APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, November 14, 2010

30hb Jun 2010, Jam 0056

Ko rase ko mampu memuaskan ati semua orang?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko rase ko patut berubah untuk orang lain?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko rase ko terbaik untuk semua orang?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko yakin dengan berubah seperti yang dikehendaki orang lain, ko akan diterima?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko yakin dengan memuaskan ati kebanyakan orang, ko akan diterima?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh



Ko faham tak? Tak perlu berubah untuk orang lain selagi ko tak memudaratkan orang lain. Ape? Ade yang rase ko memudaratkan diorang ke? Lu tulis tangan kiri dikatekan lu memudaratkan? Lu makan guna tangan mase sume orang gune sudu dan garfu diorang cakap memudaratkan? Lu naik moto yamaha cup mase sume member dah pki 135lc, rxz n 125zr diorang cakap memudaratkan? Kalau lu konsiderkan sume ni, lu jadi bodoh la beb. Puaskan ati orang lain semata-mata untuk diterima diorang.

Tuhan tu adil. Kite kurang kat 1 part berbanding orang lain, mesti ade 1 part lain yang kite lebih berbanding orang lain. Selagi ape yang kite buat tak salah, teruskan je. Just be yourself. Tak perlu berubah untuk orang lain dan tak perlu minta orang lain berubah untuk kita. Kalau tak suke, pegi mam. Janji yang kite buat tu tak salah. Simple kan?

ThESiS!!

22hb Jun 2010, Jam 0056

Yeke. Aku ingatkan senang. Tapi tak sangka pulak nak cari tajuk yg sesuai untuk thesis ni agak susah. Aku baru je settle refer balik kat sume contoh'2 thesis yang ade. Aku tengok'2 balik thesis yang member2 aku penah buat. Belek punye belek, hah!! Idea sudah mari, Aku dah dapat nak buat tajuk ape. Tapi aku tak nak lah bagi tau tajuknye kat sini. Bukan best pon tajuknye. Just aku berharap tajuk tu blom ade orang yang amek. Pastu main journalnye pon aku dah ade jugak. Terbaik lah!! Memang memudahkan kerja aku. Alhamdulillah. Syukur sangat'2.

Tajuk thesis pon dah dapat. Huh! Lambat betol aku nak cari tajuk. Selepas dipksa oleh si dia dengan pelbagai cara, baru lah aku sibuk nak cari tajuk dan jugak siapkan abstract. By the way, still have to say thanks to her. Kalau tak kena pakse ngn dia, jumaat agknye baru aku sibuk nak buat sume tuh. Now, aku baru je settle siapkan abstract untuk submit 26hb Jun ni.

Dah siap wat sume tu, time untuk belek'2 pics dulu b4 tido. So, belek'2 la sume pics yg aku terase nak belek. Pastu nyesal plak. Nape? Sebab mood aku dah bertukar. Teringat je moment'2 kat pics tuh. Sayu je rasenye. Ade yg best, ade yang pahit, ade yang lawak. Teringat kat member'2 kat uitm mase aku part 1 smpi abes ni. Huhu. Cukup! Ape da ko ni RoN. Ape la ko cite sume ni kat sini. Nampak sangat dalam hati ada taman.

~End of story~

Kau Kata Kan

11hb Jun 2010, Jam 1045

Kau katakan,
Tunjuk sesuatu gunakan ibu jari.
Tapi ku lihatkan,
Kau tunjuk tak gunakan ibu jari,
Malahan kau gunakan tangan kiri.
Bagaimana ni?

Kau katakan,
Letakkan kenderaan di petak yang betul.
Tapi bila aku lakukan,
Kau cakap " kau ni skema betul",
"Parking lebih kurang je dah la dol",
Kau ni memang mantul.

Kau katakan,
Mesti kena mandi pagi setiap hari.
Tapi yang aku rasakan,
Bau kau ni macam dah tiga hari tak mandi,
Mulut kau pula macam bau b*bi,
Kau memang ngeri,

Kau katakan,
Patah tumbuh hilang berganti.
Tapi ku lihatkan,
yang tumbuh kembali hanya ilusi,
Yang hilang pula tidak kau ganti,
Pedihnya hati.

Kau katakan,
Lakukanlah sesuatu dengan ikhlas.
Tapi dari suatu sudut pandangan,
Ku lihat kau seperti mengharapkan balas,
Kebaikanmu semua kau ceritakan tanpa beralas.
Lihatlah, niat kau dah jelas.

Kau katakan,
Kau suka pada kebersihan.
Tapi yang kau perlihatkan,
Bilik kau la yang paling macam setan,
Rilek je kau ni kan,
Langsung tak segan.

Kau katakan,
Setia hanya pada satu.
Tapi kau suarakan,
Ape barang awek satu,
Awek biar beribu,
Hai, mane prinsipmu yang dahulu?

Kau katakan,
Sehari perlu solat lima waktu.
Tapi kemudian,
Kau terus tak keluar'2 dari bilikmu,
Dari pagi sampai ke malam pulak tu,
Konfius aku.

Kau katakan,
Hidup hanya sekali,
enjoy jangan sampai lupa diri.
Tapi yang aku lihatkan,
Kau ibarat lupa diri,
Enjoy sampai lupa kau akan mati,
Kawanku, berhati-hati.

Kau katakan,
Tulis blog jangan panjang'2,
Kang orang yang bace jadi bengang.
Tapi aku ni pulak kan,
Tulis blog sampai tak cukup ruang,
Macam nak kene pelempang,
Bile nak fullstopnye ni bang.

Okay. Cukup lah tu merapik. =D

KeNaPaKaH??

9hb Jun 2010, Jam 1554

Tak patut betul lah!! Tolong jangan wat macam ni!! Takkan la benda macam ni pon nak kedekut!! Anginnye aku!!

Ade ke patut opis punye besar gini takleh akses internet. Ces! Kedekut tol Bank Rakyat ni!

p/s : Sape yang jadi boss esok jgn kedekut internet kat staff'2 anda. Kepada boss'2 yang tak suke aku cakap gini, wa tak suke lu. Haha!

MAIKEL JEKSEN

8 Jun 2010, Jam 1420

Setakat ni baru 7 hari aku praktikal kat kedai makan. Eh! Pale otak ko lah RoN. Bukan praktikal kat kedai makan lah. Praktikal sambil bekerja kat kedai makan. Haa~. Baru betol.

Kerja rasenye takde masalah sangat. Masalah'2 bese je. Pressure tempat praktikal takde sangat pon. Sume staff memang baik. Bersikap ramah dan jugak mesra even aku baru 7 hari kat sini. Diorang buat aku rase slesa dan rase macam staff yang dah lama kat sini. Happening abes. Cume kat kedai je yang macam stress sikit. Mungkin sebab keje kat kedai lagi byk dari keje kat tempat praktikal ni kot. Kerja kat kedai makan kene buat laju sket.

Dan kesan dari kerja dua tempat ni dalam masa 1 hari ni, muka aku lain sket. Abg aku yang tegur pasal ni semalam. Dia cakap aku nampak macam Maikel Jeksen. Maikel Jeksen?? Pe jadahnye aku macam Maikel Jeksen lak. Aku jalan undur mcm Maikel Jeksen ke? Abg aku pon explain "Muke ko nampak pucat pastu mata nampak lebam".

OoOo~. Sebenarnye kerja kat dua'2 tempat ni aku takde lah letih sangat. Tapi bile aku kerja kat dua'2 tempat ni, masa untuk aku berehat dah kurang. Al-maklum je lah. Dulu aku ni kaki tidur. Tidur kalau kurang dari 12 jam sehari bukan RoN namanye. Alih'2 sekarang ni kene tidur kurang dari 6 jam sehari. Mau tak terkejut badan gua yang tough ni bile kena gitu.

Solution?

Wat bodo je. Aku kena lah blajar besekan diri. Aku kene gagahkan tulang empat kerat ni sepanjang 5 bulan praktikal. Untung'2 jap lagi jadi tough betol'2. Yeah! Doakan aku kental dan bertahan untuk kerja sepanjang praktikal ni.

Saturday, June 5, 2010

22nd BiTrHdAy GiFt

5hb Jun 2010, Jam 0243

Sepanjang hidup ni, tak penah aku dapat macam'2 hadiah macam pe yang aku dapat untuk anniversary tahun ni. 22nd besday ni memang cukup special. Dulu paling special pon makan'2 kat restoran ngan family aku. Untuk makluman, aku memang dah niat nak display kat sini sume hadiah yang aku dapat. Kepada yang memberi, hopefully korang'2 sume tak kisah.

Hadiah pertama datang dari family aku. Hadiahnye ialah kek Mango Delight yang dibeli dari Secret Recipy. Diorang surprise sangat. Aku tak tau pon pasal kewujudan kek ni. Aku ingat sekadar jamuan hari lahir bese je. Tapi ade pulak kek ni. Sedap sangat kek ni.



Hadiah kedua yang aku terima datang dari Liyana Mohd Zabidi. Ni lah hadiahnye. Ade tiga tingkat hadiah yang dia bagi. Tingkat pertama isi ngan gmbar kami. Walaupun agak pelik bile print sume gmbr tu kat kertas bese, tapi its still so special to me because the memory of the pics. 2nd level isi ngan mozek LmZ^RoN. Mozek ni cntik. Aku memang dah lame minat kat mozek ni. Dan aku betol'2 tak sangka dia akan hadiahkan mozek ni kat aku. Aku simpan elok'2 kat dalam laci. 3rd level isi ngan neck tie kaler merah. Tie tu aku dah gune bebrapa kali. Tepat pilihan warne tuh sebab matching ngan 2 kaler baju aku. So, bleh gune slalu.











Hadiah ketiga pon datang daripada Liyana Mohd Zabidi. Tpi aku takde gambar hadiah tu. Sebab mase dia bage present tu, aku xde kamera. So, aku just bagitau je lah yang dia ade bagi Cup Cake kat aku. Cup Cake tu ade tulis RON FITRI. Cantik cup cake tuh. Rasenye pon sedap. Thanks sangat'2. Like it so much.

Hadiah keempat datang daripada ibu kepada Liyana Mohd Zabidi. Aku tak sangka lak mama dia akan bagi hadiah kat aku. Mungkin positive sign dari mama dia kot. Hopefully macam tu lah. Ni hadiah dari makcik. Frame. Frame ni siap isi ngan pics aku dan Liyana mase kat Majlis Konvokesyen ke-72 kat UiTM Shah Alam. Saya akan simpan elok'2 frame ni makcik. Saya nak bagi mkcik tengok balik frame ni in the future. Mesti mase tu makcik akan senyum sbb saya simpan lagi hdiah makcik ni.




Hadiah kelima datang dari abah aku. Hadiah ni tak dirancang pon. Abah masuk bilik aku. Dia tengok aku tengah repair tali pinggang. Dia tnye pasal tali pinggang tuh. Aku cakap tak rosak. Cume nak tukar tali je. Then petang tu abah pegi pasar. Balik dari pasar je dia datang kat aku. Dia bagi tali pinggang yang dia beli kat pasar. Dia cakap hadiah hari jadi. Aku terkedu kejap. Aku amek. Aku peluk abah aku. Aku tak tau nak cakap ape. Aku malu sebab aku la antara anak yang hampir terlupe nak wish besday dia yg ke-52 pada 21 April lepas. Aku wish dah dekat pukul seploh malam mase 21hb tuh. Malu sangat. Tapi camne pon, aku still cakap terima kasih kat abah aku.



Ade lagi satu hadiah. Hadiah ni datang awal sangat. Mase tu awal bulan 5 lagi. Kek hari jadi ketika dinner KRUISE. Yang ni cukup surprise. Aku suke sangat sebab dia wat surprise macam tuh. Terkejut aku. Thanks awak. Tapi aku takde pics nye lah. Aku cume boleh bgtau yang dia ade bagi kek mase ari tuh. Special sangat. Like it so much. Abes comot sume orang sebab men calit'2 kek.

Aku tak nilai harga hadiah yang korang sume bagi in term of price. Tapi aku nilai in term of value. Sume hadiah yang korang bagi memang tak ternilai. Best sangat. Kek Secret Recipy yang mane anak'2 lain belum pernah di sambut lahirnya dengan kek ni. Celebrate besday ngan yang tersayang for the 1st time. Dapat hadiah dari awak sgt best. Abah pulak bagi hadiah ikot keperluan. Terbaik sangat. Abah memang memahami.



Terima kasih semua. Aku hargai pemberian kalian. Aku jage sume ni baik'2. Terima kasih sangat'2.

If YoU sMeLL WhAt ThE RoCk iS CooKiNg

5hb Jun 2010, Jam 0158

Ceh! Tajuk je gempak. Padahal isinye bukan ape pon. Aku cume nak cite yang jalan yang aku lalu mase dua hari pertama aku praktikal kat Bank Rakyat Kuala Selangor tu baunye MasyaAllah. Busuk giler. Macam haram. Tak leh tahan aku. Kalau sekadar bau kat situ je takpe lah jugak. Ni baunye siap melekat kat sweater aku. Abes bau sampah kat sweater aku.

Sebenarnya jalan yang aku lalu tu melintasi tapak pelupusan dan pembuangan sampah. Busuk yang amat. Tak tahan. Lalu je mesti kene tutup hidung. Tapi tu lah. Yang tak sedapnye, baunye melekat kat baju. Bila aku smpai rumah je. aku campak sweater atas katil. Abg aku terus je campak ke bawah katil. Dia cakap busuk giler. Dia cakap "Ko ni kerja ke pegi main parit?". Ke jadahnye aku men parit. Aku gtau la dia jalan busuk giler. Pastu dia tunjukkan jalan alternatif lain.

So, sejak hari ketiga aku praktikal, aku dah lalu jalan lain. So, sweater aku takde lah busuk lagi. Tapi kan, aku ade 1 mende yang aku konpius. Mase hari pertama n kedua aku kerja tuh, agak'2 baju aku ade tak bau yang tak best tu? Still wondering till now.