6d1f136205ecc099"

Banyak lagi yang ingin dikongsikan. Tapi cukup lah setakat ini. Kesimpulannya, masyarakat kita yang telah berstatus Muslim sejak dari lahir ini tidak memberikan layanan yang baik kepada mereka sehinggakan ada yang sanggup kembali kepada agama asal mereka semata-mata kerana tidak diterima oleh kita sendiri. Fikir-fikirkan lah. Sekian.

PeRsEpSi MeTeReaLiStiK

9hb Februari 2011, Jam 2243




"Bro, mana parking kereta? Parking la dekat sikit" - "Encik ambil la dokumen yang perlu dekat kereta encik dulu. Saya tunggu sini" - "Kereta encik mana? Kenapa naik motor?"




Antara beberapa soalan fantastik, bombastik dan futuristik yang dilemparkan kepada aku setelah beberapa ketika menjadi seorang yang memegang status pegawai bank. Bila perkenalkan diri sebagai pegawai bank, ada yang cakap "mesti gaji masyuk kan encik". Tak kurang pula yang cakap "muda-muda lagi dah ada gaji besar ya encik". Macam bagus je kan pegawai bank ni. Yeke?

Apa yang aku nak nyatakan di sini sebenarnya aku ter-psycho dengan soalan-soalan panas customer berkaitan dengan kenderaan aku. Bila sebut kenderaan, automatik customer akan sebut perkataan KERETA. Agaknya orang ramai berpendapat pegawai bank wajib memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Yeke?

Dan yang nyata bila diorang tau aku menunggang motorsikal, pandangan sinis dilemparkan. Agaknya dalam hati diorang secara sinis berkata "Apa barang la pegawai bank ni. Sengkek betul. Macam ni nampaknya aku lagi kaya dari dia". Tak kurang pula yang secara positif bertanya "Mana kereta encik? Rosak ke?". Jawapan aku? Iye kan je lah.

Tapi di sebalik soalan-soalan negatif yang keluar, ada juga yang secara positif menerima bila aku cakap aku menunggang motorsikal. Sebagai contoh, ada yang memberi respons "Encik ni sempoi la. Rilek je naik motor je ke sini. Lepas tu discuss loan kat kedai mamak pun tak ada hal". Tak kurang pula yang memberi cadangan "Bro jangan la bawa 125Z. Minyak kuat. Bawa motor Honda Wave je. Baru la save sikit minyak."

Tersenyum sendiri bila teringat persepsi orang terhadap kenderaan seorang pegawai bank. Mungkin persepsi yang sama juga yang dilemparkan terhadap kakitangan professional seperti doktor dan eksekutif sekiranya mereka menunggang motorsikal untuk ke tempat kerja.

Coretan kali ini sekadar untuk berkongsi dan bukannya mengadu tentang kekurangan diri dalam aspek pemilikan kenderaan. Andainya ada yang kurang bersetuju, tinggalkan kata-kata anda pada ruangan comment. Kita kongsikan bersama. Sekian untuk kali ini.

ImPiAn SeLePaS SeBuLaN

8hb Februari 2011, Jam 2234

13 Disember 2010 menjadi tarikh pertama kalinya aku bekerja secara professional. Memang tidak dinafikan ada yang beranggapan pemegang ijazah sarjana muda mampu memperoleh kerjaya yang lebih baik berbanding yang di depan mata sekarang ini. Tapi hakikatnya dunia sekarang ini sukar untuk memperoleh kerjaya tanpa kreteria asas untuk menempuh alam pekerjaan. Pengalaman, kreativiti, dan aplikasi yang masih di tahap permulaan memerlukan kesabaran dan usaha disamping tawakkal kepada Tuhan.

3 pemohonan sehari bukan satu perkara yang mudah. Korban sedikit masa cuti tanpa diberikan sebarang Extra Salary, luangkan masa selepas office hour tanpa sebarang O.T allowance, dan habiskan minyak kenderaan juga top up tanpa sebarang Mileage and Handphone claims dibenarkan. Namun begitu keadaan kini semakin berubah baik. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu, mendorong dan memberikan kerjasama dalam memastikan peningkatan prestasi yang konsisten.

Yang sentiasa menjadi mangsa ialah awak. Ya, awak. Bila terjatuh, awak bantu untuk bangkit semula. Bila terasa lemah, awak berikan kata-kata semangat. Apabila gemuruh, awak lorongkan ke arah ketenangan. Awak yang sentiasa menjadi mangsa untuk menaikkan diri ini. Namun sebagai balasan untuk segala usaha awak, bayaran yang dikenakan adalah masa untuk kita berkurang. Kita tak lagi sentiasa ber-sms seperti sebelum. Tiada lagi istilah Keep in Touch dan Weekend for Us. Maaf atas segalanya. Terima kasih, kepada awak yang tidak pernah jemu menanti, bersabar dan sentiasa ada bersama.

Harapan menggunung mengharapkan tempoh sebagai pegawai pemasaran ini sekadar untuk satu tempoh yang pendek dan beralih kepada eksekutif bank berstatus kontrak selepas tempoh 6 bulan dari tarikh lantikan pegawai pemasaran, dan juga bertukar kepada eksekutif bank berstatus tetap setelah 6 bulan berikutnya. Impian semakin mendekati, harapan semakin menggunung dan juga keghairahan membuak-buak. Semoga impian menjadi kenyataan. Terima kasih, semua.

TeNtAnG aWaK

3hb Februari 2011, Jam 1358

Awak. Awak nak dengar pendapat jujur saya terhadap awak tak? Tapi kan, mungkin ada yang akan cakap saya ni melampau sebab tulis perkara-perkara macam ni. Tapi sekurang-kurangnya awak tahu apa pendapat jujur saya terhadap awak. Biar saya mulakan satu per satu.

Awak tau, cutting body awak, perghh! Memang seksi gila. Menjadi idaman ramai. Walaupun ada yang berpendapat awak ni gemuk, pendek, tak reti bergaya, tapi saya katakan awak cukup cantik dan idaman saya. You are so sexy. Kemudian, kulit awak pula lembut. Saya suka sentuh awak. Bila dah sentuh awak, saya rasa macam tak mahu lepaskan je. Warna kulit awak juga cerah dan menyenangkan setiap mata yang memandang awak.

Suara awak sebaik Altec Lensing. Jelas, lembut dan menyenangkan telinga-telinga yang mendengar suara awak. Awak, saya tak sabar nak memiliki awak. Awak, message yang saya nak beritahu juga mudah nak diceritakan kepada awak. Semuanya jadi mudah dengan awak.

Awak, ini part yang saya paling suka pada awak. Saya suka sentuh awak secara lembut. Awak nak tau kenapa? Sebab sentuhan lembut pun awak dah respons. Awak ni sensitif betul. Seronok rasanya bila sentuh awak. Dan saya pun tahu awak pun suka bila saya beri sentuhan lembut pada awak. Kan? Awak tak boleh tipu saya. Lepas tu kan, awak ni hebat tau. Awak boleh bertahan dengan lama. Awak memang hebat. Kadang-kadang tergugat juga dengan kehebatan awak.

Awak. Saya tak sabar nak memiliki awak. Saya nak semua orang tahu siapa awak. Saya letakkan gambar awak kat sini ye. Saya harap awak tak rasa malu sebab saya ceritakan tentang awak kat semua orang.



Awak lah idaman saya, NOKIA X5.

p/s: Sabar Ron. Bulan April 2011 ni dapat la Nokia X5 tu.

BiLa MaK dAn AbAh MuLa BeRsUaRa

30hb Januari 2011, Jam 1938

Bila mak mula cakap,"Pit, ni nanti bila ko kahwin, mak teringin nak buat bla bla bla...", membebel-bebel panjang.

Abah pulak cakap,"Pit, ni rumah kawan-kawan abah yang buat kenduri kahwin ni anaknya yang kahwin tadi semua sebaya engkau". Aku senyum je bila dengar.

Tapi kan, yang menjadi persoalan, kenapa pulak diorang kena cakap kat aku?

Kenapa la tak cakap "Faiz, ni nanti bila ko kahwin, mak teringin nak buat bla bla bla..." dan juga "Faiz, ni rumah kawan-kawan abah yang buat kenduri kahwin ni anaknya yang kahwin tadi semua sebaya engkau".

Aduhh!! Ni kes berat dah ni.

Mungkin aku ni anak yang dah bekerja, sebab tu la ayat tu jatuh kat aku. Tapi aku ni kan baru je dapat kerja. Lagipun banyak lagi impian aku yang belum tercapai. Biar la aku capai dulu apa yang aku inginkan sebelum menanggung anak orang.

~TeRiStiMeWa~

28hb Januari 2011, Jam 2311

Tengok jam tangan, pukul 11.11 malam. Tengok sikit tarikh hari ni, 28hb. Esok 29hb, lusa 30hb dan hari yang dinanti-nantikan pun tiba.

"31hb Januari 2011"

So, kenapa dengan 31hb Januari 2011 ni? Ada sesuatu yang istimewa ke? Haa. Tarikh ini lah bakal menjadi tarikh gaji pertama aku sebagai seorang BR Smart di Bank Rakyat Kuala Selangor. Wow! Tak sabar nak tunggu berapa la agaknya gaji aku ni. Hopefully mampu untuk menjadi pembakar semangat aku untuk terus menerus berusaha dan meningkatkan prestasi aku.

Dalam kepala dah fikir dah nak buat apa dengan duit yang bakal aku dapat nanti. Dah nampak macam-macam. Normal lah tu kan. Cuma bezanya kalau wanita, gadis-gadis dan ibu-ibu, bila gaji je perkara pertama yang mereka nampak ialah Shopping Complex. Macam-macam benda yang nak di belinya. Beg baru, baju baru, bak kata orang tua-tua, serba baru.
Tapi aku lelaki. Jadi, berbeza lah apa yang nak dibelinya. Bila dapat gaji, mula la fikir nak gantikan spare part kenderaan yang dah rosak, nak beli beras kat dapur yang dah habis, nak langsaikan hutang-piutang, nak bagi mak ayah duit jajan diorang, macam-macam lagi. Tak muat kalau nak senaraikan semua. Jadi, moral of the story, berbelanjalah pada apa yang anda mahukan asalkan tidak melebihi kemampuan diri. Jangan tahu swap Credit Card ke. Kang akhir bulan tak tahu nak bayar bil macam mana.



Dan turut tidak dilupakan, pada tarikh ini juga lah mak aku dilahirkan. Belum sampai tarikh 31hb Januari, jadinya tak boleh la nak wish Happy Birthday dulu. Kena tunggu. InsyaAllah gaji nanti kami anak-anak mak cuba buatkan surprise untuk mak. You are the best Mum ever. Terima kasih, mak.

ApA yAnG tErBaRu

22 Januari 2011, Jam 2310

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.



Nampak kan gambar tu? Dapatkah anda teka gambar siapa? Tak dapat? Apa la. Mesti la gambar aku dan abang aku. Buat apa aku nak glamour-kan gambar orng lain dalam blog aku. Betul tak?

Jadi, apa sebenarnya yang nak disampaikan kat sini? Nampak tak tangan aku? Apa tangan aku ni pelik sikit ke dari tangan orang lain? Jari aku ada enam ke? Tak lah. Sebenarnya pada gambar ni aku nak bagitau yang tangan aku ni kosong je. Tak ada sebarang aksesori. Jadi, aku berhajat untuk membeli jam. Tadi baru je lepas beli jam. Jadi aku nak tunjukkan kat sini jam yang aku baru beli. Nak tau tujuan? Saja je nak berlagak kat anda-anda semua pembaca blog. Walaupun tak mahal, aku nak jugak berlagak. Rugi la kalau beli tapi tak ada nak tunjuk kat sesiapa.



Jam ni atas adalah jam yang baru dibeli tadi. Smart je kan? Sapa yang cakap tak smart tu maknanya dia jealous la tu. Jam ni adalah atas nasihat dan juga pandangan seseorang yang glamour dengan nama Liya. Dia cakap cantik. Tu yang aku pilih. So, maknanya jam ni aku akan start guna esok. Esok kat office pun aku nak berlagak kat semua orang yang aku dah ada jam baru. Haha!

~Peace no War~

UniKnYa OrAnG iNi

21 Januari 2011, Jam 2343

Esok dah nak cuti sebab esok hari Sabtu. Jadi, tadi aku pergi menemankan mak aku pegi kedai bunga. Dia nak sangat beli bunga untuk hias sekolah dia. Dia cakap "Kalau nak dapat bini cantik, ko kena temankan mak. Nanti mak doakan isteri ko cantik, solehah, baik. Nak ke tak?". Alahai mak. Kalau mak tak cakap macam tu pun aku kena temankan juga kan. So, aku pun temankan lah.

Kami pergi ke kedai bunga dekat pekan Meru, Nama kedai tak ingat. Aku tak ingat jugak sapa nama betul taukey kedai tu. Tapi yang pasti, glamour dengan nama Teng Teng. Bila dengar nama Teng Teng, aku teringat kat permainan masa kecik-kecik dulu. Aku bagi tahu dia nama dia sama dengan permainan orang melayu. Dia dah tau rupanya. Siap dia cakap ada yang datang dan panggil nama dia terlompat-lompat macam permainan teng teng. Sengal betul.

Dan satu yang special pasal Teng Teng ni. Walaupun dia berketurunan cina, tapi dia pandai cakap jawa. Ha? Yeke? Iye beb. Pandai gila speaking. Tergelak-gelak aku dengar dia pandai cakap jawa. Dia cakap "angger orak iso ngomong jowo engko wong ngapusi". Terjemahannya berbunyi "kalau tak pandai cakap jawa nanti orang tipu kita". Satu dalam seribu betul lah Teng Teng ni.

Lagi satu yang special-nya dia ni, oleh kerana dia ni dah selalu bergaul dengan orang melayu yang mana turut merangkap orang Islam, ada beberapa perkataan Islam yang dia pandai sebut. Sebagai contoh, dia bagitahu harga semua sekali RM124. Aku minta kurangkan kepada RM110. Secara spontan dia sebut "Astaghfirullahal'azim, ni sudah banyak murah maa". Terkedu, lepas tu aku senyum sebab nak tahan gelak. Pandainya dia ni cakap macam tu. Tapi realitinya dia ni bukan pun beragama Islam.

Jadi di sini aku cuma nak menggambarkan yang bijaknya Teng Teng ni berkomunikasi dalam perniagaan. Aku akui apa yang dia lakukan ada berkaitan dengan strategi perniagaannya. Namau begitu, secara keseluruhannya apa yang dimiliki bukan sekadar membantu dirinya dalam perniagaan, tapi juga membantu dalam mencari teman-teman di kalangan pelanggan yang terdiri dari bukan berbangsa cina.



Ni lah dia Teng Teng tu.

ThAnK yOu, AgAiN

20hb Januari 2011, Jam 2331

Assalamualaikum w.b.t., dan salam sejahtera.

Bagi yang mengenali aku kat matrikulasi, anda mungkin terperasan yang baju aku ni cuma ada beberapa je yang akan aku pakai sepanjang tahun aku belajar kat sana. Begitu juga bagi yang mengenali aku kat UiTM Segamat, mungkin ada terperasan yang sejak dari semester 1 sampai 6, aku ni cuma akan memakai beberapa jenis baju sahaja. Kasut pun cuma ada satu je. Aku ni bukan lah kedekut. Cuma aku tak gemar ber-shopping. Sebab tu baju dan kasut aku pusing-pusing asyik yang sama je. Asalkan masih boleh pakai. aku bedal je.

Tapi kan, bila dah bekerja, situasi berbeza. Baju ada je yang baru. Tapi bukan lah sebab aku sekarang dah suka ber-shopping. Tapi orang yang bernama Liya ni yang selalu ajak aku ber-shopping. Dia yang cakap aku ni asyik pakai baju yang sama je. Dah bosan tengok baju tu. Jadi, ada baju yang dia belikan dan ada juga baju yang dia cadangkan untuk aku beli. Kali ni, aku nak tunjukkan baju yang dia belikan untuk aku.



Baju ni dia belikan masa dia pergi Times Square. Dia senyap-senyap je belikan. Tau-tau masa jumpa tadi dia cakap ada baju untuk aku dan nak aku pakai masa tu juga. Apa lagi. Menyorok la kat belakang bangunan dan aku tukar baju kat sana. Suka betul dia tengok. Dia cakap aku sesuai pakai. Tapi gambar yang aku pakai baju tu tak ada pada aku, tapi ada kat handphone dia. Tak dapat nak tunjukkan ke-handsome-an aku kat sini. So sad lah.



Baju ni pun sama. Dia belikan masa pegi Times Square. Tapi baju ni aku tak test lagi. Tengok kat design mungkin aku sesuai untuk pakai baju ni. Hopefully yes. Cantik baju ni kan. Pandai betul orang yang pilihnya.

Tujuan utama aku post ni sebab nak ucapkan terima kasih kepada Liya sebab belikan baju-baju ni. Aku ni je yang jarang belikan baju untuk dia. Lain kali saya belikan untuk awak pula okey.



Thank you so much, Liya.

...BeRkOnGsi DaN MeMpRoMoSi...

14hb Januari 2011, Jam 2010

Itu lah topik entry untuk kali ini. Bagi yang tak faham, baca translate dalam bahasa ibunda anda iaitu berbunyi

...sHaRiNg aNd pRoMoTiNg...

Apa yang nak dikaitkan antara dua perkara ini? Nak promote multi-level marketing ke apa? Kalau nak tau, teruskan pembacaan anda.

Ceriteranya bermula di sini. Tadi singgah di Cyber Cafe a.k.a C.C. di sekitar Pekan Meru. Mula-mula online, mesti lah log-in facebook dulu, tengok update dan sebagainya. Lepas tu baru mula pembacaan terhadap blog-blog yang saya follow. Antara blog-blog yang dibaca, ada 1 blog yang menarik perhatian. Dia mengiklankan tentang produk kesihatannya kepada semua blogger-blogger. Jadi dari situ muncul idea untuk menukilkan tentang produk yang aku pasarkan.


Kad perniagaan a.k.a Business Card in agak pelik sikit. Nama di hadapan, contact number di belakang. Produk yang aku pasarkan ini merupakan produk Bank Rakyat iaitu Pembiayaan Peribadi-i 1-Aslah atau lebih dikenali sebagai Islamic Personal Financing. Promosi ini khas untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, Government Listed Companies, dan juga swasta yang berpanel dengan Bank Rakyat.

Dengan kadar keuntungan serendah 3.25%, kadar ini secara tidak langsung menarik ramai individu yang berkelayakan untuk melanggan pakej pembiayaan yang 100 peratus berlandaskan Syariah berasaskan prinsip Bai al-Inah. Maknanya di sini, bagi yang beragama Islam, sekiranya melanggan pakej ini, anda mendapat lebih nilai berbanding bank dan juga koperasi lain disamping tidak perlu risau tentang wujudnya unsur-unsur yang menyalahi prinsip Islam seperti Riba', penipuan dan sebagainya.



Dan berita baik bagi kakitangan kerajaan berstatus kontrak. Keistimewaan di Bank Rakyat Kuala Selangor ialah kami menerima kakitangan kerajaan berstatus kontrak untuk membuat pembiayaan.



Banyak lagi yang hendak dipromosikan. Tapi cukup lah setakat ini. Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang pembiayaan peribadi-i 1-Aslah ini, hubungi nombor yang tertera di atas.

tHiS hOw ThE tHiNgS hApPeN

29 Disember 2010, Jam 2211

Lama betul dah tak tulis blog. Sibuk sikit kebelakangan ni kot. Aku ni baru je menerima kerja sebagai BR Smart di Bank Rakyat Kuala Selangor 13 Disember lepas. Maklumlah, budak baru dapat kerja. Kena la push sikit. Kalau tak nanti lambat la nak duduk sama level dengan BR Smart yang lain. Aku masih lagi belajar untuk membahagikan masa antara kerja dan waktu peribadi. Bukan apa. Kerja sebagai BR Smart ni agak penat memenatkan. Kita kena ikut jadual pelanggan yang nak berurusan. Katakan kalau pelanggan cuma lapang waktu malam, terpaksa lah ikutkan juga. Kena berkorban sikit.

Tapi post kali ni aku tak nak lah ceritakan tentang kerja. Aku nak ceritakan tentang apa yang berlaku masa 25hb Disember 2010. Tarikh ni merupakan tarikh keramat bagi insan bernama Liyana binti Mohd Zabidi. Tarikh ini merupakan tarikh ulangtahun kelahiran bagi dia yang kini genap berumur 21 tahun.

Macam-macam yang jadi masa nak tunggu tibanya tarikh ni. Aku lupa nak tempah cup cake, dia merajuk. Aku tak confirm boleh dapatkan kereta masa tarikh tu, dia merajuk lagi. Aku tak sempat nak belikan hadiah untuk dia, dia merajuk jugak. Dia cakap nak buat sambutan sekali dengan reunion sekolah, dan aku cakap segan nak join, pun merajuk jugak. Jadi, skill memujuk aku ni patutnya dah semakin bertambah bagus sebab kerap memujuk dia masa nak tunggu tarikh 25hb tu. Hehe.

Kami cadang nak raikan sekali dengan member sekolah menengah dia. Tapi last sekali tak ada yang dapat join. Jadi, berdua je lah kami raikan kat Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Aktiviti kat pantai, macam biasalah. Berkelah dan juga mandi laut.

Tapi ada satu perkara yang memang tragis. Kat sini memang terserlah ke-bongok-kan aku. Ada ke patut datang birthday dia tapi tak bawa hadiah. Dan yang lebih memalukan ialah birthday girl tu pulak yang bagi hadiah kat aku. Dah macam birthday aku pulak. Oh tidak! Sungguh memalukan. Ni la hadiahnya. Aku edit sikit gambar tu. Biar sentuhan photoscape aku kali ni berbeza sikit berbanding gambar-gambar lain yang aku edit.


Hadiah yang aku terima ialah dompet berjenama Emperial Horse. Brand mahal ni. Bila aku buka dompet ni aku nampak ada 1 gambar. Eh, ni gambar pasport girlfriend aku ni. Mana dia dapat. Agaknya dia member baik dengan girlfriend aku kot. Tak pun dia ni la girlfriend aku sebenarnya. Hehe.

Oleh sebab aku lupa nak belikan hadiah masa birthday dia, ni tadi aku baru je belikan hadiah untuk dia tadi. Dan aku dah siap-siap bungkus. Tapi aku tak ada kamera nak ambil gambar hadiah ni. Mungkin kemudian aku akan upload kan gambar lepas dia buka hadiah tu. Hadiah merupakan seutas jam tangan. Cantik ke tak, aku tak tau. Tunggu tuan punya jam cakap kat aku nanti. Harap-harap cantik dan kena dengan citarasa dia.

p/s: Bagi yang girlfriend/boyfriend korang punya birthday dah dekat, baik korang belikan cepat-cepat. Kang jadi macam aku ni. Buat malu je.

KiSaH sEoRaNg aDiK yAnG bAiK

19hb Disember 2010, Jam 2310

Itu lah post untuk kali ni. Kisah tentang seorang adik yang baik. Watak adik diwakili oleh Muhammad Fitri bin Abdullah Kamal, manakala watak abang diwakili oleh Mohd Ashraf Faiz bin Abdullah Kamal. Jadi macam mana jalan cerita kali ni?

Bermulanya begini. Si abang ni pelajar bidang Sains Sukan a.k.a Sport and Recreation. Bila sebut sukan, dah tentulah dia ni dah macam atlet. Pandai bermain dalam bermacam-macam sukan. Tak pun kalau tak pandai main, pandai konon-konon mengajar orang pun jadilah.



Manakala si adik pula bekerja dalam bidang pemasaran. Jadi, antara dua adik beradik ni memang banyak perbezaannya. Sebagai contoh, bila dah bekerja nanti si abang akan jadi jurulatih yang mana akan berpakaian yang santai dan sesuai untuk bersukan. Manakala si adik pula bekerja dengan cara berpakaian yang formal dan memerlukan kekemasan sekaligus untuk meyakinkan pelanggan yang ingin menggunakan khidmatnya.

Tarikh 19 Disember 2010, bermula lah titik perubahan itu. Si abang cakap "Pit, aku nak lepak kat Pantai Remis dengan member aku. Nak join?". Si adik cakap "Okay jugak. Jom". Jadi mereka pun masing-masing bersiap untuk ke Pantai Remis. Tapi si adik tengok si abang ni berpakaian macam nak pergi bersukan pulak. Jadi si adik pun pergi mengambil sehelai baju, lantas meng-iron-kan baju tersebut. Kemudian setelah selesai, si adik memberikan baju tu kepada si abang sambil berkata "Ko pakai la baju ni. Baru la smart sikit. Awek pun tengok je nanti".



Si abang senyum sinis dan lantas mencuba baju tu. "Ha! Baru la smart. Ni tak. Nak pergi jalan-jalan tapi macam nak pergi gym pulak". Begitulah maklum balas si adik apabila si abang memakai baju tersebut. Lalu mereka pun pergi bersantai di Pantai Remis bersama 3 rakan si abang sehingga petang. Begitulah cerita tentang kisah seorang adik yang baik. Sekian.



p/s: Bagus kan si adik tu. Budak baik betul.