APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, March 28, 2010

Aku Benci Kamu, MAK

Mak, mak ingin tahu suatu perkara? Biar aku nyatakan dengan jujur. Aku benci kamu, mak. Aku hipokrit kepada kamu. Mak mahu tahu kenapa? Biar aku jelaskan satu persatu.

Semenjak dari rahim lagi kamu menjaga diriku ini. Kamu tatang diriku bagai minyak yang penuh. Setiap hari kamu sanggup minum susu yang kamu tidak suka akan rasanya. Kenapa mak? Kenapa minum sekiranya tidak suka? Mak tersenyum. Aku tahu jawapannya mak. Mak mahu lihat aku membesar sihat dan kuat. Mak tidak mahu aku kekurangan zat apabila dilahirkan nanti. Aku benci semua itu. Buktinya, ingatkah mak tentang sikapku di dalam rahim? Aku menendang di dalam rahimmu bukan? Aku anak yang tidak tahu berterima kasih. Susu yang kau berikan untuk aku, tendangan yang aku balas padamu.

Mak. Ketika aku hampir lahir ke dunia, kau menderita kesakitan ketika bersalin. Kau berusaha sedaya upaya untuk memastikan aku kan lahir di dunia ini. Kau mengalirkan air mata menahan kesakitan yang kau lalui itu. Ya ALLAH. Anak apakah aku ini? Aku belum lagi lahir di dunia. Tapi aku sudah menyakiti ibuku sehingga mengalir air matanya. Kejam sungguh anakmu ini bukan? Tapi kan mak, aku belum puas lagi menyusahkanmu ketika itu. Selepas melahiran aku, mak pasti sangat letih kan? Kamu ingat aku peduli semua itu? Aku menangis sekuat-kuat hati. Aku menjerit mahukan susu. Aku haus sekarang ini. Cepatlah mak!, tangisanku membawa maksud ini. Lantas kamu pun menyusukan aku. Wah! Sudah kenyang. Mak tersenyum meihat aku kekenyangan. Kenapa mak senyum? Aku jelek melihatnya. Lantas aku memuntahkan susu yang diberikan oleh mak td. Mak, kejamnya aku kan? Kamu pasti tidak tahu aku benci kamu ketika itu kan? Tak mengapa. Nanti akan ada banyak lagi yang akan kamu tahu.

Mak, hari sudah larut malam ni. Mak penat mungkin. Sejak siang tadi sibuk menjaga aku. Jadi, mak mahu rehatkan diri sebentar. Mak tidur di sampingku sambil tangannya mengayunkan buaianku. Aku sudah lena dari awal lagi. Baru sahaja mak hendak melelapkan mata, aku menangis. Mak lantas terjaga. Mak, kenapa kamu tidur? Kamu tidak tahukah lampinku sudah dibasahi air kencing? Apa lagu yang kamu tunggu? Mak pun lantas menukarkan lampin aku. Di dalam keletihan pun kamu sanggup menukarkan lampin aku. Selesai sudah semua itu, aku langsung tidak berterima kasih. Aku lantas tidur dengan nyenyaknya. Mak tersenyum walaupun aku tidak berterima kasih. Mak, kamu fikir aku akan terharu dengan semua itu? Mak. Anak jenis apakah aku ini. Kamu berjasa padaku tapi aku langsung tidak berterima kasih.

Mak, sekarang aku sudah boleh berjalan. Mak pasti gembira dengan kemajuan aku itu. Tapi mak, kenapa kamu senyum? Aku tidak suka kamu senyum bila melihat kemajuan aku. Nah! Aku menarik semua benda yang aku mampu capai. Bersepah ruang tamu rumahku. Sekarang, kamu nak senyum lagi kah? Mak tetap tersenyum lantas mengemas semua barang yang aku sepahkan itu. Aku belum puas hati sebab mak tetap tersenyum. Mak membawa aku pergi ke pasar malam. Mak tahu aku kebosanan di rumah. Di pasar, aku ternampak alat permainan. Ya! Aku mahukannya. Mak, aku mahu yang itu. Mak tersenyum dan memujukku, "lain kali kita beli ya. Mak belum ada duit lagi." Aku cukup marah dengan kata-kata mak. Aku lantas menangis dan membuat kecoh di pasar itu. Mak terkedu. Lantas mak terus membelikan aku mainan tersebut. Hah! Padan muka kamu. Aku minta elok-elok, tapi kamu tidak mahu beri. Sekarang kan kamu sudah malu. Kemudian mak memberikan mainan itu kepada aku. Marahku belum reda. Aku tidak mahu megucapkan terima kasih kepada mak. Mak tetap senyum. Sekarang, kamu percaya yang aku benci pada kamu?

Mak. Sekarang aku sudah masuk alam persekolahan. Mak menyiapkan pakaian yang bersih dan wangi untuk aku setiap pagi. Mak juga menyiapkan sarapan pagi dan membekalkan duit belanja untuk aku ketika di sekolah. Mak hantar aku ke sekolah setiap hari. Mak membantu aku menyiapkan semua kerja rumahku. Tapi kan mak, aku tidak pernah berterima kasih akan semua itu. Malah aku balas dengan membawa pulang baju yang sudah kotor untuk kamu basuh. Apa yang aku mahu ialah mak mesti pastikan baju itu bersih apabila aku hendak pakai kelak. Tiba sahaja di rumah, mak masakkan aku makanan yang sedap-sedap belaka. Mak tahu aku lapar. Aku pantas menjamah makanan yamg sudah tersedia di atas meja makan. Memang sangat sedap semua ini mak. Tapi, aku xmahu puji masakan kamu. Kamu tahu kenapa mak? Aku tidak mahu kamu gembira. Malahan aku turut menyepahkan meja makan itu dengan sisa makanan aku. Mak lapkan semua. Padahal aku sendiri pun geli untuk mengutip sisa makanan aku sendiri. Mak tidak kisah pun. Mak memang pengotor. Geli sungguh.

Mak, aku sekarang sudah berada di sekolah menengah. Aku sudah duduk di asrama. Aku tidak lagi berada dekat dengan kamu. Kamu pasti suka kan sebab anak yang menyusahkan kamu ini tiada lagi di sisi kamu? Tapi bukan itu yang terjadi. Mak mengalirkan air mata di rumah. Mak rindu pada anaknya ini. Mak cukup risau tentang makan minum aku, makan pakai aku. Tiap-tiap minggu mak datang melawat aku. Aku tidak suka la mak. Aku sudah besar sekarang ini. Mak, janganlah jaga aku macam budak kecil. Aku malu bila mak datang melawatku. Kasihan kamu mak. Kamu ibu yang baik. Tapi sayangnya anakmu ini membenci kamu. Kamu tidak tahu kan? Mak, duit belanja aku untuk membeli rokok sudah habis. Bila mak mahu berikan duit lagi? Mak tidak tahu aku guna duit yang kamu berikan itu untuk membeli rokok kan? Nasib baik mak tidak tahu. Kalau tidak, habis wang belanja aku kena sekat. Mak, keputusan peperiksaan aku sudah keluar. Aku dapat keputusan yang agak baik. Mak gembira. Dia hendak menyambut kejayaan aku itu dengan memasakkan makanan laut yang aku sangat gemar. Tapi aku tidak pulang makan tengahari. Aku menyambut kejayaanku yang tidak seberapa itu bersama rakan- rakanku. Mak faham. Mak biarkan aku pergi menyambut bersama mereka. Mak makan makanan itu sendirian. Mak, kamu fikir aku ambil kisah pasal kesedihan kamu ketika itu? Tentulah tidak. Pernah aku ambil kisah hal berkaitan gembira dan sedih mak? tidak kan? Tapi mak tidak pernah menunjukkan kesedihan kepadaku. Dia masih tersenyum dan mengucapkan tahiah atas kejayaan aku. Mak sangat gembira dengan keputusan aku itu.

Mak, sekarang aku di universiti. Aku sudah tidak lagi berada di bawah kongkongan kamu. Bahagianya aku. Mak, duit aku sudah habis sekarang ini. Bila mak mahu depositkan duit ke akaun bank aku? Mak mahu lihat aku mati tidak makan di sini? Mak faham. Perbelanjaan di universiti memang perlukan banyak duit. Mak masukkan duit ke akaun aku. Mak tidak pernah bertanya ke mana hendak aku belanjakan duit itu. Mak nak tahu ke mana aku belanjakan? Aku beli rokok, merayau-rayau ke sekitar Segamat dan Melaka. Aku juga guna untuk bermain snooker, melepak di kedai-kedai mamak. Mak tidak tahu kan? Perlu ke aku beritahu semua itu? Aku sudah besar la mak. Mak tak payah nak ambil tahu semua itu. Yang penting aku tahu duit aku mesti kena ada. Nah! Ternyata aku ini membenci kamu.

Mak, aku sedar. Aku anak yang tidak mengenang budi. Sejak dari kecil lagi aku sudah banyak menyusahkan kamu. Aku anak yang derhaka kepadamu mak. Kamu terlalu baik untuk menjadi ibuku. Kamu tidak pernah berkira kepadaku. Kamu banyak sangat berkorban untuk aku. Kamu berusaha sedaya upaya memastikan aku selesa tetapi hakikatnya kamu yang terseksa.

Mak, aku membenci kamu dalam keadaan aku sendiri tidak sedar. Hari ini, aku ingin memohon maaf kepadamu di atas sikapku ini. Aku banyak sangat berdosa kepada kamu. Aku ingin sangat mengucapkan terima kasih kepada kamu kerana memberi aku peluang untuk hidup di dunia ini. Aku tahu kamu mampu untuk menggugurkan aku sekiranya kamu mahu. Mak, maafkan aku kerana menyakiti kamu ketika hendak melahirkan aku. Mak, terima kasih kerana menyusukan aku ketika aku kecil. Kini aku sihat kerana kamu mak. Mak, terima kasih kerana membelikan permainan itu mak. Aku tidak mengucapkan terima kasih ketika itu. Aku memang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sudah lah aku menyusahkan kamu, kemudian, tidak tahu merterima kasih. Mak, aku minta maaf kerana membuat kamu terjaga di malam-malam hari ketika kamu kepenatan. Mak, terima kasih kerana sanggup menukarkan lampin aku yang kotor dan jijik itu. Mak, terima kasih kerana sanggup menyediakan makanan dan pakaian aku untuk ke sekolah. Aku terharu mak. Mak, aku minta maaf kerana aku menggunakan wang yang kamu berikan kepada tujuan yang salah. Maafkan aku mak. Mak, maafkan aku kerana tidak pulang makan ketika kamu menyediakan makanan untuk menyambut kejayaan aku dahulu.

Ya ALLAH. Aku mohon agar mak akan di tempatkan di tempat orang yang terpuji di akhirat kelak. Ampunilah dosa hambamu ini. Mak, aku teringin sangat nak jumpa mak sekarang ni. Aku rindu pada kamu mak. Aku tidak malu memeluk kamu di hadapan orang lain. Aku sayang sangat pada kamu. Sementara mak masih ada di dunia ini, aku ingin memohon maaf atas semua dosa-dosa yang sangat banyak yang telah aku lakukan ke atas kamu.

SAYANG KAMU, PUAN SAUDAH BINTI ABDUL WAHAB

7 comments:

Thirteen said...

aku sgt2 SUKAAAAAAAAAAA post nih...nangis beb..gile terharu kn dgn pengorbanan mak kita...kita try jd yg terbaik tuk bahagiakan die ok geng...kita besyukur sbb mak kte msih de lgi di sisi...lau die dh xde..betapa seksanya idup nih...huuuu...i mish my mom 2...want try to be a gud daughter...want to give them happiness...jgn lpe kn pengorbanan ayah kte gak k..

Ron Fitri said...

huhu...aku wat mlm td...ngn music mcm ni, aku wat karangan...ade la skali mengalir la jugak air mate aku...hati kaca la beb...haha! miss mak aku sbnrnye nie

Thirteen said...

hoho...dlm ati de tman la beb...wakakaka...xpe2..at least ko igt gak pngorbanan seorang ibu....

Thirteen said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Akuhanim said...

terharu bila baca...huhu
mis my mom rite now

Ron Fitri said...

huhu...same la...aku pOn miss giler kat mak aku...tu yg tetibe pOst gini...

Cik Zyda said...

sedeh gler ron...=(