APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Saturday, June 5, 2010

=)

30hb Mei 2010, Jam 0123

Pengalaman berbeza. Ya. Banyak sangat pengalaman baru yang aku dapat sejak dengan kamu. Kamu warnakan hidup ni. Seronok bila kamu ada di sisi. Kamu kelakar, kamu sweet, kamu pandai bagi kejutan pada saya. Dan kamu nak tau tak. Pertama kali saya raikan hari lahir saya bersama insan yang berstatuskan Girlfriend of Ron Fitri =)

Kite dah plan nak jumpe 29hb Mei 2010. Tapi disebabkan dating tu bertindih ngan tarikh mesyuarat keluarga yang dibuat kat rumah saya, terpakse lah anjakkan sehari. Awak tak kisah kan? Thanks awak =)

Memang kalau dating ngan awak kat shopping complex ni, keje awak asyik membelek-belek je lah. Sume mende awak nak belek. Pelik saya tengok. Pastu kite cari baju yang cntik'2 untuk saya. Awak soh saya beli baju coklat tuh. Cantik baju tuh. Nanti saya pakai mase kenduri Kak Lala okay =)

Lepas tu saya bawak awak pegi Pantai Remis. Takde pape sangat pon kat sane. Juz take some breaths n having some rest of mind there. Awak cakap awak suke pantai kan? Saya bawakkan awak ke sane. Hopefully awak suke tempat tu. Pastu kite beli baju coklat awak tuh. Awak. Kite pakai same'2 mase kenduri Kak Lala tau =)

Awak. Hadiah yang awak bagi tu ade tiga poket. Poket pertama, awak isi ngan pics'2 kite. Saya akan simpan elok'2. Awak jangan risau okay. Poket kedua, awak isi ngan mozek LmZ^RoN. Saya penah cakap saya suke mozek yang awak buat tuh. Tapi saya tak sangka awak akan bagi mozek yang awak buat tu kat saya. Cantik. Saya suke sangat. Saya simpan elok'2 dalam kotak. Poket ketiga, awak isi ngan neck tie. Cntik. saya suke neck tie tu. Dan saya dah pakai dua kali dah sepnjang saya praktikal lima hari ni. Mama awak pon baik ngan saya. Frame yang dia bagi tu saya dah display kat bilik saya ni. Saya suke. Cup cake yang awak tempah tu pon saye suke. Thanks so much =)

Malam tu, saya bawak awak makan kat tempat saya kerja. Awak cakap satay tu sedap. Saya tengok awak suke sangat ngan satay tuh. Nanti'2 saya bawak awak datang kedai makan tu lagi okay. Gemok la awak kang. =)

Awak'2. Saya harap sangat saya akan dapat raikan lagi besday saya ngan awak lagi. Sepnjg hari tu saya tersenyum sebab awak. Awak pon asyik senyum je for the whole day. Sejuk mate saya tengok awak. Awak. Tak sabar nak tunggu besday awak pulak. Kite nak raikan same'2 ngan awak lagi. =)

CrAcK!

3hb Jun 2010, Jam 0100

Mende ni dah jadi lama dah. Aku saje nak tulis kat sini sekadar nak berkongsi pengalaman diri yang tak seberapa ni. Name pon belog. So ape salahnye kalau aku nak share mende ni ngan anda'2 sekalian (*Ceh, bajet ade pembaca)

Mase tu umur baru 17 tahun dan berada di tingkatan 5. Dulu aku dok kat asrama start dari form 1 smpi lah form 4. Sekolah aku ni leceh sikit. Bende kecik pon boleh jadi reason untuk ditolak dari menetap di asrama. Ade la beberapa reason knape aku tak dok asrama mase form 5 tuh. Oleh sebab post kali ni nak cerita pasal CrAcK!, so aku terpakse la tinggalkan cerita asrama aku ni. Maybe cerite next time je lah.

Ape yang aku maksudkan ngn CrAcK!? CrAcK! kat sini refer to patah. Act, aku penah patah kaki dulu'2. So, ni aku nak cite la kenangan aku tuh.

Aku memang berulang alik dari rumah ke sekolah tiap'2 hari. Mase tu bukan naik 125. Naik motor kriss mase tu. Aku naik berdua ngan sorang member aku ni every school day. Jimat sikit minyak sebab boleh tong'2. Aku ni bukan rajin sangat nak merempit ni. So, aku slallu tukar'2 rider ngan dia. Sehinggalah sampai ke suatu hari....jeng'3~

Aku gerak ke rumah dia kul 6.45 macam slalu. Ari ni, turn dia rider motor. Aku kasi la dia bawak motor kriss tuh. Kitorang pon gerak la macam bese. Dia ni bawak sopan sket. Reti gak cilok tapi takde lah ganas sangat. Elok je dia bawak. Tapi mende dah nak jadi. dah lebih kurang 20 minit atas jalan, tetibe jalan kat depan tu macam jammed lah. Dia pon cilok la sikit'2. Tengah dia cilok kat kiri jalan tuh, aku ade perasan ade kete nak belok ke kiri. Aku rase member aku ni tak perasan kot. Dia pon dengan selambe pulas minyak kuat sikit. Ape lagi.

BEDEBABOOM!!!!

Aku perasan yang aku terbang atas udara lebih kurang 3 saat. Pastu aku mendarat dalam keadaan berdiri tegak. Memang sakit giler kaki kanan aku mase tuh sebab aku landing pakai kaki kanan je. Meraung aku mase tuh. Sakit giler. Aku tengok kaki aku terus bengkak. Ade sorang brader tu cakap "kaki patah ni dik". Dia lincah bawak aku ngan member aku pegi hospital. X-ray. Yup! Tepat tekaan brader tuh. Kaki aku patah. Doktor cakap takyah masuk besi. Juz simen je. Lega aku dengar. Kalau soh masuk besi, siap kene operation bagai. Aku memang bernasib baik sebab juz kene simen je. Alhamdulillah.

Dah la mase tuh dekat'2 SPM. Dulu budak dok gurau'2 cakap SPM kaki balut lah. Nah kau Ron. Rase sendiri. Kaki berbalut mase SPM. Pengalaman menarik beb. Boleh cite kat anak cucu nanti'2. Haha!

Walaupon mende dah berlalu lebih kurang 5 tahun. tapi kesannya still terasa lagi. Kalau mase solat tuh, duduk antara dua sujud ngan duduk tahiyyat akhir terasa sakit lagi kat bahagian lutut. Tapi mungkin dah biase kot. Aku ignore je lah.

Dan sekarang aku dah tak nak merempit kaw'2 macam dulu'2. Bawak laju sikit'2 je dah la. Tak mau aku patah kaki lagi. =(

PeNgaLaMaN PeRtAmA

26hb Mei 2010, Jam 0315

Post yang lepas'2 aku ade sebut pasal invitation dari mama dia untuk datang ke majlis konvokesyen abg dia. Dan akhirnya sampai jugak tarikh 26hb Mei ni. Perasaan teruja? Mungkin ye jugak. Tapi aku rase lebih kepada perasaan gemuruh. Gile ko. Nak jumpe ngn mama, ayah n abg dia. Sure la nervous. Aku ni dah la tak pernah wat mende macam ni. Tapi kalau dah namenye RoN, nervous pon mesti la wat'2 tenang je. Ceh. Poyo lah.

Aku dah siap'2 bg tau kat mak pasal ni. Mak senyum. Dalam kepala dia maybe pikir anak dia ni dah besar, dah pndai dah selangkah lebih dari abgnye. Ade la jugak sikit'2. Hehe. Aku anta mak pegi skolah. Settle, aku gerak terus pegi UiTM Malaysia. Perasaan gemuruh semakin membara. Bile sampai tu aku baru tau family dia dah masuk dalam dewan dah. So, ilang nebes jap. Aku pon ajak dia jalan'2 Alam Central.

Boring la Alam Central ni. Aku jarang sangat datang Alam Central. Bile datang tu baru aku tau dalamnye boring giler. Pusing'2 situ je lah. Then pg makan. Beli barang sikit. Then balik lah UiTM. Mase ni la yang aku nebes giler. Family dia dah kuar dari dewan. Aku nengok ayah dia. Tangan aku dah sejuk dah. Tapi wa buat'2 rilek je beb. Salam jugak ngn ayah dia. Mesti ayh dia perasan tangan aku sejuk. Aku rase mase salam ngn abg dia pon abg dia perasan tangan aku sejuk semacam. Borak sikit ngn abang n ayah dia. Orite je la kot. Buat'2 mesra. Padahal suara pon tersekat-sekat. Memalukan.

Pastu kan, tetibe aku rase nak bg sumthing kat dia. Aku pon kasi bunge tu kat dia. Abang dia nmpk aku kasi. Pastu kan, aku dengar ko gelakkan aku la Amir (*Abang dia). Siot kau. Mama dia pulak bleh tanye "Untuk makcik takde ke?". Bukannye tak nak kasi kat makcik. Tapi takot pakcik jeles lak kang. Ala. Alasan sume tu RoN~. Ceh. Petang tu terus gerak balik. Ape lagi. Keje lah. Penat la jugak. Tapi buat'2 kental je lah. Keje jugak beb. Duit mesti mau cari. Kasi top up duit balik. Kalau tak, kang ade lah BKK5370 kena tarik.

Sebenarnye takde mende sangat yang nak di ceritakan kat sini. Tapi main point aku is GEGEL. Ni memang satu pengalaman baru untuk aku. Jumpe ngn family dia yg mane aku tak penah buat kat family yg sebelum'2 ni. Hopefully family kamu boleh trime penampilan n cara saya. Next time boleh jumpe ngn family awak lagi. =)

Ni ade beberapa pics untuk tatapan dan kenangan:-


Pics 1 : Kat Taman Tasik Shah Alam


Pics 2 : Liya kat Tepi Tasik


Pics 3 : Her Family Kat UiTM Shah Alam


Pics 4 : Aku, Amir n Liya


Pics 5 : Her Family Again

LaMbAtNyEe

26hb Mei 2010, Jam 0312

Loteh eden ni ha. Baru 26hb. Tak sabar nak tunggu 1hb jun. Ari ni dah 13 hari aku kat kedai makan tuh. Lagi 6 hari nak sampai 1hb. Poket dah kosong giler dah ni. Alternatif yang ada? Kene la pow big bro sket'2. Nak cover budget sementara belum dapat gaji ni. Gaji nanti aku bayar la ye bro. Macam tak bese lak kan. Sejak takde duit ni, aku siap tolong mak aku wat eskem lagi tuh sebab nak mntak upah. Padahal sebelum ni malas yang amat. Tengah takde duit ni tetibe lak rajin nak tolong watkan eskem. Anak monyet betul ko ni Ron. Mak sendiri pon nak pow jugak.

Smpai je 1hb nanti, banyak mende aku nak kene buat. Spoket kene tukar. Pasang tenet(*yang ni aku paling suke). Tayar dah botak dah. Kene la ganti (*kalau tayar macam rambut kan senang. Bile tayar botak je nanti tumbuh bunga tayar balik). Betulkan laptop ni. Bayar utang. Betulkan tv yang aku amek kat uma sewa ari tuh. Pergh! Best. Bilik aku ni dah jadi grand dah. Sume ade. Boleh la masuk astro kat bilik aku pasni. Pastu kunci bilik je everytime. Tak nak bagi adik aku tengok astro kat bilik aku. Haha! Abang aku pon mesti stuju bile aku cakap gini. Padan muke ko ecah. Sape soh tengok tv je sampai lupe nak blaja n tolong mak.

Eh? Tetibe ade yang senyum'2 lak bile bace post ni. Apesal? Owh. Dia nak mntak kite belanja dia la tuh. Pastu mintak kite bawak dia jalan'2 la tu ea. Hehe. Okey je. Nanti i bawak u jalan'2 okey. Tapi kan, kek tetap u yg kena belanja i. Tak sabar nak makan kek. Pastu jgn nakal nak calit'2 krim kek kat i. Abes kotor kang baju n muke i nanti. Kalau u buat macam tu, i tinggalkan u kat s.alam. Balik jalan kaki. =P

KeRaNaMu InTeRnEt

22hb Mei 2010, Jam 0341

Semenjak dua menjak ni, aku dah jarang sangat online. Facebook? Tah. Abes la Farmville ngn Cafe World aku. Tak tau dah jadi ape agaknye. Notification mesti byk giler. Email? Berzaman batu jugak aku tak bukak. Risau jugak kalau'2 ade email dari Bank Rakyat nak bagitau pasal praktikal training aku kat Kuala Selangor sane tuh. Banyak sangat mende yang aku terlepas semenjak jarang online ni. Movies? Pon dah lama sangat aku tak download. Dulu banyak je movies latest kat external hard disk aku ni. Chord guitar? Dah banyak dah aku listkan untuk di download.

Reason?

Aku bukan tak nak online. Kat uma takde tenet. Tu la ko Ron. Dulu ayahanda offer nak pasangkan tenet, ko tak nak. Berlagak. Orang nak bagi tu amek je lah. Sekarang, padan muke kau. Gelakkan je budak Ron tuh. HAHAHAHA!!!

So, aku punye plan sekarang ni nak pasang tenet dalam bulan 6 ni. Aku dah plan ngn big bro aku. Dia pon on je. Bile dah ade tenet nanti, tengok la korang. Abes aku online je manjang. Sesi bahan membahan akan bermula semula. Yeah!!

~UiTM Malaysia~

17 Mei 2010, Jam 1.00 pagi

Mungkin ramai yang tak tahu UiTM Shah Alam juge di kenali sebagai UiTM Malaysia. Sebelum ditubuhkan nama UiTM Malaysia, UiTM dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (ITM). Tapak pertama ITM adalah di tapak UiTM Malaysia kini. Kemudiannya, nama ITM Shah Alam ini ditukarkan kepada UiTM Shah Alam kerana ITM telah dinaik taraf daripada institut pengajian kepada universiti bagi bumiputera. Oleh sebab UiTM Shah Alam ini merupakan induk bagi semua cawangan UiTM di Malaysia, maka UiTM Shah Alam ditukarkan kepada UiTM Malaysia.

Apesal aku semangat sangat cite pasal UiTM Malaysia ni? Semangat UiTM dihatiku ke ape ni?

Ni baru intro la beb. Sebenarnya nak cite, ade kisah sikit kat UiTM Malaysia ni. Baru je jadi beberapa hari lepas. Takde kaitan ngn intro. Intro ni pon aku tak tau fakta or auta. Aku goreng ikot pe yang jari aku nak tulis.

15hb Mei 2010, Jam 8.00 mlm - Text Message Story
L - "Awak'2. Kite nak datang UiTM sok. Tapi kite tak tau jalan nak ke sane. Camne eh?".
R - "Awak jalan je terus. Don't belok'2. Eh. Silap. Camni je lah awak. Sok kite datang jumpe awak. Kite tunjukkan jalan"
L - "Orite =)"

16hb Mei 2010, Jam 9.30 pagi
L - "Awak'2. Kite dah kat exit Bukit Raja ni."
R - "Jap lagi kite smpi ye awak. Tggu jap =)"

Sekali aku sampai, MAK AIHHH!!! Apesal ade mama dia kat situ? Berderau beb darah gua. Dengan berselipar jepun yg menunggu mase nak putus je tuh, aku buat'2 rilek dan datang kat kete tuh."Samekom makcik"."w'salam". Borak la sikit'2. Aku buat'2 rilek je. Padahal aku punye berdebar, Tuhan je yang tau. Aku pon tunjuk la jalan pegi UiTM Malaysia. Sampai kat sane borak lagi sikit. Mase tu aku cume bleh tgk 'L' dari jauh je la. Nak duk dekat, kang tak pasal'2 ade yang kene reject plak. Dah la gua selekeh je pakai selipar jepun. Tapi kan, makcik ni sporting rpnye. Makin lame aku slesa bile borak'2 ngn mama, eh! Silap. Makcik.

Pastu gerak kedai runcit, cari makan sket'2. Mase makan tu aku makan roti telur dua keping. Pergh. Sampai sekarang aku kne bahan pasal makan dua keping ngn mama dia. Adess. Pastu aku tunjukkan jalan utk diorang balik, then aku pon gerak lah balik. Sampai rumah ade sambungan text message story:-

L - "Awak'2. Mama kite cakap awak keding sangat. Pastu awak ni sempoi je pakai selipar jepun".
R - "Yeke. Mesti mama awak takut kite tak mampu bagi awak makan sebab kite sendiri macam tak cukup makan je kan? =P".
L - "Awak ni. Cubit nak? Mama kite ajak awak datang UiTM lagi mase konvo abg kite nanti"
R - "Kalau kite lapang, kite datang k"

Wah! Macam positif sign je. Hopefully mama awak suke la ngan diri saye ni.

Even aku nervous gile, aku still rase excited sebab jumpe ngan mama kepada gf aku. Actually, ni la pengalaman pertama aku jumpe ngn mama kepada gf aku. Kapel sebelum'2 ni memang tak penah pon. Ni satu perkara baru.

Banyak betul i belajar bile ngn u ni kan. Huhu. Like it. I komited nak jumpe ngn mama u lpas ni. and i janji next time i bagi impression yang lebih baik kat family u k. =)

Saturday, May 15, 2010

::::Wa KeNa BeB::::

Bebudak ni nak kene agaknye. Macam'2 la korang ni kan. Korang cakap aku sekarang dah lain. Apesal lak ni beb? Aku listkan pe yang korang cakap aku dah lain tuh kat sini. Sapa yang bace kasi evaluate sikit k (*Bajet ade yang nak bace).

Ainul, Janggut ngan Arzami cakap:-
1. "Ye la Ron. Member ajak lepak sekarang dah tak nak dah. Dulu sume ok je. takpe la Ron. Paham~".
2. "Pergh Ron. Kuat seyh bau perfume. Dulu takde deodorant pon takpe".
3. "Member datang pinjam helmet je ke? Takkan tak nak singgah lame sikit kawan".(*Siap senyum kambing lagi tuh)
4. "Ala Ron. Takkan la handset tinggal kejap tak boleh. Dulu handset tinggal kat umah pon takde hal".
5. "Eh Ron. eskrem untuk member'2 takde ke? Takpe la Ron". (*Padahal aku tgh kasi eskrem kat dia tuh!)
6. "Wah. Dah maju ko sekarang ni. Seluar koyak dah di tampal dah!".
7. "Pergh ko. Dah ade gitar sendiri dah. Ehem'3! (*aku dah abes explain kat dia dah. Aku pinjam je gitar ni. Tak nak trime tuh)
8. "Dota kat cc jom. Tak nak dah ke? Dulu siap jadi organiser lagi tuh. Collect sorg seploh. Team menang dapat hadiah".
9. "Ron. Isap la rokok dulu. Ha?? Dah tak isap. Takpe'2. Paham. Hehe".
10."Tu kelapa kat belakang umah dah rndu kat ko. Pecah la sebijik dua dulu baru blah. Dah tak sudi ke."

Mael, Soru ngan Zharm cakap:-
1. "Ron! Dota jom. dmZ^HexOr dah tak sudi dah ke? Yela kan. Dah jadi lmZ^RoN. Haha.
2. "Ko men gitar lagu pe tu? Man Bai? Haha. Mane pegi lagu cik ainun ngan lagu capapek?
3. "Eh. Pakai kemeja ye bang. Hensem la abang ni sekarang. Haha."
4. "Yaron." (*zzz)
5. "Eh desktop background ko dah tukar lah. Haha."

Tapir cakap:-
1. "Macam plastik la ko jalan. Jalan macam biasa je dah lah."
2. "Mane pegi estray kat umah ni sume? Ron dah xberasap lagi ke?"

Ijam cakap (*dia ni positif sikit):-
1. "Aik. Dulu ko wat packaging memang kasi bungkus baik'2. Sekarang nak bagi hadiah tapi macam nak bagi sampah kat orang. Bungkus elok'2. Ape daa~"

Ni sikit je yang aku cite. Sebenarnye ada banyak lagi. Tapi banyak yang dah lupe. Huhu. Diorang ni memang macam ni sikit. Sebab aku kawan ngan diorang la aku reti menganjing orang. Diorang ni gurau je cakap macam ni. Sekadar mengusik. Biasalah tu. Bile turn diorang, kite kenekan diorang. Bile kene turn kite, senyum je la if kene nganjing. hehe. Chill. Aku okey je beb. Tengok la korang nanti. Sampai turn korang, abes la aku kasi kaw'2. Haha (*Gelak dua harkat macam mael)