APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, November 14, 2010

Ape Yang Kau Tau??

28hb Oktober 2010, Jam 1432

Ko tau ke ape dia yang aku nak bagitau ni?
- Mesti la tak...

Ko rase aku nak bagitau ape ni?
- Suke ati ko lah...

Ko tak nak cube teka?
- Malas lah...

Aku bagitau je lah. Abes cite.
- Orite...

Tempoh dari bulan 6 smpi bulan 10, bukan lah lama sangat. Tapi cukup lama utk bagi mulut-mulut berbicara dan mengata. Cukup tempoh untuk bagi kata-kata nista yang menyakitkan jiwa menusuk di dalam lubuk hati yang terdalam. So, point of view?

Dari bulan 6 sampai lah ke bulan 10, aku dah tak penah post ape-ape pon. So, mesti akan ade bunyi yang cakap "Ala si Ron tuh, mula-mula je semangat nak wat blog. Pastu blog jadi pe? Jadi bodoh". Pastu mesti ade yang mengata "Poyo lah mamat tuh. Nak ngurat awek dia la katekan. Mesti la effort besar sikit. Siap buat blog lagi tuh. Bile dah malas, blog tah ke mane". Takpe-takpe. Orang nak cakap la katekan. Pastu ade lagi suara sumbang cakap "Haha. Blog dah tak gerak dah. Mesti ade pape tuh".

Takpe lah beb. Biar aku terangkan satu persatu. Mungkin limit aku as seorang yang duduk kat rumah yang takde internet mmbataskan aku untuk post blog. Tapi harus di ingat. Takde internet tak bermaksud aku tak tulis blog. Aku tulis jugak tapi bukan kat blog. Aku tulis kat notepad je. Thanks to blogger-blogger yang ajar aku teknik ni. Bile teringat nak tulis je aku pon tulis lah kat notepad dulu. So, dah bersepah-sepah dah post yang ak tulis kat notepad ni. Cume takde mase je nak post kat blog ni =)

Ko rase ade effect tak aku tulis macam ni?
- Dalam mimpi je lah...

Ko rase aku jawab kritikan ke aku tambahkan kritikan?
- Mane yang ko rase, tu la jawapannye...

Okay~

Last Day Of Practical Training

15hb Oktober 2010, Jam 2305

Dah lame tak tulis blog time-time macam ni. Yelah, aku kan keje dari pukul 8mlm smpai 12mlm tiap-tiap hari. So, jarang sekali nak ade peluang tulis blog mase-mase macam ni. Di sebabkan hari ni hari terakhir aku praktikal, aku mintak cuti kat pakcik kedai makan tu. Bak iklan kat tv tuh, aku nak spend mase untuk "ME TIME".

Mula-mula praktikal dulu rase ragu-ragu sama ade mampu ke nak abeskan mase praktikal selama 5 bulan ni dengan sikap aku yang macam ni. Aku kene belajar disiplin kan diri untuk bangun awal dan terus pegi keje. Lepas tu malam pulak kene keje ngan pakcik aku. Jadi, mase nak buat thesis entah ke mane, rehat entah ke mane. Tapi lepas 5 bulan berlalu, aku berjaye lalui semua tu. Penat sangat bile pikirkan balik. Semangat tinggi dan juga keinginan untuk berdikari mengajar aku untuk bersabar dalam waktu-waktu kritikal macam ni. Thanks you ALLAH.

Mase abes tadi salam dengan member-member bank. Sedih ade, gembira ade, penuh tanda tanya sama ada lepas ni aku berpeluang bekerja dengan diorang lagi atau tak.

Mase untuk praktikal dah abes. Sekarang mase untuk aku pikirkan pasal aku punye thesis yang belom settle lagi ni. Kene buat yang terbaik lepas praktikal aku hancur sebab asyik datang keje lambat je. Alasan dah la penipu je aku bagi. Hujan lah, moto rosak lah. Tak hujan pon aku cakap hujan. Syhh~. Staff bank yang bace jangan bagitau kat bos. Mampuih aku nanti. Hehe.

MANIS

12hb Oktober 2010, Jam 1845

English sebut Sweet

Melayu sebut Manis

Jawa sebut Legik

Cina, India, Kadazan, Iban semua tuh aku tak tau sebab aku tak search kat internet pon ape definisi setiap word tuh. Pandai-pandai la search sendiri ye. Kalau search sendiri lagi nanti ko ingat. Google kan dah baru sekarang ni.

Macam ni

Satu ayat yang menarik perhatian aku untuk dikongsikan sebagai bacaan bersama ni ade kaitan dengan perkataan manis. Ayat ni ade dalam lagu Ning Baizura - Mama Papa. Tapi tolong sikit. Aku bukan layan lagu ni. Cume terdengar mase aku kat dalam kereta semalam on the way pegi beli tiket bas. Ayatnya berbunyi:

Mungkin Terlalu Manis Hingga Menjadi Racun

Ayat ni menyedarkan aku yang manis ni bukan lah sesuatu yang elok. Dalam makan minum, semua nak manis-manis. Bila bercakap, ayat kena manis. Bila bercinta, semua orang impikan yang manis. Ape yang kite nak sebenarnya bila kita nak kan kemanisan? Kita nak kan kemurungan berpanjangan disebalik keceriaan sementara? Kepalsuan disebalik keindahan? Cube fikir sekali lagi.

Dan dari sini jugak aku faham ape yang dimaksudkan dengan perkataan madu itu manis. Ye Betol. Madu memang cukup manis kan =)

Jadi, ubahlah sikit macam ayat saranan kerajaan Malaysia, "Kurangkan Kemanisan Dalam Kehidupan". Kurangkan kemanisan dalam perkataan, pemakanan dan yang penting dalam percintaan. Semoga anda sekeluarga sihat sejahtera dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri (siap buat gaya tangan macam Zainal Abidin buat). Tu je nak cite. Takde pape lagi dah.

S.U.D.O.K.U.

19hb September 2010, Jam 1400

Tak lah susah sangat kan. Aku ingat game sudoku ni untuk orang-orang pro matematik je. Tapi tak lah macam tu sekali. Dalam USA Today menyebut "...In theory, who can count can solve sudoku,..". Ape yang diperlukan untuk jawab sudoku cume sebatang pensil dan jugak soalan sudoku. Pastu dah boleh mule jawab.

Aku minat main time attack. Aku kire mase yang aku spend untuk selesaikan setiap puzzle. Mula-mula memang teruk lah. Tapi dah lama-lama tak de lah teruk sangat. Dapat la jugak selesaikan puzzle difficult dalam mase bawah 15 minit.

Thesis dah la belom buat pape lagi. Sebok nak main sudoku je sekarang ni. Selambe je. Fail thesis baru tau. Maklum je lah. Minat baru kot. Macam excited gile pas beli buku sudoku ni. Kalau boleh nak abeskan buku ni laju-laju, then padam balik, buat balik. Takde lah mahal pon. Tak sampai pon RM10.00.

Lu suke sudoku? Suke ati lu lah nak suke ke tak. Wa Takde bran nak chellenge lu. Wa bodo lagi. Tunggu wa power baru wa ajak lu time attack. Yeah!

Is T May Wa

12hb September 2010, Jam 0956



Bangun je pagi'2 terus nak tulis blog. Bukan ape. teringat nak tulis pasal sesuatu.

Raya kali ni mungkin agak berbeza dari yang sebelum'2 ni. Selalu raya dengan family n member'2 je. Tahun ni ade tambahan "penawar jantung" lak. Jadi, ade la perbezaannya. Dan ade juge kejutan untuk awak time raya'2 ni. Tapi belum pape awak dah marah'2 kan. Awak ingat saya lupa nak wish raya kat awak. Tak pe lah. Awak blom boleh terima cara saya lagi kot. =)

Saya ada sediakan beberapa surprise untuk awak. Saya harap awak sukakan raya kali ni. Awak marah saya dan jugak nangis malam tadi sebab awak ingat saya lupa pasal awak. Awak, kan saya penah nyatakan awak berbeza dari diorang. Mesti lah untuk awak, saya kene bagi kelainan. Awak istimewa. Jadi, untuk awak perlulah istimewa jugak.

Saya harap awak suka surprise saya ni. Kalau sebelum ni awak nangis sebab awak ingat saya lupa pasal awak, saya nak wat awak nangis lak sebab terlalu epy ngn surprise ni. Awak akan nangis jugak nanti. i know u. =)

p/s: Stress kene marah malam tadi. =(

One Two Five

25hb Ogos 2010, Jam 0039

Bak kate seseorang "ade 125z simpan je wat pe. Jom la join pegi pantai puteri 31hb ni". Ni la ayat member kat kedai aku keje tu. Dia dok sibuk ajak aku pegi konvoi ngan rider-rider 125z lain. Konvoi Merdeka katenye. Nak overnite kat sane. Then balik 1hb.

Bukan tak nak beb. tapi kondisi poket gua yang tak mengizinkan. Poket makin menipis walaupun keinginan semakin menebal. Lu tunggu wa keje tetap nanti. Konfirm wa join tiap kali lu ajak.

p/s: Sedang berduka lara sebab tak dapat nak ikot.

MaNe Nak EjAs Ni

22hb Ogos 2010, Jam 0043

Tiap-tiap ari keje, keje, keje. Siang malam keje je aku ni. Siang praktikal kat Bank Rakyat Kuala Selangor. Malam pulak keje kat kedai makan Wak Zack. Even aku kerja sampat tahap macam ni, tapi tahap pengurusan kewangan aku sangat lemah. Malu nak nyatakan kat sini. Tapi macam tu lah hakikatnya.

Dulu ramai member-member seperjuangan mase sekolah menengah, matrikulasi dan jugak universiti sekarang ni puji cara pengurusan kewangan aku. Dulu mase tinggal kat asrama sekolah menengah, walaupun cume dibekalkan oleh bapa aku dengan RM30 sebulan, aku mampu lagi simpan sebahagian dari amaun tu secara konsisten selama dua tahun. Hasilnya, N-Gage QD yang mase tu berharga RM666 tak termasuk memori kad. Biase lah. Sekolah menengah. Hand phone la satu-satu nye benda yang kita nak show off. Hehe.

Matrikulasi pulak, mak bapak bagi duit tapi sume masuk kat akaun RHB Bank. Abes je matrikulasi, aku tengok kat akaun RHB tu memang dah bersepah giler duit. Seronok giler. Aku survive kat matrikulasi gunakan duit biasiswa RM2000 untuk sepanjang pengajian. Siap ade lebih lagi tu. Pastu mane duit tu pegi pon aku tak ingat. Tu la bahaya nye aku ni. Aku tak boleh perasan yang duit aku banyak. Kalau aku perasan, memang laju je duit tu habis.

UiTM, cara aku nak simpan duit agak berbeza sikit. Cara yang aku gunakan ialah dengan berkhidmat sebagai Ah Long free interest. Takde bank boleh challenge interest serendah aku ni. Aku bagi member-member yang memerlukan duit untuk meminjam tanpa sebarang charge yang dikenakan. Dari situ aku dapat pastikan aku takkan guna duit lebihan yang ada sebab aku dah bagi member pinjam. Memang berisiko. Ada yang pinjam sampai RM1000 dan pulangkan balik dalam tempoh 2 semester. Tapi cara ini lah yang mampu untuk menanggung 50% daripada down payment Yamaha 125 ZR kesayangan aku ni. Lagi 50% pinjam kat mak bapak. Huhu.

Tapi sekarang ni cukup sempit. Macam rezeki tak berkat je. Gaji masuk 1hb, 5hb dah macam tak ada dah. Bebanan kewangan aku agak tinggi kot. Installment motor agak tinggi. Berat sikit nak tanggung. Lepas tu duit utilities pon meningkat. Pening. Tak tau nak pusing macam mane lagi. Agaknye kena dapatkan bantuan daripada AKPK, salah satu agensi pengurusan kewangan. Orang cakap bersusah-susah dahulu. Ade hikmah disebalik semua ni. Sabar, usaha dan tawakkal. InsyaAllah ade sesuatu yang lebih baik untuk aku di kemudian hari. =)

2 ThiNgS, 1 ThAnKs

2hb Ogos 2010, Jam 0056






Perkara yang ingin saya bagitau kat awak ialah

TERIMA KASIH!!

:-)

Dia DtG

18hb Julai 2010, Jam 2134

Dia? Siapakah? Nak Tau?

Bace je Sudah. Nanti bakal terjawab sndri soalan tuh.

L = Awak'2. Kite nak tgok awak lah. Awak macam teruk je.
R = Takde lah. Luka sikit'2 je la awak.
L = Nak datang uma awak. Tapi segan lah.
R = Eish. Nak segan ape. Datang je lah. Awak tetamu VVip tuh. Datang tau.
L = Okay. Kite bawak member skali tau=)
R = Iyolah =)

Dia nak datang! Aku bagitau mak aku. Mak senyum je. Bila dia ngan member dia sampai, ayat pertama mak aku. "Saya Ni kakaknye Fitri". Budak'2 ni tak gelak. Tapi diorang sokong plak statement mak aku tuh. Wah. Terangkat betul mak aku mase tuh. Aku diam je lah. Mak aku gurau je ngan diorang. Tapi diorang bleh plak sokong. Huhu.

Diorang makan kat sini. Nak mntak diorang tolong masak, takde pape yang nak di tolong. Last'2 diorang duduk je lah borak ngan mak n abah aku. Tapi kan "L" kene buli jugak mase tuh. Seronok member'2 dia buli kan. Mak pon seronok je tengok diorang berseloroh.

Petang time diorang nak balik, salam lah ngan mak. Mak ckap "Raya nanti datang tau". Aku senyum. L senyum. Member L pon senyum. Mak selesa ngan L n kawan'2 dia. Harapan cerah beb. Yabedabeduu!!!

Ingat. Korang kene datang tau. Especially L. Thanks sudi datang uma parent saya ni. =)

ScReEcH!!!

18hb Julai 2010, Jam 2054

Memang nasib kita lah beb. Aku bukan sengaje. Aku cube jage ko baik'2. Tapi dah 2 kali nasib tak menyebelahi kita. Tiap kali jalan same ngan ko, aku enjoy je. Siap bley show off ko kat depan member'2 aku. Pastu ko plak bukan men kerek lagi bile kat depan awek'2 kan. Mayb sebab tu Tuhan nak tunjuk kat kita. Idup ni jangan nak merempit je. Ko sakit ke? Aku pon sakit jugak beb. Tahan je lah.

Alahai BKK 5370. Nasib tak sebelahi kita. Dulu memula jatuh tergelincir mase kat RnR Subang time hujan lebat. Ni kat Segamat pulak jatuh langgar lubang. Dulu calar sblah kiri. Sekarang kat sebelah kanan pulak. Dah tak lawa dah kau ni ha. Tggu tahun depan la kang aku cantikkan ko balik. Ko dah tak laju mane dah sekarang ni sebab dah jatuh 2 kali.

Alhamdulillah. Walaupun dah 2 kali jatuh mase ngan 125 aku tuh, aku xpenah jatuh bawak orang. At least aku juz cedera sorang'2. Tak cederakan orang lain. Takut kalau naik bawak orang lain dan jatuh, confirm aku akan dipersalahkan oleh pembonceng tuh.

Cukup lah. Aku dah tak nak kemalangan lagi. Takut, sakit, pedih, sayang. Sume ade. Hopefully this is the last 1. InsyaALLAH.

CaMeRoN HiGhLaNd

8hb Julai 2010, 0112

Flying sourvenir dari Cameron Highland pada 6hb Julai 2010. Sempat edit dulu pics. Ni lah dia.



Nothing to say. Juz wanna say thanks to person who give me the present. Next time nak lagi. Hehe

P.E.L.I.K

7hb Julai 2010, 0134

Awak tak lah pelik. Tapi kan, saya tetap nak kate awak pelik jugak. Awak P.E.L.I.K tau. Kenapa?

Tadi awak cakap tengah makan. Tapi awak reply jugak mesej saya. Okay. Awak multi-tasking la kononnye ye. Tapi awak reply dan bagitau nak makan kejap je. Then saya pikir kenapa tak terus makan je sebab awak kan boleh mesej sambil makan. Jadi, saya cuba fikirkan ape maksud awak tu. Teringat sepotong ayat awak iaitu "makan kena layan baru la sedap". Baru lah saya faham sebenarnye awak nak stop texting kejap dan concentrate makan tanpa ada gangguan luar. =)

Awak tak lah pelik. Tapi kan, saya tetap nak kate awak pelik jugak. Awak P.E.L.I.K tau. Kenapa?

Tadi awak bagitau awak tengah keluar jalan-jalan. Then awak bagitau awak nak shopping barang sikit. Okay. Saya cakap go on and later text. Tapi awak sibuk tanya itu n ini pulak. Macam mane nak shopping kalau asyik reply mesej. Jadi, saya lakarkan gambar awak dan saya untuk jawab persoalan saya tu. Awak kanan, saya kiri. Saya nampak perbezaan ketara antara kita kat gambar tu. Tapi gambar tu nampak lengkap dan seimbang berbanding gambar sorang-sorang. Lama kelamaan baru saya faham awak sebenarnye nak kan pendapat saya sebab kita berbeza pendapat. Tapi perbezaan pendapat tu yang akan membawa hasil yang lebih baik dalam perkara yang kita buat. =)

Awak tak lah pelik. Tapi kan, saya tetap nak kate awak pelik jugak. Awak P.E.L.I.K tau. Kenapa?

Awak cakap awak tengah tido. Tapi awak reply jugak mesej saya. Awak ni orang ke ape. Mane boleh reply mesej mase tido. Pastu awak kelentong cakap kawan awak nama yana yang replykan. Tapi setahu saya, Liya=Yana. Jadi, saya formula kan sesuatu untuk mentafsir maksud awak tu. (Liya + Yana) x 12 tengah malam = mase awak tido. Baru saya faham awak sebenarnye nak bagitau awak nak tido. =)

Awak. Susah nak faham awak ni. Tapi saya tetap akan cube lagi untuk faham diri awak. =)

3 Hari

4hb Julai 2010, Jam 1045, Di Bank Rakyat Kuala Selangor.

Nak tau camne nak abeskan gaji kerja 1 bulan ngan cepat? Ni berdasarkan pengalaman aku lah ye. Camni yang aku buat pada gaji bulan julai 2010

1hb Julai 2010, Jam 0045

Aku ngan c0ol datang kat Wak Zack. Urut'2 sikit bahu dia. Dia pndang je aku. Wat'2 tak paham lak orang tua ni. X pe beb. Wa rilek je. Dia ni memang ngengade sikit. Wa urut lagi bahu dia. Senyum je dia. Dia hulur sampul surat dalam ade isi duit. Wa capai duit tu, cakap tima kasih, pastu lincah kadok aku chow. Haha! Sampai je kat uma, aku check. Aik! apesal kurang seratus? Owh, baru aku ingat. Aku dah mintak gaji awal mase nak pegi segamat ari tuh. So, dah kurang seratus dah. Blom pape dah kurang seratus. Adeh!

2hb Julai 2010, Jam 0745

Aku hulur duit kat abg aku. "Bro, ni tolong bayarkan motor aku ye". Dia orite je. Dah ilang lagi sikit dah. Then gune la sikit'2 untuk utilities aku.

3hb Julai 2010, Jam 1045

Kring'2! Tepon bunyi. AKu tengok numburnya tidak dikenali. Skali aku jawab, "Ello En. Fitri ye. Saya dari GTMaxx Meru. Kami tak boleh renew Roadtax awak sebab ada saman tak settle. Tengkiu". Aduh! Kena gua ni. Terpakse la gune saving aku yang macam ada takda tuh. Saman tak boleh nego. RM300 fixed!

Tengok tuh. Wa tak gune duit gua wat enjoy pon lagi. Tapi dah abes. Sdey giler lah. Rezeki gua kej 30 ari wa abeskan 3 ari je. Bukan merungut. Cume sekadar mengadu je =(

2 Alam

27hb Jun 2010, Jam 0034

Saat manis mampu bertukar jadi pahit dalam sekelip mate je kan. Senyuman tiba'2 bertukar jadi kesedihan sepantas 30 gigameter per saat yang mana bersamaan dengan kelajuan cahaya. Sayang mampu bertukar jadi benci dalam tempoh yang tak mampu diterima akal fikiran. Hanya 1 saat yang membezakan antara kehidupan dan kematian.

Dalam sepuluh kali gurauan membawa gelak tawa, pasti akan ada 1 kali gurauan yang membawa gurisan dihati dan jiwa. Dalam dua puluh senyuman, pasti wujud 1 kesedihan. Dalam lima puluh kali suapan masuk ke mulut, pasti ada 1 jatuh ke lantai. Dalam seratus kali senyuman membawa tanda gembira, pasti akan ada 1 senyuman yang bermaksud menyembunyikan hiba.

Anda bakal alaminya. Dua Alam daripada dR. Ron Fitri =D


Motif?

Wa Tak Tau Nak Tulis Ape. Tapi Nak Tulis Jugak. Ni Lah Hasilnya.
30hb Jun 2010, Jam 0056

Ko rase ko mampu memuaskan ati semua orang?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko rase ko patut berubah untuk orang lain?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko rase ko terbaik untuk semua orang?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko yakin dengan berubah seperti yang dikehendaki orang lain, ko akan diterima?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko yakin dengan memuaskan ati kebanyakan orang, ko akan diterima?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh



Ko faham tak? Tak perlu berubah untuk orang lain selagi ko tak memudaratkan orang lain. Ape? Ade yang rase ko memudaratkan diorang ke? Lu tulis tangan kiri dikatekan lu memudaratkan? Lu makan guna tangan mase sume orang gune sudu dan garfu diorang cakap memudaratkan? Lu naik moto yamaha cup mase sume member dah pki 135lc, rxz n 125zr diorang cakap memudaratkan? Kalau lu konsiderkan sume ni, lu jadi bodoh la beb. Puaskan ati orang lain semata-mata untuk diterima diorang.

Tuhan tu adil. Kite kurang kat 1 part berbanding orang lain, mesti ade 1 part lain yang kite lebih berbanding orang lain. Selagi ape yang kite buat tak salah, teruskan je. Just be yourself. Tak perlu berubah untuk orang lain dan tak perlu minta orang lain berubah untuk kita. Kalau tak suke, pegi mam. Janji yang kite buat tu tak salah. Simple kan?

ThESiS!!

22hb Jun 2010, Jam 0056

Yeke. Aku ingatkan senang. Tapi tak sangka pulak nak cari tajuk yg sesuai untuk thesis ni agak susah. Aku baru je settle refer balik kat sume contoh'2 thesis yang ade. Aku tengok'2 balik thesis yang member2 aku penah buat. Belek punye belek, hah!! Idea sudah mari, Aku dah dapat nak buat tajuk ape. Tapi aku tak nak lah bagi tau tajuknye kat sini. Bukan best pon tajuknye. Just aku berharap tajuk tu blom ade orang yang amek. Pastu main journalnye pon aku dah ade jugak. Terbaik lah!! Memang memudahkan kerja aku. Alhamdulillah. Syukur sangat'2.

Tajuk thesis pon dah dapat. Huh! Lambat betol aku nak cari tajuk. Selepas dipksa oleh si dia dengan pelbagai cara, baru lah aku sibuk nak cari tajuk dan jugak siapkan abstract. By the way, still have to say thanks to her. Kalau tak kena pakse ngn dia, jumaat agknye baru aku sibuk nak buat sume tuh. Now, aku baru je settle siapkan abstract untuk submit 26hb Jun ni.

Dah siap wat sume tu, time untuk belek'2 pics dulu b4 tido. So, belek'2 la sume pics yg aku terase nak belek. Pastu nyesal plak. Nape? Sebab mood aku dah bertukar. Teringat je moment'2 kat pics tuh. Sayu je rasenye. Ade yg best, ade yang pahit, ade yang lawak. Teringat kat member'2 kat uitm mase aku part 1 smpi abes ni. Huhu. Cukup! Ape da ko ni RoN. Ape la ko cite sume ni kat sini. Nampak sangat dalam hati ada taman.

~End of story~

Kau Kata Kan

11hb Jun 2010, Jam 1045

Kau katakan,
Tunjuk sesuatu gunakan ibu jari.
Tapi ku lihatkan,
Kau tunjuk tak gunakan ibu jari,
Malahan kau gunakan tangan kiri.
Bagaimana ni?

Kau katakan,
Letakkan kenderaan di petak yang betul.
Tapi bila aku lakukan,
Kau cakap " kau ni skema betul",
"Parking lebih kurang je dah la dol",
Kau ni memang mantul.

Kau katakan,
Mesti kena mandi pagi setiap hari.
Tapi yang aku rasakan,
Bau kau ni macam dah tiga hari tak mandi,
Mulut kau pula macam bau b*bi,
Kau memang ngeri,

Kau katakan,
Patah tumbuh hilang berganti.
Tapi ku lihatkan,
yang tumbuh kembali hanya ilusi,
Yang hilang pula tidak kau ganti,
Pedihnya hati.

Kau katakan,
Lakukanlah sesuatu dengan ikhlas.
Tapi dari suatu sudut pandangan,
Ku lihat kau seperti mengharapkan balas,
Kebaikanmu semua kau ceritakan tanpa beralas.
Lihatlah, niat kau dah jelas.

Kau katakan,
Kau suka pada kebersihan.
Tapi yang kau perlihatkan,
Bilik kau la yang paling macam setan,
Rilek je kau ni kan,
Langsung tak segan.

Kau katakan,
Setia hanya pada satu.
Tapi kau suarakan,
Ape barang awek satu,
Awek biar beribu,
Hai, mane prinsipmu yang dahulu?

Kau katakan,
Sehari perlu solat lima waktu.
Tapi kemudian,
Kau terus tak keluar'2 dari bilikmu,
Dari pagi sampai ke malam pulak tu,
Konfius aku.

Kau katakan,
Hidup hanya sekali,
enjoy jangan sampai lupa diri.
Tapi yang aku lihatkan,
Kau ibarat lupa diri,
Enjoy sampai lupa kau akan mati,
Kawanku, berhati-hati.

Kau katakan,
Tulis blog jangan panjang'2,
Kang orang yang bace jadi bengang.
Tapi aku ni pulak kan,
Tulis blog sampai tak cukup ruang,
Macam nak kene pelempang,
Bile nak fullstopnye ni bang.

Okay. Cukup lah tu merapik. =D

KeNaPaKaH??

9hb Jun 2010, Jam 1554

Tak patut betul lah!! Tolong jangan wat macam ni!! Takkan la benda macam ni pon nak kedekut!! Anginnye aku!!

Ade ke patut opis punye besar gini takleh akses internet. Ces! Kedekut tol Bank Rakyat ni!

p/s : Sape yang jadi boss esok jgn kedekut internet kat staff'2 anda. Kepada boss'2 yang tak suke aku cakap gini, wa tak suke lu. Haha!

MAIKEL JEKSEN

8 Jun 2010, Jam 1420

Setakat ni baru 7 hari aku praktikal kat kedai makan. Eh! Pale otak ko lah RoN. Bukan praktikal kat kedai makan lah. Praktikal sambil bekerja kat kedai makan. Haa~. Baru betol.

Kerja rasenye takde masalah sangat. Masalah'2 bese je. Pressure tempat praktikal takde sangat pon. Sume staff memang baik. Bersikap ramah dan jugak mesra even aku baru 7 hari kat sini. Diorang buat aku rase slesa dan rase macam staff yang dah lama kat sini. Happening abes. Cume kat kedai je yang macam stress sikit. Mungkin sebab keje kat kedai lagi byk dari keje kat tempat praktikal ni kot. Kerja kat kedai makan kene buat laju sket.

Dan kesan dari kerja dua tempat ni dalam masa 1 hari ni, muka aku lain sket. Abg aku yang tegur pasal ni semalam. Dia cakap aku nampak macam Maikel Jeksen. Maikel Jeksen?? Pe jadahnye aku macam Maikel Jeksen lak. Aku jalan undur mcm Maikel Jeksen ke? Abg aku pon explain "Muke ko nampak pucat pastu mata nampak lebam".

OoOo~. Sebenarnye kerja kat dua'2 tempat ni aku takde lah letih sangat. Tapi bile aku kerja kat dua'2 tempat ni, masa untuk aku berehat dah kurang. Al-maklum je lah. Dulu aku ni kaki tidur. Tidur kalau kurang dari 12 jam sehari bukan RoN namanye. Alih'2 sekarang ni kene tidur kurang dari 6 jam sehari. Mau tak terkejut badan gua yang tough ni bile kena gitu.

Solution?

Wat bodo je. Aku kena lah blajar besekan diri. Aku kene gagahkan tulang empat kerat ni sepanjang 5 bulan praktikal. Untung'2 jap lagi jadi tough betol'2. Yeah! Doakan aku kental dan bertahan untuk kerja sepanjang praktikal ni.