APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, November 14, 2010

Ape Yang Kau Tau??

28hb Oktober 2010, Jam 1432

Ko tau ke ape dia yang aku nak bagitau ni?
- Mesti la tak...

Ko rase aku nak bagitau ape ni?
- Suke ati ko lah...

Ko tak nak cube teka?
- Malas lah...

Aku bagitau je lah. Abes cite.
- Orite...

Tempoh dari bulan 6 smpi bulan 10, bukan lah lama sangat. Tapi cukup lama utk bagi mulut-mulut berbicara dan mengata. Cukup tempoh untuk bagi kata-kata nista yang menyakitkan jiwa menusuk di dalam lubuk hati yang terdalam. So, point of view?

Dari bulan 6 sampai lah ke bulan 10, aku dah tak penah post ape-ape pon. So, mesti akan ade bunyi yang cakap "Ala si Ron tuh, mula-mula je semangat nak wat blog. Pastu blog jadi pe? Jadi bodoh". Pastu mesti ade yang mengata "Poyo lah mamat tuh. Nak ngurat awek dia la katekan. Mesti la effort besar sikit. Siap buat blog lagi tuh. Bile dah malas, blog tah ke mane". Takpe-takpe. Orang nak cakap la katekan. Pastu ade lagi suara sumbang cakap "Haha. Blog dah tak gerak dah. Mesti ade pape tuh".

Takpe lah beb. Biar aku terangkan satu persatu. Mungkin limit aku as seorang yang duduk kat rumah yang takde internet mmbataskan aku untuk post blog. Tapi harus di ingat. Takde internet tak bermaksud aku tak tulis blog. Aku tulis jugak tapi bukan kat blog. Aku tulis kat notepad je. Thanks to blogger-blogger yang ajar aku teknik ni. Bile teringat nak tulis je aku pon tulis lah kat notepad dulu. So, dah bersepah-sepah dah post yang ak tulis kat notepad ni. Cume takde mase je nak post kat blog ni =)

Ko rase ade effect tak aku tulis macam ni?
- Dalam mimpi je lah...

Ko rase aku jawab kritikan ke aku tambahkan kritikan?
- Mane yang ko rase, tu la jawapannye...

Okay~

Last Day Of Practical Training

15hb Oktober 2010, Jam 2305

Dah lame tak tulis blog time-time macam ni. Yelah, aku kan keje dari pukul 8mlm smpai 12mlm tiap-tiap hari. So, jarang sekali nak ade peluang tulis blog mase-mase macam ni. Di sebabkan hari ni hari terakhir aku praktikal, aku mintak cuti kat pakcik kedai makan tu. Bak iklan kat tv tuh, aku nak spend mase untuk "ME TIME".

Mula-mula praktikal dulu rase ragu-ragu sama ade mampu ke nak abeskan mase praktikal selama 5 bulan ni dengan sikap aku yang macam ni. Aku kene belajar disiplin kan diri untuk bangun awal dan terus pegi keje. Lepas tu malam pulak kene keje ngan pakcik aku. Jadi, mase nak buat thesis entah ke mane, rehat entah ke mane. Tapi lepas 5 bulan berlalu, aku berjaye lalui semua tu. Penat sangat bile pikirkan balik. Semangat tinggi dan juga keinginan untuk berdikari mengajar aku untuk bersabar dalam waktu-waktu kritikal macam ni. Thanks you ALLAH.

Mase abes tadi salam dengan member-member bank. Sedih ade, gembira ade, penuh tanda tanya sama ada lepas ni aku berpeluang bekerja dengan diorang lagi atau tak.

Mase untuk praktikal dah abes. Sekarang mase untuk aku pikirkan pasal aku punye thesis yang belom settle lagi ni. Kene buat yang terbaik lepas praktikal aku hancur sebab asyik datang keje lambat je. Alasan dah la penipu je aku bagi. Hujan lah, moto rosak lah. Tak hujan pon aku cakap hujan. Syhh~. Staff bank yang bace jangan bagitau kat bos. Mampuih aku nanti. Hehe.

MANIS

12hb Oktober 2010, Jam 1845

English sebut Sweet

Melayu sebut Manis

Jawa sebut Legik

Cina, India, Kadazan, Iban semua tuh aku tak tau sebab aku tak search kat internet pon ape definisi setiap word tuh. Pandai-pandai la search sendiri ye. Kalau search sendiri lagi nanti ko ingat. Google kan dah baru sekarang ni.

Macam ni

Satu ayat yang menarik perhatian aku untuk dikongsikan sebagai bacaan bersama ni ade kaitan dengan perkataan manis. Ayat ni ade dalam lagu Ning Baizura - Mama Papa. Tapi tolong sikit. Aku bukan layan lagu ni. Cume terdengar mase aku kat dalam kereta semalam on the way pegi beli tiket bas. Ayatnya berbunyi:

Mungkin Terlalu Manis Hingga Menjadi Racun

Ayat ni menyedarkan aku yang manis ni bukan lah sesuatu yang elok. Dalam makan minum, semua nak manis-manis. Bila bercakap, ayat kena manis. Bila bercinta, semua orang impikan yang manis. Ape yang kite nak sebenarnya bila kita nak kan kemanisan? Kita nak kan kemurungan berpanjangan disebalik keceriaan sementara? Kepalsuan disebalik keindahan? Cube fikir sekali lagi.

Dan dari sini jugak aku faham ape yang dimaksudkan dengan perkataan madu itu manis. Ye Betol. Madu memang cukup manis kan =)

Jadi, ubahlah sikit macam ayat saranan kerajaan Malaysia, "Kurangkan Kemanisan Dalam Kehidupan". Kurangkan kemanisan dalam perkataan, pemakanan dan yang penting dalam percintaan. Semoga anda sekeluarga sihat sejahtera dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri (siap buat gaya tangan macam Zainal Abidin buat). Tu je nak cite. Takde pape lagi dah.

S.U.D.O.K.U.

19hb September 2010, Jam 1400

Tak lah susah sangat kan. Aku ingat game sudoku ni untuk orang-orang pro matematik je. Tapi tak lah macam tu sekali. Dalam USA Today menyebut "...In theory, who can count can solve sudoku,..". Ape yang diperlukan untuk jawab sudoku cume sebatang pensil dan jugak soalan sudoku. Pastu dah boleh mule jawab.

Aku minat main time attack. Aku kire mase yang aku spend untuk selesaikan setiap puzzle. Mula-mula memang teruk lah. Tapi dah lama-lama tak de lah teruk sangat. Dapat la jugak selesaikan puzzle difficult dalam mase bawah 15 minit.

Thesis dah la belom buat pape lagi. Sebok nak main sudoku je sekarang ni. Selambe je. Fail thesis baru tau. Maklum je lah. Minat baru kot. Macam excited gile pas beli buku sudoku ni. Kalau boleh nak abeskan buku ni laju-laju, then padam balik, buat balik. Takde lah mahal pon. Tak sampai pon RM10.00.

Lu suke sudoku? Suke ati lu lah nak suke ke tak. Wa Takde bran nak chellenge lu. Wa bodo lagi. Tunggu wa power baru wa ajak lu time attack. Yeah!

Is T May Wa

12hb September 2010, Jam 0956



Bangun je pagi'2 terus nak tulis blog. Bukan ape. teringat nak tulis pasal sesuatu.

Raya kali ni mungkin agak berbeza dari yang sebelum'2 ni. Selalu raya dengan family n member'2 je. Tahun ni ade tambahan "penawar jantung" lak. Jadi, ade la perbezaannya. Dan ade juge kejutan untuk awak time raya'2 ni. Tapi belum pape awak dah marah'2 kan. Awak ingat saya lupa nak wish raya kat awak. Tak pe lah. Awak blom boleh terima cara saya lagi kot. =)

Saya ada sediakan beberapa surprise untuk awak. Saya harap awak sukakan raya kali ni. Awak marah saya dan jugak nangis malam tadi sebab awak ingat saya lupa pasal awak. Awak, kan saya penah nyatakan awak berbeza dari diorang. Mesti lah untuk awak, saya kene bagi kelainan. Awak istimewa. Jadi, untuk awak perlulah istimewa jugak.

Saya harap awak suka surprise saya ni. Kalau sebelum ni awak nangis sebab awak ingat saya lupa pasal awak, saya nak wat awak nangis lak sebab terlalu epy ngn surprise ni. Awak akan nangis jugak nanti. i know u. =)

p/s: Stress kene marah malam tadi. =(

One Two Five

25hb Ogos 2010, Jam 0039

Bak kate seseorang "ade 125z simpan je wat pe. Jom la join pegi pantai puteri 31hb ni". Ni la ayat member kat kedai aku keje tu. Dia dok sibuk ajak aku pegi konvoi ngan rider-rider 125z lain. Konvoi Merdeka katenye. Nak overnite kat sane. Then balik 1hb.

Bukan tak nak beb. tapi kondisi poket gua yang tak mengizinkan. Poket makin menipis walaupun keinginan semakin menebal. Lu tunggu wa keje tetap nanti. Konfirm wa join tiap kali lu ajak.

p/s: Sedang berduka lara sebab tak dapat nak ikot.

MaNe Nak EjAs Ni

22hb Ogos 2010, Jam 0043

Tiap-tiap ari keje, keje, keje. Siang malam keje je aku ni. Siang praktikal kat Bank Rakyat Kuala Selangor. Malam pulak keje kat kedai makan Wak Zack. Even aku kerja sampat tahap macam ni, tapi tahap pengurusan kewangan aku sangat lemah. Malu nak nyatakan kat sini. Tapi macam tu lah hakikatnya.

Dulu ramai member-member seperjuangan mase sekolah menengah, matrikulasi dan jugak universiti sekarang ni puji cara pengurusan kewangan aku. Dulu mase tinggal kat asrama sekolah menengah, walaupun cume dibekalkan oleh bapa aku dengan RM30 sebulan, aku mampu lagi simpan sebahagian dari amaun tu secara konsisten selama dua tahun. Hasilnya, N-Gage QD yang mase tu berharga RM666 tak termasuk memori kad. Biase lah. Sekolah menengah. Hand phone la satu-satu nye benda yang kita nak show off. Hehe.

Matrikulasi pulak, mak bapak bagi duit tapi sume masuk kat akaun RHB Bank. Abes je matrikulasi, aku tengok kat akaun RHB tu memang dah bersepah giler duit. Seronok giler. Aku survive kat matrikulasi gunakan duit biasiswa RM2000 untuk sepanjang pengajian. Siap ade lebih lagi tu. Pastu mane duit tu pegi pon aku tak ingat. Tu la bahaya nye aku ni. Aku tak boleh perasan yang duit aku banyak. Kalau aku perasan, memang laju je duit tu habis.

UiTM, cara aku nak simpan duit agak berbeza sikit. Cara yang aku gunakan ialah dengan berkhidmat sebagai Ah Long free interest. Takde bank boleh challenge interest serendah aku ni. Aku bagi member-member yang memerlukan duit untuk meminjam tanpa sebarang charge yang dikenakan. Dari situ aku dapat pastikan aku takkan guna duit lebihan yang ada sebab aku dah bagi member pinjam. Memang berisiko. Ada yang pinjam sampai RM1000 dan pulangkan balik dalam tempoh 2 semester. Tapi cara ini lah yang mampu untuk menanggung 50% daripada down payment Yamaha 125 ZR kesayangan aku ni. Lagi 50% pinjam kat mak bapak. Huhu.

Tapi sekarang ni cukup sempit. Macam rezeki tak berkat je. Gaji masuk 1hb, 5hb dah macam tak ada dah. Bebanan kewangan aku agak tinggi kot. Installment motor agak tinggi. Berat sikit nak tanggung. Lepas tu duit utilities pon meningkat. Pening. Tak tau nak pusing macam mane lagi. Agaknye kena dapatkan bantuan daripada AKPK, salah satu agensi pengurusan kewangan. Orang cakap bersusah-susah dahulu. Ade hikmah disebalik semua ni. Sabar, usaha dan tawakkal. InsyaAllah ade sesuatu yang lebih baik untuk aku di kemudian hari. =)