APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Wednesday, March 31, 2010

KOSONGNYA~

Tu la yang aku rase sekarang. Hari-hari buat benda yang same. Bangun pagi, tengOk kat handphOne ade message ke x. Kalau ade,kena la reply dulu. Kalau takde, tengOk message kat laptOp. Meaning? aku akan bukak facebOok n this site. TengOk update nOtificatiOn. Reply la sume'2 tu dulu. Then baru la pikir nak wat pe lepas tu. Masak ke, main game ke, mandi ke, kemas bilik ke, tulis blOg ke. Bosan giler kOt.

Hari ni patutnye aku ade kelas pagi tadi. Kelas Islamic Capital Market. Tp miss Mardziana cancelkan kelas. Aku dapat message cakap pasal kelas cancel je aku dah tarik muke. Aku bukan la nak pOyO'2 macam bagus Or buat'2 rajin ke ap. Mayb yang kenal aku sem lepas tau aku ni macam mane. Tp sebenarnye aku bOring tahap gaban. At least kalau ade kelas tu ade la jugak aktiviti lain untuk aku buat. Minggu lepas pOn lebih kurang macam ni jugak. Dalam 1 minggu tu cume ade 1 kelas je. Dah jadi macam tunggul dah aku kat rumah ni.

Oleh sebab itu,

Aku punye plan petang ni, aku nak settlekan pasal tempat praktikal. Calling'2 sape'2 yang patut. Malam tu kalau aku rajin, aku nk settlekan semua assignment yang ada. Wah! Planning aku memang terbaik. Minggu depan aku dah mula fikir nak study la. Risau jugak final dah dekat giler kOt.

At least ade la jugak aktiviti untuk aku hari ni. BesOk kne plan lagi aktiviti laen. Okei.

Done!

Tuesday, March 30, 2010

blOgwalking

sedang tengOk'2 blOg Orang lain..Tetibe aku rase macam...

Pedih la gua!!

Ape pasal?

Member'2 gunung semua dOk cerita pasal gunung kat Cameron Highland tuh. Perasaan menyesal mula menyelubung diri. Bace blOg badek, si budak nerd tuh, cerita pasal ape yang di pelajari di untuk trip tersebut. dOa jangan tarik panjang'2. Aku pOn xfaham pe yang cube di sampaikan. Tapi yang penting wujud perasaan dengki bile bace pOst dia yang berkaitan dengan trip Cameron tuh. Bace blOg ejat, si jOyah itu yang memang suka makan, aku tak lah rase pedih sangat. ReasOn? Dia pOn xjOin jugak trip tuh. Senyum sinis bila bace blOg dia. Padan muke kau sebab xdapat pegi jugak. Dia cume dapat temankan hikers yang nak pegi sampai kat admin je.

Aku tak kira. Next trip ni aku nak jOin jugak even macam mane pOn ConditiOn aku mase tuh. Jumlah gunung yang pernah aku naik cume ada 5 je, Nuang, Ledang, Angsi, DatOk dan Arong. Si Mael pulak dah banyak la jugak. Kalau la mase naik Gunung Besar Hantu, Gunung Tebu n Gunung Panti dulu tu PTPTN aku dah masOk, kan dah ada 8 gunung yang aku dah naik. Kalau la sem ni aku dapat kerja part time kat Segamat, mesti punye aku jOin trip kali Irau ni. Dah 9.


Malas dah nak pikir. Aku tak nak lagi bace blOg kOrang. Haha. Dengki giler.

Sunday, March 28, 2010

Aku Benci Kamu, MAK

Mak, mak ingin tahu suatu perkara? Biar aku nyatakan dengan jujur. Aku benci kamu, mak. Aku hipokrit kepada kamu. Mak mahu tahu kenapa? Biar aku jelaskan satu persatu.

Semenjak dari rahim lagi kamu menjaga diriku ini. Kamu tatang diriku bagai minyak yang penuh. Setiap hari kamu sanggup minum susu yang kamu tidak suka akan rasanya. Kenapa mak? Kenapa minum sekiranya tidak suka? Mak tersenyum. Aku tahu jawapannya mak. Mak mahu lihat aku membesar sihat dan kuat. Mak tidak mahu aku kekurangan zat apabila dilahirkan nanti. Aku benci semua itu. Buktinya, ingatkah mak tentang sikapku di dalam rahim? Aku menendang di dalam rahimmu bukan? Aku anak yang tidak tahu berterima kasih. Susu yang kau berikan untuk aku, tendangan yang aku balas padamu.

Mak. Ketika aku hampir lahir ke dunia, kau menderita kesakitan ketika bersalin. Kau berusaha sedaya upaya untuk memastikan aku kan lahir di dunia ini. Kau mengalirkan air mata menahan kesakitan yang kau lalui itu. Ya ALLAH. Anak apakah aku ini? Aku belum lagi lahir di dunia. Tapi aku sudah menyakiti ibuku sehingga mengalir air matanya. Kejam sungguh anakmu ini bukan? Tapi kan mak, aku belum puas lagi menyusahkanmu ketika itu. Selepas melahiran aku, mak pasti sangat letih kan? Kamu ingat aku peduli semua itu? Aku menangis sekuat-kuat hati. Aku menjerit mahukan susu. Aku haus sekarang ini. Cepatlah mak!, tangisanku membawa maksud ini. Lantas kamu pun menyusukan aku. Wah! Sudah kenyang. Mak tersenyum meihat aku kekenyangan. Kenapa mak senyum? Aku jelek melihatnya. Lantas aku memuntahkan susu yang diberikan oleh mak td. Mak, kejamnya aku kan? Kamu pasti tidak tahu aku benci kamu ketika itu kan? Tak mengapa. Nanti akan ada banyak lagi yang akan kamu tahu.

Mak, hari sudah larut malam ni. Mak penat mungkin. Sejak siang tadi sibuk menjaga aku. Jadi, mak mahu rehatkan diri sebentar. Mak tidur di sampingku sambil tangannya mengayunkan buaianku. Aku sudah lena dari awal lagi. Baru sahaja mak hendak melelapkan mata, aku menangis. Mak lantas terjaga. Mak, kenapa kamu tidur? Kamu tidak tahukah lampinku sudah dibasahi air kencing? Apa lagu yang kamu tunggu? Mak pun lantas menukarkan lampin aku. Di dalam keletihan pun kamu sanggup menukarkan lampin aku. Selesai sudah semua itu, aku langsung tidak berterima kasih. Aku lantas tidur dengan nyenyaknya. Mak tersenyum walaupun aku tidak berterima kasih. Mak, kamu fikir aku akan terharu dengan semua itu? Mak. Anak jenis apakah aku ini. Kamu berjasa padaku tapi aku langsung tidak berterima kasih.

Mak, sekarang aku sudah boleh berjalan. Mak pasti gembira dengan kemajuan aku itu. Tapi mak, kenapa kamu senyum? Aku tidak suka kamu senyum bila melihat kemajuan aku. Nah! Aku menarik semua benda yang aku mampu capai. Bersepah ruang tamu rumahku. Sekarang, kamu nak senyum lagi kah? Mak tetap tersenyum lantas mengemas semua barang yang aku sepahkan itu. Aku belum puas hati sebab mak tetap tersenyum. Mak membawa aku pergi ke pasar malam. Mak tahu aku kebosanan di rumah. Di pasar, aku ternampak alat permainan. Ya! Aku mahukannya. Mak, aku mahu yang itu. Mak tersenyum dan memujukku, "lain kali kita beli ya. Mak belum ada duit lagi." Aku cukup marah dengan kata-kata mak. Aku lantas menangis dan membuat kecoh di pasar itu. Mak terkedu. Lantas mak terus membelikan aku mainan tersebut. Hah! Padan muka kamu. Aku minta elok-elok, tapi kamu tidak mahu beri. Sekarang kan kamu sudah malu. Kemudian mak memberikan mainan itu kepada aku. Marahku belum reda. Aku tidak mahu megucapkan terima kasih kepada mak. Mak tetap senyum. Sekarang, kamu percaya yang aku benci pada kamu?

Mak. Sekarang aku sudah masuk alam persekolahan. Mak menyiapkan pakaian yang bersih dan wangi untuk aku setiap pagi. Mak juga menyiapkan sarapan pagi dan membekalkan duit belanja untuk aku ketika di sekolah. Mak hantar aku ke sekolah setiap hari. Mak membantu aku menyiapkan semua kerja rumahku. Tapi kan mak, aku tidak pernah berterima kasih akan semua itu. Malah aku balas dengan membawa pulang baju yang sudah kotor untuk kamu basuh. Apa yang aku mahu ialah mak mesti pastikan baju itu bersih apabila aku hendak pakai kelak. Tiba sahaja di rumah, mak masakkan aku makanan yang sedap-sedap belaka. Mak tahu aku lapar. Aku pantas menjamah makanan yamg sudah tersedia di atas meja makan. Memang sangat sedap semua ini mak. Tapi, aku xmahu puji masakan kamu. Kamu tahu kenapa mak? Aku tidak mahu kamu gembira. Malahan aku turut menyepahkan meja makan itu dengan sisa makanan aku. Mak lapkan semua. Padahal aku sendiri pun geli untuk mengutip sisa makanan aku sendiri. Mak tidak kisah pun. Mak memang pengotor. Geli sungguh.

Mak, aku sekarang sudah berada di sekolah menengah. Aku sudah duduk di asrama. Aku tidak lagi berada dekat dengan kamu. Kamu pasti suka kan sebab anak yang menyusahkan kamu ini tiada lagi di sisi kamu? Tapi bukan itu yang terjadi. Mak mengalirkan air mata di rumah. Mak rindu pada anaknya ini. Mak cukup risau tentang makan minum aku, makan pakai aku. Tiap-tiap minggu mak datang melawat aku. Aku tidak suka la mak. Aku sudah besar sekarang ini. Mak, janganlah jaga aku macam budak kecil. Aku malu bila mak datang melawatku. Kasihan kamu mak. Kamu ibu yang baik. Tapi sayangnya anakmu ini membenci kamu. Kamu tidak tahu kan? Mak, duit belanja aku untuk membeli rokok sudah habis. Bila mak mahu berikan duit lagi? Mak tidak tahu aku guna duit yang kamu berikan itu untuk membeli rokok kan? Nasib baik mak tidak tahu. Kalau tidak, habis wang belanja aku kena sekat. Mak, keputusan peperiksaan aku sudah keluar. Aku dapat keputusan yang agak baik. Mak gembira. Dia hendak menyambut kejayaan aku itu dengan memasakkan makanan laut yang aku sangat gemar. Tapi aku tidak pulang makan tengahari. Aku menyambut kejayaanku yang tidak seberapa itu bersama rakan- rakanku. Mak faham. Mak biarkan aku pergi menyambut bersama mereka. Mak makan makanan itu sendirian. Mak, kamu fikir aku ambil kisah pasal kesedihan kamu ketika itu? Tentulah tidak. Pernah aku ambil kisah hal berkaitan gembira dan sedih mak? tidak kan? Tapi mak tidak pernah menunjukkan kesedihan kepadaku. Dia masih tersenyum dan mengucapkan tahiah atas kejayaan aku. Mak sangat gembira dengan keputusan aku itu.

Mak, sekarang aku di universiti. Aku sudah tidak lagi berada di bawah kongkongan kamu. Bahagianya aku. Mak, duit aku sudah habis sekarang ini. Bila mak mahu depositkan duit ke akaun bank aku? Mak mahu lihat aku mati tidak makan di sini? Mak faham. Perbelanjaan di universiti memang perlukan banyak duit. Mak masukkan duit ke akaun aku. Mak tidak pernah bertanya ke mana hendak aku belanjakan duit itu. Mak nak tahu ke mana aku belanjakan? Aku beli rokok, merayau-rayau ke sekitar Segamat dan Melaka. Aku juga guna untuk bermain snooker, melepak di kedai-kedai mamak. Mak tidak tahu kan? Perlu ke aku beritahu semua itu? Aku sudah besar la mak. Mak tak payah nak ambil tahu semua itu. Yang penting aku tahu duit aku mesti kena ada. Nah! Ternyata aku ini membenci kamu.

Mak, aku sedar. Aku anak yang tidak mengenang budi. Sejak dari kecil lagi aku sudah banyak menyusahkan kamu. Aku anak yang derhaka kepadamu mak. Kamu terlalu baik untuk menjadi ibuku. Kamu tidak pernah berkira kepadaku. Kamu banyak sangat berkorban untuk aku. Kamu berusaha sedaya upaya memastikan aku selesa tetapi hakikatnya kamu yang terseksa.

Mak, aku membenci kamu dalam keadaan aku sendiri tidak sedar. Hari ini, aku ingin memohon maaf kepadamu di atas sikapku ini. Aku banyak sangat berdosa kepada kamu. Aku ingin sangat mengucapkan terima kasih kepada kamu kerana memberi aku peluang untuk hidup di dunia ini. Aku tahu kamu mampu untuk menggugurkan aku sekiranya kamu mahu. Mak, maafkan aku kerana menyakiti kamu ketika hendak melahirkan aku. Mak, terima kasih kerana menyusukan aku ketika aku kecil. Kini aku sihat kerana kamu mak. Mak, terima kasih kerana membelikan permainan itu mak. Aku tidak mengucapkan terima kasih ketika itu. Aku memang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sudah lah aku menyusahkan kamu, kemudian, tidak tahu merterima kasih. Mak, aku minta maaf kerana membuat kamu terjaga di malam-malam hari ketika kamu kepenatan. Mak, terima kasih kerana sanggup menukarkan lampin aku yang kotor dan jijik itu. Mak, terima kasih kerana sanggup menyediakan makanan dan pakaian aku untuk ke sekolah. Aku terharu mak. Mak, aku minta maaf kerana aku menggunakan wang yang kamu berikan kepada tujuan yang salah. Maafkan aku mak. Mak, maafkan aku kerana tidak pulang makan ketika kamu menyediakan makanan untuk menyambut kejayaan aku dahulu.

Ya ALLAH. Aku mohon agar mak akan di tempatkan di tempat orang yang terpuji di akhirat kelak. Ampunilah dosa hambamu ini. Mak, aku teringin sangat nak jumpa mak sekarang ni. Aku rindu pada kamu mak. Aku tidak malu memeluk kamu di hadapan orang lain. Aku sayang sangat pada kamu. Sementara mak masih ada di dunia ini, aku ingin memohon maaf atas semua dosa-dosa yang sangat banyak yang telah aku lakukan ke atas kamu.

SAYANG KAMU, PUAN SAUDAH BINTI ABDUL WAHAB

BELAJARLAH LAGI, RON!

Sejak dari dahulu lagi, terlalu banyak perkara yang telah kita pelajari dari situasi sekeliling kita. Ketika baru dilahirkan di dunia, perkara pertama yang kita pelajari adalah menangis. Lalu ayah lantas memberikan pelajaran yang kedua iaitu mendengar. Apa yang di ajar oleh bapa kita adalah perkara yang sungguh mulia iaitu belajar untuk mendengar kalimah suci dalam Islam di sebalik alunan azan dan iqamah yang dibisikkan di telinga kita. Kemudian, ibu mula memberi tunjuk ajar yang ketiga iaitu belajar untuk menyusu. Setelah itu, tahu lah kita bahawa menyusu mampu memberikan kekenyangan dan juga sebagai tempat bergantung hidup ketika masih belum mempunyai gigi .Bulan demi bulan berlalu, kita mula belajar untuk merangkak, berjalan, bertutur dalam bahasa ibunda kita, belajar untuk tertawa apabila gembira dan menangis apabila sedih. Kita belajar dan di ajar mengenai ke arah hidup yang lebih baik supaya mampu menjadi generasi yang berguna di masa akan datang.

Kemudian, ketika berada di tahun pertama kelahiran kita, kita di ajar untuk mensyukuri nikmat kehidupan yang di berikan oleh ALLAH. Kita sambut ulang tahun kelahiran kita sebagai tanda berterima kasih kepada ALLAH kerana membenarkan kita menumpang di bumiNya ini untuk sekian kali. Kita belajar bersalaman dan berterima kasih. Memang. Masa berlalu dengan sangat pantas. Tanpa di sedari, kita sudah berada di pra-sekolah di mana ketika itu berumur antara 5 hingga 6 tahun. Di sana, kita mula belajar mengenai hidup di dunia luar. Kita belajar ABC, alif ba ta, one two three, wahid isnani salasa, satu dua tiga, isnin selasa rabu, monday tuesday wednesday dan sebagainya. Kita juga belajar dan di ajar pendidikan Ukhrawi iaitu mambaca al-fatihah, bersolat dan banyak lagi.

Kemudian, di sekolah rendah, kita di ajar pendidikan yang sangat berguna untuk kehidupan kita kini. Kita belajar mengira, membaca, berkawan, menghormati guru-guru, kawan-kawan dan juga orang lain. Kita belajar berjenaka dan juga mengenal dunia persekolahan. Kita belajar untuk bersaing dan berlumba-lumba untuk mendapat keputusan terbaik dalam setiap mata pelajaran, ujian dan juga peperiksaan. Ibu bapa memberikan wang saku dan bekalan makanan untuk kita. Kita belajar bagaimana untuk menguruskan wang tersebut untuk membeli makanan di kantin sekolah dan menyimpan selebihnya di dalam tabung. Kita juga belajar mengemaskan untuk sebagai lambang identiti diri yang lebih baik, Tidak kurang juga ada yang di usia ini sudah belajar mengemaskan diri untuk menarik perhatian golongan jantina bertentangan. Bagi yang lelaki, kita belajar untuk menunggang motorsikal walaupun ketika di usia seawal ini.

Dari sudut negatif pula, ketika umur ini, kita belajar bahawa bergaduh merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah. Kita belajar perkataan yang negatif seperti babi, bodoh, sial dan sebagainya. Kita sanggup belajar mencuri makanan ringan dan juga permainan di kedai-kedai semata-mata untuk memenuhi keinginan yang tidak terbatas di sebalik sumber kewangan yang sangat terbatas. Aku bukan hipokrit. Setiap yang aku nyatakan di sini, aku yakin aku juga pernah belajar mengenainya suatu masa dahulu.

Di peringkat yang lebih atas, kita belajar dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara berkaitan dengan membaca, memahami, mengira dan sebagainya. Kita belajar berjauhan dengan ibubapa kita. Bagi yang tinggal di asrama, kita belajar untuk meluahkan perasaan dengan menangis ketika berasa sunyi dan rindukan ibu bapa. Kita belajar berdikari tanpa ibu bapa di sisi kita yang sebelum ini senantiasa berada dekat di mata. Kita membasuh pakaian sendiri dan mendidik diri supaya belajar untuk mengulangkaji tanpa di suruh oleh ibu bapa. Kita belajar untuk mencari teman apabila berada di suatu tempat yang baru. Kita juga belajar menjadi lebih kuat apabila di kerumuni masalah sama ada masalah peribadi ataupun masalah berkaitan pelajaran. Kita belajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai bekalan untuk permohonan menyambung belajar di universiti. Kita belajar memandu kereta untuk membantu ibu bapa kita. Kita belajar memendam perasaan terhadap jantina berlainan. Kita belajar apakah erti cinta, rindu, sayang dan kasih walaupun di anggap masih muda dan mentah untuk menjalani alam ini secara serius. Ada sesetengahnya yang belajar untuk ber-sms dengan pasangan kekasih masing-masing apabila memiliki telefon bimbit.

Dari segi negatifnya, kita kita juga belajar untuk mengenal dunia yang lebih liar seperti merempit. Kita belajar untuk menunggang dengan pantas untuk memberi kepuasan dan kebanggaan kepada diri dan juga menunjukkan kekuatan motorsikal kita kepada teman-teman yang lain. Kita juga merasai kesakitan ketika jatuh dari motor. Menghisap rokok. Sangat similar pada diri lelaki. Kebanyakannya belajar merokok ketika di usia ini. Aku? Berada pada kelompok yang kebanyakannya belajar menghisap rokok di usia ini. Kita belajar menipu ibu dan bapa untuk mendapatkan sesuatu yang terlalu kita inginkan. Mencuri? Turut juga dihayati dengan lebih mendalam supaya terus berjaya mendapatkan hasil yang lebih lumayan berbanding yang berjaya dihasilkan ketika peringkat sekolah rendah. Cukup banyak sebenarnya perkara positif yang di pelajari ketika berada di peringkat ini. Tapi tidak kurang bagi perkara negatif. Di peringkat ini juga yang secara umumnya menjadi penentu kepada masa depan kita. Sekiranya di peringkat ini menjadi insan, insyaAllah di peringkat berikutnya kan terus bergelar insan dan mungkin menjadi lebih baik. Begitulah sebaliknya.

Kini, di peringkat universiti, aku masih belajar mengenai kehidupan. Aku seringkali belajar untuk menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri, ibu bapa, rakan-rakan dan banyak lagi. Aku belajar erti susahnya mendapatkan wang untuk menanggung diri, Aku belajar menguruskan wang dengan lebih baik supaya mampu untuk menanggung kehidupan di universiti di samping mampu membayar bayaran bulanan untuk motorsikal aku. aku belajar memasak untuk memastikan kewangan aku akan terus stabil. Aku belajar menyayangi insan yang bergelar kekasih dengan sepenuh kati. Aku juga belajar untuk mengecewakan dan menerima apabila dikecewakan oleh insan yang bergelar wanita. Aku tahu, dunia universiti ini cukup banyak dugaan yang mampu mendewasakan kita, dan sekiranya tersilap langkah, mampu menjatuhkan aku pada kadar yang sangat jauh. Biasalah. Kita belajar erti kebebasan d ketika ini.

Lihatlah. Ini adalah hanya sebahagian kecil perkara yang aku belajar semenjak kita lahir sehingga kini. Mungkin kalau hendak di nukilkan semua disini, mungkin makan masa bertahun-tahun untuk di nyatakan semua sekali. aku tahu, banyak lagi perkara yang akan aku belajar di masa akan datang. InsyaAllah, aku terus berusaha untuk tidak kecundang dan berusaha menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Doakan kejayaan bersama.

DRIFT!



PERGH!!


tu je perkataan yg mampu aku cakap bile Nissan Silvia kaler biru bawak aku drift kat Dataran Sri Bendahara...diOrg ckp yang drive kereta Nissan Silvia Biru tu antara yg drifter yg terbaik kat segamat nie...mmg die bawak cun giler...smOoth je...tp act, die bukan Owner kereta Nissan Silvia Biru tuh...aku xtau die pakai kereta ape...tp kan, even pendek je tracknye, aku tetap puas ati...bukan tempOh berada dalam kereta tu yang menjadi ukuran kepuasan tuh...tp nilai n pengalaman bile naik dgn yg terbaik antara yg gempak'2 belaka...kecut jugak perut aku bile naik dgn die....tp die prO...sO, aku tawakkal n yakin je la...mase naik tuh, aku bknnye banyak tgk depan...mOst Of time aku tgk camne cara die drift...tgk kaki die kat mane and macam mane die handle kereta tuh...minat la katekan...act, aku penah amek gambar dgn kereta tu sblOm ni...tp lupe la pics nye dah ilang entah ke mane...

Act, kat segamat ni ade tau 1 tempat untuk tuning kereta drift...dekat je dgn IOI Segamat...tempat tuning tu kat kedai bunga...kO gelak ea?...ade la dOw...kOrg igt aku kencing ke ap...cube tgk seluar aku...xbasah kan?...aku xkencing la...depan tempat tuning tu ada kedai bunga milik wife drifter tuh...kat belakang kedai tu ade tempat tune kereta drift...mase tu aku sempat kenal ngn Owner kereta Nissan Silvia biru tuh...umur die baru 24...impress giler kan?...umur 24 dh ade kereta drift sndri..xtau la mane die dapat mOdal utk jOin drift mase umur semuda tuh...menang lOteri agknye kan?...ayat'2 Org dengki macam ni la...

Act, aku ade niat nk jadi drifter...InsyaAllah, klu ade rezeki lebih, bOleh la cOnt niat aku tuh...

Sedikit pics masa kat Dataran Sri Bendahara tu:-



Ni kereta yg kat dlm cerita KL Drift



Ni la Nissan Silvia biru tuh...Driver ni la yg the best in Segamat



Ni aku xtau kereta sape...aku men amek pics kat cni je...buat mcm kereta aku...

That it.

Saturday, March 27, 2010

Ape Nak Jadi

Video ini di ambil dari Youtube.cOm


Komen aku:-

bOdOhnye sape yg ajar budak ni jadi smpi mcm ni...
Aku rase videO ni x kelakar...sialan giler kOt..
kesian budak ni...Muke die mmg cOnfident giler...
Dh biase sgt dh kOt wat mcm tuh..slmbe je wat O...
aku sndri pOn xreti wat...

act, aku pOn xfaham sgt pe yg budak ni cakap......yg aku bace dr internet, budak ni anak yg d buang Oleh mak bapak die...bOdOh betOl mak bapak die ni...buat anak pndai, tp xtau nk jage anak...tu yg mamat'2 ni jage...

sekadar peringatan kepada kita semua...jangan la tunjukkan teladan yang tak baik kepada anak'2 dan budak'2...diOrg ni bukan faham pOn...mereka'2 ni cuma akan ikut je apa yg di depan mata mereka...kalau teladan yg baik di tunjukkan kepada mereka, insyaAllah la mereka akan jadi yang baik'2...tapi bila buruk'2 yg di tunjukkan kepada meraka, macam ini la hasilnya...minta di jauhkan la dari kita semua.. amin~

Pengakuan Berani Mati

that it!...tu la entry utk pOst kali ni...pengakuan berani mati...

seriOusly, ni mmg pengakuan berani mati...Okey...blOg mmg tmpt utk kite luahkan ape'2 yg kite nak kan?...sO, aku nk luahkan jgk mnde ni kat sini...aku xkesah la kOrg nak kate ape kat aku...yang penting, aku jujur...

ape la aku ni...aku pOn xtau mcm ne aku ler tersayang kat dia ni...aku kenal dgn die ni mase 1 julai 2009...masa tu aku baru je stOp keje part time ngn pkcik aku...mknenye aku knal die ni lbih awal sblOm awek aku yg skrg nie...1st tyme aku jumpe die mase kat kedai dekat'2 pekan...mule'2 aku jumpe ngn die, aku dah tau nnt mst aku akn tersyg kat die...n aku tau smpi skrg pOn aku still syg sgt'2 kat die ni...ikOtkan ati, aku mmg nk amek die jd teman istimewa aku...tp kan, masalahnye dia ni berjantina LELAKI!!!...aku dah lame tau die ni jantan...tp aku bleh plak aku suke kat die...buduhnye aku nie...

dia ni dekat sgt'2 dgn aku...hari'2 ade dgn aku...syg giler kat die dOw...If tgh jalan'2 and tetibe hujan, kitOrg sure akan basah bersama-sama...die x suke kucing...sO, bile ade kucing kat die, aku mst halau...ble nk jalan'2 kat shOpping cOmplex tuh, aku risau sgt nk biarkan die sOrg'2...ari tu aku die jatuh kat atas jalan...badan die calar mase jatuh tuh...aku mcm nk nangis je ble tgk badan die calar'2 mcm tuh...smpi skrg ade lg kesan jatuh tu...pastu mkn minum die sume aku sggup cOverkan...aku byk spend duit aku kat die ni...sO, ble aku ckp camni, sure kOrg paham yg aku syg sgt'2 kat die kan?...

aku tau aku xbleh suke kat die even mcm ne pOn...aku nk jadi lelaki sejati...aku nk sayang kat perempuan...aku rase girlfriend aku skrg ni pOn tau psal hal nie...die pOn tau aku syg giler kat jantan nie...tp aku xnk jadi mcm umat Nabi Nuh...sO, sbb tu smpi skrg aku xnk amek mmber jantan aku tuh jadi teman istimewa...Liya, sOry sgt sbb i still terpikir lg psal hal ni...u jgn amek ati eh...sOry sgt'2...i juz luahkn sume kat sini je...tp i tetap syg sgt'2 kat u...

Erm...befOre aku end up pOst ni, aku nk jugak cakap sesuatu kat mmber aku tuh..sOry sgt'2 sbb i xleh nk further lbih'2 dgn u...i skrg ade cOmmitment utk gf 1 skrg nie...sO, kite xleh nk rapat sgt mcm dulu'2...even mcm ne pOn, i tetap akan syg sgt'2 kat u...jage diri elOk'2 tau...i'm sOry, 125ZR...=D


Hehe...gimik je...tp aku x tipu wOo...aku mmg syg giler kat mOtOr 125ZR aku ni...syg yg teramat sgt...tp nk wat camne kan...skrg dh ade awek...sure la aku lg sayang awek kan...sOry ye BKK 5370...=D

Friday, March 26, 2010

.::.KekOknya Membawa Status in RelatiOnship.::.

tOpik pOst kali ni mungkin agak berbeza dr yg sebelum'2 ni...iyelah...kalau dalam lagu tuh, kite ade genre lagu kan...sO, klu pOst yg sebelum'2 ni genre nye berkaitan dgn minat dan pencapaian diri, tp kali ni genre nye berkaitan dgn cinta...segan jugak nk pOst yg mcm ni...dalam hati ada taman, ayat cite Adnan Sempit...malu dOw..


Perlu ke nk kekOk?...apesal pulak kne kekOk?...alahai...dah aku mmg gini...nk wat lagu mane...aku x nafikan mmg aku kekOk mase mule'2 pegang status ni 20hb Mac 2010 hari tuh...Mayb ade yg bertanye befOre ni kO xpenah in relatiOnship ke?...Bukannye xpenah la...aku rase dh lame aku tinggalkan title tu...Okei...cerita sikit kat kOrg...last aku cOuple is tahun 2008...means mase tu aku part 2...aku clash lbih kurg dekat'2 valentine day gitu la...Org laen valentine day la diOrg bahagia...aku plak clash tyme'2 gitu...ngOk ngek tOl...aku xsalahkn die ble kitOrg clash...tp aku rse tu bukan salah aku sepenuhnya...jOdOh xpanjang la kOt...hOpefully die bahagia dgn pasangan die skrg...Apesal la lme sgt aku kne pegang title single tu?...T.R.A.U.M.A...ni reasOn terbaik yg aku ade...bile kite dh sayang seseOrg smpi satu tahap yg kite mule letak harapan utk jadikan die teman hidup kite, n tibe'2 terputus d tengah jalan, korg rase ape yg aku rase?...sakit sangat'2 kan?...pedih, sedih, mOral dOwn, berdendam, byk lagi lah...mayb salah aku jgk sbb pertaruhkan hati aku smpi mcm tu skali...ape bleh wat...secara x sengaja aku dah sayang dia smpi mcm tu skali..sO, sndri mau ingat la bile terputus....sigh~...Sepanjang tempOh 2 tahun single, aku ade jugak cube utk cari pengganti...tapi susah sbb mase tuh aku masih kuat lg rase dendam dgn insan yg bernama "wanita"...ade la jugak beberape gurlz yg aku try...tp x sukses...smpi la tarikh 29 January 2010, aku jumpe dgn sOrg awek ni...mula'2 xde la niat nak smpi sejauh ni...juz sekadar nk berkawan je...tp makin lama aku makin suke plak...byk cerita yg jadi sepanjang kenal dgn dia ni...but, aku xnk la cite kat sini...biarlah rahsia aku dgn dia je...kan sayang~ (^;^)...Thnx 2 Liyana Mohd Zabidi sbb isikan ruang kOsg yg xdpt d isi Oleh family, kawan'2, Or even best fren...thnx alsO sbb hilangkan perasaan dendam terhadap insan yg bernama wanita...thnx alsO bcOz bagi keyakinan untuk hilangkan trauma yg pernah wujud dulu'2 tuh...sayang kamu sgt'2... but i admit that i still felt awkward with this status...sOry eh...Kali ni aku xtau aku ada pertaruhkan hati aku macam yg aku wat kat ex aku dulu'2..lagipOn kite cume akan tau if kite dah btOl'2 hampir kehilangan dia...sO,kOnklusinye aku xnk tau sama ada aku dah pertaruhkan hati aku atau blOm...in Other wOrd, aku xnk kehilangan yang skrg ini...hOpefully kitOrg akan kekal smpi ke bila'2...

Okei..time tO sleep..sOk ade klas...daa~

Thursday, March 25, 2010

Itulah Pendakian

Diriku begitu hampir untuk melihatnya
impian yang terlalu aku impikan
Namun begitu, satu suara dalam diriku berbisik
Kamu tidak mungkin akan dapatkan impian itu
Walau sedekat manapun ia dengan dirimu

...

Setiap langkah telah ku ambil
Setiap bisikan naluriku telah ku lakukan
Tetapi akhirnya buntu nan tanpa arah
Keyakinanku mulai pudar
Tapi mungkinkah aku harus berpaling dari impianku itu?

Tidak!

Aku perlu kuat
Aku harus terus dan terus mencuba
Memastikan aku akan terus mendongak
Lantaran berusaha mencapai impikanku itu

Nanti pasti akan ada satu puncak yang menantiku
Aku kan terus pastikan diriku akan senantiasa melangkah
aku harus persiapkan diriku dengan segala kemungkinan
Kerana tidak setiap perjalananku akan menemui kejayaan
Dalam kejayaan pasti akan ada kegagalan
Kadang kala kegagalan juga perlu
Untuk mengajarku sesuatu yang lebih bermakna

Ia bukan tentang berapa pantas untuk aku tiba di sana
Pantas tidak memberi maksud gagah
Laju tidak memberi maksud hebat
Ia juga bukan tentang apa yang sedang menunggu di atas sana

Ia tentang kepuasan yang tidak terhingga
Yang tidak mungkin akan di kecapi di bawah sana
Ia juga tentang nikmat Tuhan yg begitu Maha Hebat
Betapa indahnya melihat ciptaanMu ini



Itulah pendakian =)

Act, ni la 1st time aku buat sajak...haha!...satu pencapaian baru nieh...
Oleh sebab aku bukan A.Samad Said, jadinye ayat aku ni xde la sebaik mana pOn..
hOpefully kOrg bleh la paham pe yg cube aku sampaikan nie...

Wednesday, March 24, 2010

.::.InTeReSt.::.

4th pOst...

pOst aku kali ni utk ceriterakan kenangan aku dulu'2 dgn minat dan hObi aku...

bg yg penah kenal aku ms skOla menengah, mayb ramai kOt yg tau psal minat aku nieh..
aku dh men sukan ni dr skOla rendah...tp bermain secara serius ms skOla menengah n matrikulasi...

sukan ape?...


B.A.D.M.I.N.T.O.N

ade jgk sukan'2 lain yg aku men...cOntOhnye mcm bOla, bOla tampar, ping pOng n byk lg...
tp yg aku maen secara serius juz 1 sukan ni je...

aku ni bkn la active mane pOn mse skOla menengah...
juz student bese je yg terpakse jOin ngn aktiviti kO-kurukulum yg dh d wajibkan Oleh pihak skOla...

Okey, biarkan cite psal tu...back tO the main pOst...

npe aku kategOrikan sukan ni je yg aku bermain secara serius?...
sbb sukan ni je la yg aku bleh men sampai peringkat negeri...xde la tggi mane pOn...
tp tu la pencapaian terbaik aku dlm semua sukan...


bOla?...xde harapan la...aku ni bOdOh men bOla...sekadar bOleh main je...ade jgk la men utk dOrm...jd winger kiri...aku men full seasOn...tp scOre cume 1 bijik je...haha!...memalukan btOl...


aku penah wakil daerah 2 kali je...fOrm 3 ngn fOrm 5...wakil tingkatan ngn wakil rumah sukan xyah cite la...kOrg pndai'2 la jwb sndiri...nnt ade yg cakap aku berlagak plak...

fOrm 3 aku dpt jadi dOuble ketiga...aku dOuble dgn syukOr @ JebOn...yg skOla S.A.M.T. Hisamuddin knal la...fOrm 5 dpt jadi single kedua...
ms fOrm 3, team kitOrg xdpt msOk even semi-final pOn..aku ngn jebOn wat slek...bleh plak kalah...haha!...
tp ms fOrm 5, kitOrg kalah mse final rOund...tp yg penting mse tu bkn aku penyebab kalah...aku menang kOt...x igt la menang tipis ke menang besar...yg penting aku menang...tp dOuble ketiga yg penyebab kalah...xde rezeki...nk wat camne...

at least i gOt experience there =)

then, kat kOlej matrikulasi perak (KMPk), aku ade jgk jOin cOmpetitiOn...badmintOn tertutup KMPk...aku men dOuble...kali ni aku dOuble ngn Bukhari...
bdk ni smash mmg giler sket...laju nak mampOs...gegel nk angkat...nsib baik die jd dOuble aku...klu x,susah hati bile kne ngadap ngn die..

The pOint is kat cOmpetitiOn ni pOn aku kalah ms final rOund jgk...mknenye jd naib jOhan...bernasib baik je la kOt...mau x nye aku ckp bernasib baik...bdk'2 yg jOin cOmpetitiOn ni ade yg wakil negeri..nsib baik dpt kalahkan diOrg...juz mse final tu xde rezeki...terer sgt bdk tuh...

ni aku uplOad pics yg aku ade ms lps cOmpetitiOn tuh...aku ade 3 ni je la as kenangan..


blkg dr kiri: Bukhari,Haziq
dpn dr kiri: Star, Ron






Okey...aku tau xde yg akan bace pOst aku yg ni...sO, aku dh buang byk mase sbnrnye...




Trying tO BecOme Healthier

3rd pOst...aku nk tdO dh td...tp aku teringat sumthing...
aku takOt next tyme aku lupe nk tulis psal nie...
tu yg aku tulis jgk...dh la sOk klas kOl 8 pg...skrg dh kOl 2.45...
ade yg rOller cOaster plak kat klas ni kang...

Ok...Go tO the main pOst...


tu dia...besar punya aku tunjuk kat kOrg...xyah nk explain lg pe mnde nieh..aku rse klu aku tnye anak sedare aku yg umOr 4 tahun pOn tau ape mnde nie...sO,asl aku nk kne display pics ni kat sini?...aku dh xde mnde lain nk display ke ap?...dpt plak...mst la ade reasOn...


ari ni 24hb March 2010...means dh 1 bulan 2 hari aku cube utk tak smOking...aku start x smOke mase 22nd February 2010...simple gile cara aku nk stOp...ms tu aku tgh lepak ngn mmber aku kat kedai gOreng pisang kat Bendahara,Bandar segamat...bdk tu nme die Ismail bin HamidOn...tgh makan'2 goreng pisang tu, aku tetibe rse nk cube stOp smOking...dh la mase tu aku tgk isap rOkOk...aku bleh plak ckp kat mael ni aku nk stOp....die pOn lincah je la perli "kO ckp nk stOp rOkOk ms kO tgh isap rOkOk"...pedih la jgk...senyum je la..pastu straight trOs aku xsentuh rOkOk lps aku abeskan sekOtak yg last tuh...bermula la percubaan hidOp sebagai nOn-smOkers...

Seksa ke x?...xde lah...xseksa pOn...ceh!...penipu besar la klu aku ckp mcm tu...gile'2 pnye terseksa...1st week mmg mcm haram la...rse nk capai je rOkOk ble pg kat kedai...dh lme'2 mkin Ok la..

act,ada 1 lg mnde yg mungkin kOrg akn terkejut...act,aku start smOke sejak fOrm 1...tp smpi skrg family aku lgsOng xtau aku smOke...dh 9 tahun aku rahsiakan...aku cOver line kaw'2...
sOry tO abah n mak...Pit ni xde la sebaik yg mak ngn abah sgkakan...=(
aku dh niat lme dh...aku xnk mak n abah aku tau lgsOng yg aku ni penah jd smOker...biar la diOrg xtau ble aku start smOke n ble aku stOp...

Back tO real stOry..

aku x expect pOn aku leh xsmOke utk tempOh lme mcm ni...abes tu,cara aku nk stOp pOn mcm bOdO'2 gitu je...but alhamdulillah, aku bersyukur sbb aku berjaya tahan diri sepnjg tempOh nie...tipu la klu aku x teringin smOke blk...sedap giler nikmat rOkOk bg yg penah merasa..ni merupakan percubaan ketiga utk stOp smOke...hOpefully aku akn berjaya lah...

1 lg aku nk kOngsi ngn pembaca'2 (klu ade la), sejak aku stOp smOke ni, jimat btOl duit aku...best giler...aku dh xyah pk sgt nk beli ape'2...juz beli je if i wanted tO dO sO...sbb pe...sbb expenses utk rOkOk dh xde dh...aku dh bleh spend +-rm120/mOnth yg dlu aku gne utk rOkOk ke arah mnde laen plak...

best tuh!!

hOpefully kOrg dOakan la aku berjaya stOp smpi ke akhir hayat...amin~

p/s:thnx tO all mOtivatOr n suppOrter even ade yg suppOrt dgn tujuan masing'2...thnx 2 Acap Paiz(Big brO!), Mael, Liyana Mohd Zabidi (Si Dia) n alsO hOusemate...