Masuk hari ni dah 5 hari aku menjalani latihan indutri kat Bank Rakyat Kuala Selangor. Dulu pas subuh boleh tidur sampai pukul 12 tghari. Sejak praktikal ni terpakse bangun seawal 7.30 pagi untuk bersiap. Aku gerak dari rumah pukul 7.50 pagi. Perjalanan mengambil mase lebih kurang 25 minit. Masuk pukul 8.30. Takpe lah. Datang awal sikit.
Hari pertama memang membosankan. Dok tengok orang buat keje je la. Seriously bosan giler. Dah la mengantuk. Kalau takde wat keje pape tapi boleh tidur, ok jugak. Tapi ni dah la tak de wat keje pape. Pastu tak dibenarkan tidur. Memang la bosan kaw'2. Tersengguk-sengguk menahan mengantuk.
Masuk hari kedua barulah bermulanya kerja sebagai student praktikal. Ade brader ni name dia abg Rezza. Dia juz briefing sikit je kat aku. Then dia soh aku jage kaunter pembiayaan peribadi ataupun lebih dikenali sebagai kaunter personal financing. Tercengang kejap. Ape aku nak buat ni. Dah la aku tak tau pape. Tapi aku wat'2 rilek je lah. Aku jage jugak kaunter tuh. 1st customer datang, sumpah nebes giler. Tah hape'2 aku merepek. Dia siap tanye aku "Awak ni staff baru ke". Aku senyum je. Memalukan betul. Dah masuk 4th customer, aku dah tenang sikit dan boleh meng-explain tentang loan yang ditawarkan ngan lebih baik. Petang tu abg Rezza datang kat aku. Dia cakap "Aku tau ko boleh buat. Sebab tu aku tinggal ko gitu je". Kembang kejap lah mase tuh. Haha!
Hari ketiga pulak, proses penyusunan fail. Aku duduk kat unit susulan dan kemaskan segala fail yang bersepah kat atas tuh. Dari pagi sampai lah ke petang aku buat mende tuh. So, hari ketiga tu takde ape sangat yang menarik. Agak mudah kot kerja hari ketiga tuh.
Masuk hari ke-empat, aku dah di ajar untuk menjadi ceti. Yeah! Kak Ita bagi beberapa fail orang'2 yang mempunyai tunggakkan bayaran selama lebih dari empat bulan. Dia ajar aku camne nak deal ngan mereka'2 ni. Ape lagi. Angkat gagang telefon dan mulakan proses memberi peringatan kepada mereka'2 yang tidak membayar ni. Kak Ita cakap "Ko gertak sikit biar dia takut". Aku cube la yang terbaik. Pastu aku cite la kat gf aku pasal kerja ceti ni. Dia ni perli'2 aku plak. Kuang asam betol. Siap cakap "Awak yang takutkan orang ke orang yang takutkan awak?". Cess!
Hari kelima ni aku kene pedajal ngan abg Nafi. Dia cakap wajib pakai baju melayu tiap hari Jumaat. Padahal tak pon. Skali aku datang, aku tengok sume pakai kemeja. Aku je berbaju melayu. Pastu yang bodohnye aku bukannye pakai 1 suite baju melayu. Aku pakai baju melayu ngn seluar slack. Bos tengokkan aje. Bile abg Nafi tengok, dia buat bodoh je. Buat muke tak bersalah. Hantu tol. Staff lain ade yang perli "Baru balik kenduri ke?". Aku iyekan aje lah. Haha! Hari ni pulak aku buat surat lawyer untuk failkan saman kepada mereka'2 yang degil untuk membayar saman. Kak Ita ajar cara buat kertas kerja.
Tapi kan, staff kat sini memang sporting. Even kite baru kenal diorang beberapa jam yang lepas, diorang dah borak ngan kite macam dah kenal berbulan-bulan. Siap dah boleh perli'2 lagi tuh. Terus terang aku memang selesa bekerja ngan diorang sume. Cume ade 1 mnde je yang tak best. Aku kat sana sebagai student praktikal. Tapi aku buat kerja macam ape yang permanent staff buat. Tapi elaun aku cume RM100. Sedih beb. Penat jugak macam diorang. Tapi gaji tak macam diorang. Ape boleh buat. =(
1 comment:
2 kira la ko keja penat2 dapat elaun 100...ade tempat xdpt kot elaun...sbar k...hehehe
Post a Comment