APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, February 20, 2011

TiAp KaLi JuMpA mEsTi...

13 Februari 2011, Jam 2115

Tiap kali jumpa mesti ada merajuk.
Tiap kali jumpa mesti ada menangis.
Tiap kali jumpa mesti ada rasa pening.
Tiap kali jumpa mesti ada marah-marah.



Tiap kali jumpa mesti ada perasaan sakit.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan takut.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan sunyi.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan geram.



Tiap kali jumpa mesti ada perasaan gembira.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan segan silu.
Tiap kali jumpa mesti ada gelak terbahak-bahak.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan berdebar-debar.



Tiap kali jumpa mesti ada kenangan yang tak dapat dilupakan.
Tiap kali jumpa mesti ada ambil gambar macam orang nak gila.
Tiap kali jumpa mesti ada teringin nak buat surprise untuk awak.
Tiap kali jumpa mesti ada perasaan berat nak hantar awak pulang.



Kesimpulannya?

Semua yang berlaku menjadikan awak cukup istimewa berbanding orang lain. =)

p/s: Awak buat saya gila kejap lah. Eish! Jatuh standard.

Sunday, February 13, 2011

AkU dAn DiA

12 Februari 2011, Jam 2211

Assalamualaikum w.b.t., dan salam sejahtera.

Pukul 7.00 malam aku gerak daripada office di Kuala Selangor. Dan lebih kurang pukul 7.30 aku sampai rumah. Tepat jam 8.15, aku dengar ada bunyi kenderaan. Aku jengah lah kat tingkap. "Pit, cik Mat ni". Okay. Ingatkan sapa tadi. Dia datang sama-sama dengan anaknya yang bernama Adam Irfan. Post kali ni aku tak ada nak ceritakan apa-apa berkaitan yang berlaku hari ini. Cuma bila aku ternampak Adam Irfan tadi, aku selalu dengar orang akan cakap "Eh, kembar Fitri dah datang. Muka ko dulu macam ni la Pit masa kecik-kecik dulu".

Aku tak percaya dan tak pernah akan percaya bila orang cakap macam tu. Aku ambil album lama. Tengok balik gambar aku dan bandingkan dengan budak kecik tu. Tak sama pun. Tapi orang tetap cakap sama macam aku dulu kecik-kecik. Jadi, aku nak attach gambar Adam Irfan dan juga Muhammad Fitri sewaktu umur aku sebaya dengan dia dan anda blogger buatlah pernilaian tentang perbezaan kami.



Yang sebelah kiri Adam Irfan. Sebelah kanan Muhammad Fitri. Beza kan? Tak sama kan? Apa la diorang ni cakap aku sama pulak dengan Adam Irfan. Okay. Dah alang-alang aku post pics masa kecik-kecik, aku teringin nak tinggalkan lagi beberapa gambar masa aku beby dan ketika zaman sebelum persekolahan.



Ni aku pun tak pasti masa umur berapa bulan. Tapi yang pasti aku belum pon reti nak merangkak. Bersemangat! Tengok tu. Kecik-kecik dah pandai makan rambutan.



Iyah! Ni gambar si adik membuli si abang yang asyik menangis je. Amik kau.



Ni pula gambar kami empat bersaudara. Kami berempat lah yang menjadi cucu Haji Sarham generasi yang awal. Dari kiri Muiz (cucu ke-4), Faiz (cucu pertama - abang aku), Fitri (cucu ke-3), Adil (cucu ke-2).



Gambar ni ketika zaman sebelum pra-sekolah pun. Mak aku cakap aku ni bulat pendek. Tak macam abang aku yang kelihatan lebih seimbang masa tu.



Last one, ni dia gambar terakhir. Aku meng-kiss abang aku. Haha! Menangis abang aku kena rogol dengan aku.

p/s: sapa-sapa yang ada gambar masa kecik-kecik, meh la join upload dan share kepada blogger. Gelak sendiri beb bila tengok balik.

DeRiTa bErGeLaR SaUdArA BaRu

11 Februari 2011, Jam 2304

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Nukilan kali ini berkisarkan tentang apa yang baru aku dengar, lihat, dan selami selepas sesi ceramah di Bank Rakyat Kuala Selangor pada jam 6 petang tadi. Di bank, sesi ceramah seperti ini diadakan sekiranya ada tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam yang semakin menghampiri. Contoh, ceramah kali ini adalah sempena Maulidur Rasul pada 15hb Februari 2011. Pada asal, topiknya berkaitan dengan Maulidur Rasul. Tapi lama kelamaan bertukar kepada kisah hidup penceramah itu yang berstatus seorang Muallaf.

Banyak perkara yang menarik perhatian aku. Menjadi seorang berstatus Mu'allaf atau lebih dikenali sebagai SAUDARA BARU bukan suatu perkara yang mudah. Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr., anak kelahiran Sabah ini memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang beragama Kristian. Lahir dari kalangan keluarga yang taat kepada agama Kristian. Namun begitu, dia tertarik kepada agama Islam ini yang begitu indah dan sempurna secara teorinya.

Dipendekkan cerita, beliau akhirnya memeluk Islam. Namun begitu, nilai murni yang dipelajari dalam Islam secara teori itu jarang dilihat, apatah lagi melihat ada yang mengamalkannya. Orang Islam sendiri tahu bahawa mereka diperintahkan untuk bersolat. Namun ada jawapan-jawapan sinis yang berbunyi "Aku solat pun bukannya boleh kaya". Apabila diperintahkan berzakat, lahir keluhan "Nanti jatuh miskin lupa aku ni". Arahan menutup aurat pula dibantah "Panas lah pakai tudung. Tak ikut trend semasa betul". Adakah orang yang bercakap ni tak fikir apa persepsi yang akan dilemparkan oleh dia? Cakap ikut apa yang terlintas kat hati je. Orang cakap kalau nak bodoh tu boleh, tapi jangan bodoh sangat.

Kecewa dengan maklum balas itu, dia mencuba pada ustaz dan imam. Namun begitu, ustaz dan imam juga tidak ada beza. Ada yang merokok, menyingsing kain sehingga paras peha, dan tidak kurang juga ada yang sibuk bercerita tentang hal-hal dunia di dalam masjid. Jadi, dia memutuskan untuk kembali kepada agama Kristian yang mana penganutnya taat kepada perintah Tuhan mereka tanpa banyak bicara dan nampak lebih baik berbanding agama Islam.

Namun cerita tidak berhenti disini. Kerana tidak berpuas hati dengan Islam secara realitinya, dia membuat kajian antara Bible dan al-Qur'an. Akhirnya penemuan dia menunjukkan agama Islam adalah agama yang sempurna. Dan akhirnya dia kembali memeluk agama Islam semula. Kali ini dia kembali kepada Islam bersama 3 orang rakan wanitanya.

Apabila memeluk Islam dan secara automatik memegang status sebagai seorang Mu'allaf. Seperti yang dijangkakan, keluarganya tidak pernah suka dan ingin dia kembali kepada agama Kristian. Bermacam-macam perkara yang dialami semata-mata kerana keluarganya ingin dia kembali kepada agama Kristian. Oleh kerana tidah tahan, dia lari dari rumah dan mencari perlindungan di Masjid. Kawan-kawannya juga ikut bersamanya mencari perlindungan atas alasan yang sama.

Namun begitu, ada perkara yang kurang enak untuk didengar apabila dia ingin mencari perlindungan di sana. AJK masjid mengatakan kepadanya bahawa masjid tidak boleh jadi tempat untuk tidur. Masjid adalah tempat bersolat dan beribadah. Kemudian, mereka cuba di surau-surau pula. Jawapan yang sama diterima. Jadi ke mana tempat yang hendak di tuju sekiranya tempat yang paling mereka harapkan untuk mendapatkan perlindingan tidak menerima? Akhirnya mereka bertekad untuk merempat di kaki lima. Dia merasakan oleh kerana dia lelaki, maka kurang menjadi beban. Tapi fikirlah tentang 3 orang rakan wanita yang bersamanya. Oleh kerana kepayahan yang mereka hadapi, wanita-wanita itu kembali kepada agama Kristian. Apabila ditanyakan pengalaman sebagai Muslimah selama tempoh itu, jawapan mereka "Hidup sebagai Mu'allaf bagaikan hidup di neraka".

Jadi, cerita untuk wanita-wanita itu terhenti setakat di situ. Di pihak Ikhwan pula dia tahu bahawa Mu'allaf berhak menerima Zakat atas tiket sebagai seorang yang baru memeluk Islam. Lalu dia cuba untuk memohon bantuan Zakat. Kelayakan adalah sangat ketat. Pihak zakat mahukan penyata pendapatan keluarga, tahap kewangan diri, pengesahan dari ketua kampung dan sebagainya. Tapi bukankah apa bila seseorang berstatus Mu'allaf layak menerima zakat tanpa mengira sama ada kaya atau miskin. Kenapa perlu untuk melihat tahap pendapatan. Bukanlah niat untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu. Tapi di sini sekaligus mampu meruntuhkan niat mereka-mereka yang ingin memeluk agama Islam kerana takut tiada pembelaan dari Islam.

Bagi yang berminat untuk mengenali dia, disini saya sertakan link untuk ke blog dia

"http://jihadinsan.blogspot.com/?zx=6d1f136205ecc099"

Banyak lagi yang ingin dikongsikan. Tapi cukup lah setakat ini. Kesimpulannya, masyarakat kita yang telah berstatus Muslim sejak dari lahir ini tidak memberikan layanan yang baik kepada mereka sehinggakan ada yang sanggup kembali kepada agama asal mereka semata-mata kerana tidak diterima oleh kita sendiri. Fikir-fikirkan lah. Sekian.

PeRsEpSi MeTeReaLiStiK

9hb Februari 2011, Jam 2243




"Bro, mana parking kereta? Parking la dekat sikit" - "Encik ambil la dokumen yang perlu dekat kereta encik dulu. Saya tunggu sini" - "Kereta encik mana? Kenapa naik motor?"




Antara beberapa soalan fantastik, bombastik dan futuristik yang dilemparkan kepada aku setelah beberapa ketika menjadi seorang yang memegang status pegawai bank. Bila perkenalkan diri sebagai pegawai bank, ada yang cakap "mesti gaji masyuk kan encik". Tak kurang pula yang cakap "muda-muda lagi dah ada gaji besar ya encik". Macam bagus je kan pegawai bank ni. Yeke?

Apa yang aku nak nyatakan di sini sebenarnya aku ter-psycho dengan soalan-soalan panas customer berkaitan dengan kenderaan aku. Bila sebut kenderaan, automatik customer akan sebut perkataan KERETA. Agaknya orang ramai berpendapat pegawai bank wajib memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Yeke?

Dan yang nyata bila diorang tau aku menunggang motorsikal, pandangan sinis dilemparkan. Agaknya dalam hati diorang secara sinis berkata "Apa barang la pegawai bank ni. Sengkek betul. Macam ni nampaknya aku lagi kaya dari dia". Tak kurang pula yang secara positif bertanya "Mana kereta encik? Rosak ke?". Jawapan aku? Iye kan je lah.

Tapi di sebalik soalan-soalan negatif yang keluar, ada juga yang secara positif menerima bila aku cakap aku menunggang motorsikal. Sebagai contoh, ada yang memberi respons "Encik ni sempoi la. Rilek je naik motor je ke sini. Lepas tu discuss loan kat kedai mamak pun tak ada hal". Tak kurang pula yang memberi cadangan "Bro jangan la bawa 125Z. Minyak kuat. Bawa motor Honda Wave je. Baru la save sikit minyak."

Tersenyum sendiri bila teringat persepsi orang terhadap kenderaan seorang pegawai bank. Mungkin persepsi yang sama juga yang dilemparkan terhadap kakitangan professional seperti doktor dan eksekutif sekiranya mereka menunggang motorsikal untuk ke tempat kerja.

Coretan kali ini sekadar untuk berkongsi dan bukannya mengadu tentang kekurangan diri dalam aspek pemilikan kenderaan. Andainya ada yang kurang bersetuju, tinggalkan kata-kata anda pada ruangan comment. Kita kongsikan bersama. Sekian untuk kali ini.

ImPiAn SeLePaS SeBuLaN

8hb Februari 2011, Jam 2234

13 Disember 2010 menjadi tarikh pertama kalinya aku bekerja secara professional. Memang tidak dinafikan ada yang beranggapan pemegang ijazah sarjana muda mampu memperoleh kerjaya yang lebih baik berbanding yang di depan mata sekarang ini. Tapi hakikatnya dunia sekarang ini sukar untuk memperoleh kerjaya tanpa kreteria asas untuk menempuh alam pekerjaan. Pengalaman, kreativiti, dan aplikasi yang masih di tahap permulaan memerlukan kesabaran dan usaha disamping tawakkal kepada Tuhan.

3 pemohonan sehari bukan satu perkara yang mudah. Korban sedikit masa cuti tanpa diberikan sebarang Extra Salary, luangkan masa selepas office hour tanpa sebarang O.T allowance, dan habiskan minyak kenderaan juga top up tanpa sebarang Mileage and Handphone claims dibenarkan. Namun begitu keadaan kini semakin berubah baik. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu, mendorong dan memberikan kerjasama dalam memastikan peningkatan prestasi yang konsisten.

Yang sentiasa menjadi mangsa ialah awak. Ya, awak. Bila terjatuh, awak bantu untuk bangkit semula. Bila terasa lemah, awak berikan kata-kata semangat. Apabila gemuruh, awak lorongkan ke arah ketenangan. Awak yang sentiasa menjadi mangsa untuk menaikkan diri ini. Namun sebagai balasan untuk segala usaha awak, bayaran yang dikenakan adalah masa untuk kita berkurang. Kita tak lagi sentiasa ber-sms seperti sebelum. Tiada lagi istilah Keep in Touch dan Weekend for Us. Maaf atas segalanya. Terima kasih, kepada awak yang tidak pernah jemu menanti, bersabar dan sentiasa ada bersama.

Harapan menggunung mengharapkan tempoh sebagai pegawai pemasaran ini sekadar untuk satu tempoh yang pendek dan beralih kepada eksekutif bank berstatus kontrak selepas tempoh 6 bulan dari tarikh lantikan pegawai pemasaran, dan juga bertukar kepada eksekutif bank berstatus tetap setelah 6 bulan berikutnya. Impian semakin mendekati, harapan semakin menggunung dan juga keghairahan membuak-buak. Semoga impian menjadi kenyataan. Terima kasih, semua.

TeNtAnG aWaK

3hb Februari 2011, Jam 1358

Awak. Awak nak dengar pendapat jujur saya terhadap awak tak? Tapi kan, mungkin ada yang akan cakap saya ni melampau sebab tulis perkara-perkara macam ni. Tapi sekurang-kurangnya awak tahu apa pendapat jujur saya terhadap awak. Biar saya mulakan satu per satu.

Awak tau, cutting body awak, perghh! Memang seksi gila. Menjadi idaman ramai. Walaupun ada yang berpendapat awak ni gemuk, pendek, tak reti bergaya, tapi saya katakan awak cukup cantik dan idaman saya. You are so sexy. Kemudian, kulit awak pula lembut. Saya suka sentuh awak. Bila dah sentuh awak, saya rasa macam tak mahu lepaskan je. Warna kulit awak juga cerah dan menyenangkan setiap mata yang memandang awak.

Suara awak sebaik Altec Lensing. Jelas, lembut dan menyenangkan telinga-telinga yang mendengar suara awak. Awak, saya tak sabar nak memiliki awak. Awak, message yang saya nak beritahu juga mudah nak diceritakan kepada awak. Semuanya jadi mudah dengan awak.

Awak, ini part yang saya paling suka pada awak. Saya suka sentuh awak secara lembut. Awak nak tau kenapa? Sebab sentuhan lembut pun awak dah respons. Awak ni sensitif betul. Seronok rasanya bila sentuh awak. Dan saya pun tahu awak pun suka bila saya beri sentuhan lembut pada awak. Kan? Awak tak boleh tipu saya. Lepas tu kan, awak ni hebat tau. Awak boleh bertahan dengan lama. Awak memang hebat. Kadang-kadang tergugat juga dengan kehebatan awak.

Awak. Saya tak sabar nak memiliki awak. Saya nak semua orang tahu siapa awak. Saya letakkan gambar awak kat sini ye. Saya harap awak tak rasa malu sebab saya ceritakan tentang awak kat semua orang.



Awak lah idaman saya, NOKIA X5.

p/s: Sabar Ron. Bulan April 2011 ni dapat la Nokia X5 tu.

BiLa MaK dAn AbAh MuLa BeRsUaRa

30hb Januari 2011, Jam 1938

Bila mak mula cakap,"Pit, ni nanti bila ko kahwin, mak teringin nak buat bla bla bla...", membebel-bebel panjang.

Abah pulak cakap,"Pit, ni rumah kawan-kawan abah yang buat kenduri kahwin ni anaknya yang kahwin tadi semua sebaya engkau". Aku senyum je bila dengar.

Tapi kan, yang menjadi persoalan, kenapa pulak diorang kena cakap kat aku?

Kenapa la tak cakap "Faiz, ni nanti bila ko kahwin, mak teringin nak buat bla bla bla..." dan juga "Faiz, ni rumah kawan-kawan abah yang buat kenduri kahwin ni anaknya yang kahwin tadi semua sebaya engkau".

Aduhh!! Ni kes berat dah ni.

Mungkin aku ni anak yang dah bekerja, sebab tu la ayat tu jatuh kat aku. Tapi aku ni kan baru je dapat kerja. Lagipun banyak lagi impian aku yang belum tercapai. Biar la aku capai dulu apa yang aku inginkan sebelum menanggung anak orang.