APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, November 14, 2010

MaNe Nak EjAs Ni

22hb Ogos 2010, Jam 0043

Tiap-tiap ari keje, keje, keje. Siang malam keje je aku ni. Siang praktikal kat Bank Rakyat Kuala Selangor. Malam pulak keje kat kedai makan Wak Zack. Even aku kerja sampat tahap macam ni, tapi tahap pengurusan kewangan aku sangat lemah. Malu nak nyatakan kat sini. Tapi macam tu lah hakikatnya.

Dulu ramai member-member seperjuangan mase sekolah menengah, matrikulasi dan jugak universiti sekarang ni puji cara pengurusan kewangan aku. Dulu mase tinggal kat asrama sekolah menengah, walaupun cume dibekalkan oleh bapa aku dengan RM30 sebulan, aku mampu lagi simpan sebahagian dari amaun tu secara konsisten selama dua tahun. Hasilnya, N-Gage QD yang mase tu berharga RM666 tak termasuk memori kad. Biase lah. Sekolah menengah. Hand phone la satu-satu nye benda yang kita nak show off. Hehe.

Matrikulasi pulak, mak bapak bagi duit tapi sume masuk kat akaun RHB Bank. Abes je matrikulasi, aku tengok kat akaun RHB tu memang dah bersepah giler duit. Seronok giler. Aku survive kat matrikulasi gunakan duit biasiswa RM2000 untuk sepanjang pengajian. Siap ade lebih lagi tu. Pastu mane duit tu pegi pon aku tak ingat. Tu la bahaya nye aku ni. Aku tak boleh perasan yang duit aku banyak. Kalau aku perasan, memang laju je duit tu habis.

UiTM, cara aku nak simpan duit agak berbeza sikit. Cara yang aku gunakan ialah dengan berkhidmat sebagai Ah Long free interest. Takde bank boleh challenge interest serendah aku ni. Aku bagi member-member yang memerlukan duit untuk meminjam tanpa sebarang charge yang dikenakan. Dari situ aku dapat pastikan aku takkan guna duit lebihan yang ada sebab aku dah bagi member pinjam. Memang berisiko. Ada yang pinjam sampai RM1000 dan pulangkan balik dalam tempoh 2 semester. Tapi cara ini lah yang mampu untuk menanggung 50% daripada down payment Yamaha 125 ZR kesayangan aku ni. Lagi 50% pinjam kat mak bapak. Huhu.

Tapi sekarang ni cukup sempit. Macam rezeki tak berkat je. Gaji masuk 1hb, 5hb dah macam tak ada dah. Bebanan kewangan aku agak tinggi kot. Installment motor agak tinggi. Berat sikit nak tanggung. Lepas tu duit utilities pon meningkat. Pening. Tak tau nak pusing macam mane lagi. Agaknye kena dapatkan bantuan daripada AKPK, salah satu agensi pengurusan kewangan. Orang cakap bersusah-susah dahulu. Ade hikmah disebalik semua ni. Sabar, usaha dan tawakkal. InsyaAllah ade sesuatu yang lebih baik untuk aku di kemudian hari. =)