Sejak dari dahulu lagi, terlalu banyak perkara yang telah kita pelajari dari situasi sekeliling kita. Ketika baru dilahirkan di dunia, perkara pertama yang kita pelajari adalah menangis. Lalu ayah lantas memberikan pelajaran yang kedua iaitu mendengar. Apa yang di ajar oleh bapa kita adalah perkara yang sungguh mulia iaitu belajar untuk mendengar kalimah suci dalam Islam di sebalik alunan azan dan iqamah yang dibisikkan di telinga kita. Kemudian, ibu mula memberi tunjuk ajar yang ketiga iaitu belajar untuk menyusu. Setelah itu, tahu lah kita bahawa menyusu mampu memberikan kekenyangan dan juga sebagai tempat bergantung hidup ketika masih belum mempunyai gigi .Bulan demi bulan berlalu, kita mula belajar untuk merangkak, berjalan, bertutur dalam bahasa ibunda kita, belajar untuk tertawa apabila gembira dan menangis apabila sedih. Kita belajar dan di ajar mengenai ke arah hidup yang lebih baik supaya mampu menjadi generasi yang berguna di masa akan datang.
Kemudian, ketika berada di tahun pertama kelahiran kita, kita di ajar untuk mensyukuri nikmat kehidupan yang di berikan oleh ALLAH. Kita sambut ulang tahun kelahiran kita sebagai tanda berterima kasih kepada ALLAH kerana membenarkan kita menumpang di bumiNya ini untuk sekian kali. Kita belajar bersalaman dan berterima kasih. Memang. Masa berlalu dengan sangat pantas. Tanpa di sedari, kita sudah berada di pra-sekolah di mana ketika itu berumur antara 5 hingga 6 tahun. Di sana, kita mula belajar mengenai hidup di dunia luar. Kita belajar ABC, alif ba ta, one two three, wahid isnani salasa, satu dua tiga, isnin selasa rabu, monday tuesday wednesday dan sebagainya. Kita juga belajar dan di ajar pendidikan Ukhrawi iaitu mambaca al-fatihah, bersolat dan banyak lagi.
Kemudian, di sekolah rendah, kita di ajar pendidikan yang sangat berguna untuk kehidupan kita kini. Kita belajar mengira, membaca, berkawan, menghormati guru-guru, kawan-kawan dan juga orang lain. Kita belajar berjenaka dan juga mengenal dunia persekolahan. Kita belajar untuk bersaing dan berlumba-lumba untuk mendapat keputusan terbaik dalam setiap mata pelajaran, ujian dan juga peperiksaan. Ibu bapa memberikan wang saku dan bekalan makanan untuk kita. Kita belajar bagaimana untuk menguruskan wang tersebut untuk membeli makanan di kantin sekolah dan menyimpan selebihnya di dalam tabung. Kita juga belajar mengemaskan untuk sebagai lambang identiti diri yang lebih baik, Tidak kurang juga ada yang di usia ini sudah belajar mengemaskan diri untuk menarik perhatian golongan jantina bertentangan. Bagi yang lelaki, kita belajar untuk menunggang motorsikal walaupun ketika di usia seawal ini.
Dari sudut negatif pula, ketika umur ini, kita belajar bahawa bergaduh merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah. Kita belajar perkataan yang negatif seperti babi, bodoh, sial dan sebagainya. Kita sanggup belajar mencuri makanan ringan dan juga permainan di kedai-kedai semata-mata untuk memenuhi keinginan yang tidak terbatas di sebalik sumber kewangan yang sangat terbatas. Aku bukan hipokrit. Setiap yang aku nyatakan di sini, aku yakin aku juga pernah belajar mengenainya suatu masa dahulu.
Di peringkat yang lebih atas, kita belajar dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara berkaitan dengan membaca, memahami, mengira dan sebagainya. Kita belajar berjauhan dengan ibubapa kita. Bagi yang tinggal di asrama, kita belajar untuk meluahkan perasaan dengan menangis ketika berasa sunyi dan rindukan ibu bapa. Kita belajar berdikari tanpa ibu bapa di sisi kita yang sebelum ini senantiasa berada dekat di mata. Kita membasuh pakaian sendiri dan mendidik diri supaya belajar untuk mengulangkaji tanpa di suruh oleh ibu bapa. Kita belajar untuk mencari teman apabila berada di suatu tempat yang baru. Kita juga belajar menjadi lebih kuat apabila di kerumuni masalah sama ada masalah peribadi ataupun masalah berkaitan pelajaran. Kita belajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai bekalan untuk permohonan menyambung belajar di universiti. Kita belajar memandu kereta untuk membantu ibu bapa kita. Kita belajar memendam perasaan terhadap jantina berlainan. Kita belajar apakah erti cinta, rindu, sayang dan kasih walaupun di anggap masih muda dan mentah untuk menjalani alam ini secara serius. Ada sesetengahnya yang belajar untuk ber-sms dengan pasangan kekasih masing-masing apabila memiliki telefon bimbit.
Dari segi negatifnya, kita kita juga belajar untuk mengenal dunia yang lebih liar seperti merempit. Kita belajar untuk menunggang dengan pantas untuk memberi kepuasan dan kebanggaan kepada diri dan juga menunjukkan kekuatan motorsikal kita kepada teman-teman yang lain. Kita juga merasai kesakitan ketika jatuh dari motor. Menghisap rokok. Sangat similar pada diri lelaki. Kebanyakannya belajar merokok ketika di usia ini. Aku? Berada pada kelompok yang kebanyakannya belajar menghisap rokok di usia ini. Kita belajar menipu ibu dan bapa untuk mendapatkan sesuatu yang terlalu kita inginkan. Mencuri? Turut juga dihayati dengan lebih mendalam supaya terus berjaya mendapatkan hasil yang lebih lumayan berbanding yang berjaya dihasilkan ketika peringkat sekolah rendah. Cukup banyak sebenarnya perkara positif yang di pelajari ketika berada di peringkat ini. Tapi tidak kurang bagi perkara negatif. Di peringkat ini juga yang secara umumnya menjadi penentu kepada masa depan kita. Sekiranya di peringkat ini menjadi insan, insyaAllah di peringkat berikutnya kan terus bergelar insan dan mungkin menjadi lebih baik. Begitulah sebaliknya.
Kini, di peringkat universiti, aku masih belajar mengenai kehidupan. Aku seringkali belajar untuk menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri, ibu bapa, rakan-rakan dan banyak lagi. Aku belajar erti susahnya mendapatkan wang untuk menanggung diri, Aku belajar menguruskan wang dengan lebih baik supaya mampu untuk menanggung kehidupan di universiti di samping mampu membayar bayaran bulanan untuk motorsikal aku. aku belajar memasak untuk memastikan kewangan aku akan terus stabil. Aku belajar menyayangi insan yang bergelar kekasih dengan sepenuh kati. Aku juga belajar untuk mengecewakan dan menerima apabila dikecewakan oleh insan yang bergelar wanita. Aku tahu, dunia universiti ini cukup banyak dugaan yang mampu mendewasakan kita, dan sekiranya tersilap langkah, mampu menjatuhkan aku pada kadar yang sangat jauh. Biasalah. Kita belajar erti kebebasan d ketika ini.
Lihatlah. Ini adalah hanya sebahagian kecil perkara yang aku belajar semenjak kita lahir sehingga kini. Mungkin kalau hendak di nukilkan semua disini, mungkin makan masa bertahun-tahun untuk di nyatakan semua sekali. aku tahu, banyak lagi perkara yang akan aku belajar di masa akan datang. InsyaAllah, aku terus berusaha untuk tidak kecundang dan berusaha menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Doakan kejayaan bersama.
No comments:
Post a Comment