APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Saturday, February 26, 2011

SeTaHuN bErLaLu

22hb Februari 2011, Jam 0023

Dah lama aku tunggu. Akhirnya sampai juga waktu dan ketika ni. Aku tak sangka aku dapat bertahan selama tempoh ni. Walaupun tak dinafikan ada juga perasaan nak patah balik kepada tabiat lama, tapi kena la juga kuatkan hati, semangat, azam dan tekad. Ada yang faham dah kot apa yang aku nak ceritakan kali ni. Yang kenal aku sejak dari mula-mula aku post blog tahun 2010, mungkin anda-anda perasan kesinambungan post kali ni dengan post yang sebelum ni.

Perasan tak post yang bertajuk Trying tO BecOme Healthier? Dah genap dah tempoh 1 tahun dari jarak post yang lama dengan yang baru ni kan? Bermakna, aku dah tak merokok selama tempoh satu tahun ni. Alhamdulillah. Mula-mula memang lah sakit. Tapi dah lama-lama okay lah juga. Tapi masih lagi tak pulih sepenuhnya dari keinginan untuk tidak merokok semula. Ada juga kadang-kadang rasa nak je sambut bila member hulur. Tapi cuma pegang dan ambil bau je. Lepas tu pulangkan balik. Dapat ambil bau pun jadilah. Lepas sikit beban.

Ada yang tanya, apa motivasi untuk aku stop? Adakah kerana kesedaran diri? Atau kerana kesihatan? Ataupun kerana si Dia?

Semua jawapan itu adalah SALAH!

Jawapan sebenarnya ialah kerana ongkos @ uwang @ duit. Ya betul. Motivasi aku ialah duit. Sebab mula-mula aku stop sebab aku dah tak ada duit dah. Boleh pakai beb motivasi ni. Tak tipu punya. Aku ni sengkek gila masa sem 6 dan 7. Dah habis adjust dah budget bulanan aku. Tapi masih tak cukup. Takkan la nak potong budget makan dan minyak motor. Tak logik. Last choice ialah dengan berhenti menghisap rokok. Bila kira-kira balik, aku dapat cut cost sebanyak RM120 per month. So, dengan tidak rela hati, aku pun terpaksa meng-stop kan tabiat aku ni.

Betul teori si Mael. Dia cakap kalau stop rokok mengejut, confirm demam lepas seminggu. Dan itulah yang aku alami lepas seminggu tidak menghisap rokok. Hehe. Tak apa lah. Semua dah lepas. Jadi yang aku nak sekarang ni, aku dah tak mahu mulakan balik tabiat aku yang lama tu. Anda-anda semua doakanlah ye.

Sunday, February 20, 2011

MuSk FoR MeN

20 Februari 2011, Jam 0846

Disebabkan hari ini hari ahad dan aku bangun pagi seawal jam 8 pagi, aku kategorikan sebagai "Awal giler kot aku bangun!!". Selalunya kalau tak ada apa-apa aktiviti, pukul 12 la baru aku bangun. Itu pun boleh dikira awal jugak tu.

Kali ni nak post berkaitan dengan Musk for Men. Apa la bangun pagi-pagi je tiba-tiba nak tulis post pasal Musk for Men. Apa benda Musk for Men ni? Baju ke, kain batik ke, jam tangan ke.



Ni lah dia set Musk for Men. Ni adalah pemberian daripada si Dia. Dah lama dah dia bagi. Tapi tadi aku belek-belek gambar-gambar lama, aku ternampak gambar ni. So, aku edit sekejap dan terus tulis post berkaitan dengan Musk for Men ni.

Musk for Men ni produk daripada Avon. Hah? Ye betul. Avon. Apa ko ingat Avon cuma ada jual produk untuk wanita je ke. Ada juga untuk lelaki lah. Dan bau perfume ni unik. Lain dari yang lain. Maklum je lah. Produk Avon. Jadinya jarang lah ada lelaki yang pakai walaupun memang produk ni untuk lelaki.

Bagi yang lelaki, anda semua tidak dibenarkan untuk membeli produk ni. Kalau tak nanti dah tak unik la bau perfume aku sebab korang pun pakai jugak.

p/s: Sebenarnya tak tau nak post pasal apa. Tapi nak tulis jugak. Nampak gambar ni, aku pun tulis la post. Tu yang jadinya macam ni.

PeLaBuRaN eMaS

19 Februari 2011, Jam 2041

Pelaburan terbaik ialah pelaburan emas dan hartanah. Betul tak? Memang aku akui dan sekarang ni aku tengah cuba nak mempengaruhi mak aku supaya melabur emas. Risau aku tengok mak aku tu. Dia baru je keluarkan duit KWSP akaun ke-2. Kalau tak dilaburkan memang confirm habis dalam tempoh tak sampai setahun pun.



Tadi Bank Rakyat cawangan Kuala Selangor ada buka booth di SK Bandar Baru Kuala Selangor.Macam biasa, nak mempromosikan produk bank lah katakan. Dan secara kebetulan, ada seorang cikgu ni nak bertanya tentang produk bank. Dia cakap nak buat beli emas. Ha! Macam tau-tau je cikgu ni kan. Aku tanya dia lebih lanjut tentang pelaburan emas. Rupanya dia ni agen untuk pelaburan emas daripada syarikat Public Gold Sdn Bhd.



Anda semua tau tak, kalau kita jual emas macam rantai, gelang dan cincin, wang tunai yang kita akan dapat adalah cuma 80% daripada harga semasa emas tu. Sebagai contoh kalau harga semasa bagi rantai emas tu ialah RM2000, harga jualan emas tu ialah RM1600. Tapi berbeza bagi wang Dinar Emas dari Public Gold ni. Bagi emas dari Public Gold sekiranya dijual semula kepada agen Public Gold, harga jualan yang kita dapat ialah 94% daripada harga semasa emas tersebut. Katakan harga semasa bagi emas Public Gold ialah RM 2000. Harga jualan emas itu ialah RM 1880. Beza banyak dengan harga emas biasa.



Bagi yang risau tentang zakat simpanan emas 2.5%, laburkan je emas tu melalui Public Bank. Difahamkan bahawa Public Bank ada menerima pelaburan emas. Yang ni aku tak pasti macam mana caranya. Tapi dari sini kita dapat elakkan zakat simpanan emas. Maklumat lanjut layari www.publicdinar.com.



p/s: Dah macam agen Public Gold pulak dah.

HaRaPaN PaLsU...AgAiN~

19 Februari 2011, Jam 2004



Nampak tak router ni? Benda ni dah lama dah kat rumah aku. Kalau tak silap lebih daripada 2 bulan. Tapi nampaknya sampai sekarang masih lagi tak ada internet. Router ni macam bagi harapan palsu lah. Dulu kami pernah cuba nak masukkan internet kat rumah ni masa bulan Mei 2010. Tapi pihak telekomunikasi ni cakap tak boleh sebab tak ada port yang cukup. Masa tu memang dah jadi harapan palsu dah. Tiap-tiap hari mengharap internet boleh masuk. Last sekali kena ambil balik lah router tu sebab internet tak boleh nak masuk.

Tapi pada November 2010, pihak tu cakap dah ada sebab pihaknya dah upgrade. Jadi, kami sekeluarga memang berhajat sangat nak pasang. Kami pun apply lah lagi. Tapi nampaknya macam harapan palsu lagi je kali ni. Kalau yang lama nampak juga technician datang rumah dan check ada masalah ke tak. Sampai kami dah kenal dan ngam dengan dia. Tapi yang kali ni langsung tak pernah nampak technician datang. entah orang ke, monyet ke, unta ke. tak tau lah. Lagi la bagi harapan palsu.

Nasib baik la kat rumah aku ni line broadband tak best. Kena pulak P1 WiMax dan Yes! pun tak sampai lagi kat sini. Kalau tak, memang aku dah apply yang lain dah. Tak sanggup dah nak tunggu yang sekarang ni.

StReSs!

19 Februari 2011, Jam 1508

2 hari yang lepas, aku marketing dekat area Setia Alam. Al-maklum lah. Kerja bahagian pemasaran memang macam ni. Asyik kena keluar berjalan dan cari customer berbekalkan minyak RON95 di tangki 125ZR.

Tapi aku tak nak lah cerita kisah yang terkena kat aku masa tu. Kelakar tu tak lah kelakar. Sakit hati tu tak lah sakit pun. Apa yang berlaku mengajar aku supaya lebih professional terhadap customer. Serik la jugak nak bergurau dengan customer macam yang selalu aku buat. Takut terkena lagi.

Niat aku bersikap secara bersahaja kat customer sebab nak bagi customer ingat aku dan selesa untuk bercerita dengan aku. Jadi bila dia ingat aku, kot-kot la ada kawan dia nak buat loan boleh la dia rekemen kat aku sebab dia ingat aku. Bukannya aku nak apa pun. Tapi ada pulak customer yang tak selesa dengan cara aku ni.

Next time aku tak nak lah buat macam tu. Dan sekarang baru la aku faham kenapa staff lain tak nak terlalu bersahaja dengan customer. Bukan semua customer kita boleh layan kan ikut cara kita.

Mood : Tak berapa okay sangat disebabkan sorang customer ni je. Adeh~

MaK aiH!!

15 Februari 2011, Jam 1900

Cerita ni masa pagi-pagi tadi. Kisahnya bermula macam ni....

"Pit! Bangun lah. Ko ni tidur je. Jom ikut mak".

"Mengantuk lah mak. Nak pergi mana pagi-pagi ni".

Pergi ambil laptop mak".

LAPTOP???

Daripada aku mamai, terus segar. Dari otak lalok, terus laju berfikir. Sejak bila pulak mak aku ada laptop? Aku tanya mak aku balik, "Sejak bila mak beli laptop? Mak ni lalok eh?". Dia ketawa lak. Dia pun cerita lah yang semalam dia beli laptop. Orang yang belikan laptop mak aku tu cakap suruh ambik hari ni. Tu yang pagi-pagi dia dah ajak aku pergi Pekan. Semangat nak tengok laptop baru la katakan. Aku pun tak sabar nak tengok rupa laptop baru dia tu. Kot-kot kalau best, boleh pinjam-pinjam. Hehe.





Haa. Ni la laptop yang baru dibelinya tadi.

KaLaU DuLu, KaLaU sEkArAnG

14 Februari 2011, Jam 2020

Kalau dulu cakap, "Duit nak beli makanan tak ada. Sebab tu aku kurus",
Sekarang kita cakap, "Lauk ni tak sedap betul. Standard makanan itik".

Kalau dulu kita cakap, "Duit nak beli baju tak ada. Sebab tu baju aku buruk",
Sekarang kita cakap, "Baru pakai 3 kali dah buruk. Kena beli baju lagi la ni".

Kalau dulu kita cakap, "Sebulan RM300 je? Boleh beli ikan masin je la",
Sekarang kita cakap, "Sebulan RM3000 je? Tak boleh la makan kat hotel".

Kalau dulu kita cakap, "Lauk sikit je hari ni. Tak boleh la nak bagi jiran sikit",
Sekarang kita cakap, "Dia tak pernah bagi lauk kat aku. Buat apa aku nak bagi".

Kalau dulu kita cakap, "Buku latihan cuma ada 1 je. Macam mana nak belajar",
Sekarang kita cakap, "Mak tak hantar saya tuisyen. Sebab tu la saya gagal".

Kalau dulu kita cakap, "Tak ada duit lah. Mana mampu nak sedekah",
Sekarang kita cakap, "Tak ada duit kecik lah. Lain kali lah sedekah".

Kalau dulu kita cakap, "Penat lah naik basikal pergi kerja. Peluh-peluh aku",
Sekarang kita cakap, "Kereta ni air-cond rosak pula. Peluh-peluh aku".

Kalau dulu kita cakap, "Weekend kat rumah je. Tak ada duit nak jalan-jalan",
Sekarang kita cakap, "Weekend kat rumah je. Tak ada masa nak jalan-jalan".

Kalau dulu kita cakap, "Sekarang ni sibuk lah. Tak sempat nak beribadat",
Sekarang kita cakap, "Dah tua lah. Tak larat nak beribadat".

Jadi, mana yang lagi baik sebenarnya. Kalau dulu ke, kalau sekarang?