APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, November 14, 2010

3 Hari

4hb Julai 2010, Jam 1045, Di Bank Rakyat Kuala Selangor.

Nak tau camne nak abeskan gaji kerja 1 bulan ngan cepat? Ni berdasarkan pengalaman aku lah ye. Camni yang aku buat pada gaji bulan julai 2010

1hb Julai 2010, Jam 0045

Aku ngan c0ol datang kat Wak Zack. Urut'2 sikit bahu dia. Dia pndang je aku. Wat'2 tak paham lak orang tua ni. X pe beb. Wa rilek je. Dia ni memang ngengade sikit. Wa urut lagi bahu dia. Senyum je dia. Dia hulur sampul surat dalam ade isi duit. Wa capai duit tu, cakap tima kasih, pastu lincah kadok aku chow. Haha! Sampai je kat uma, aku check. Aik! apesal kurang seratus? Owh, baru aku ingat. Aku dah mintak gaji awal mase nak pegi segamat ari tuh. So, dah kurang seratus dah. Blom pape dah kurang seratus. Adeh!

2hb Julai 2010, Jam 0745

Aku hulur duit kat abg aku. "Bro, ni tolong bayarkan motor aku ye". Dia orite je. Dah ilang lagi sikit dah. Then gune la sikit'2 untuk utilities aku.

3hb Julai 2010, Jam 1045

Kring'2! Tepon bunyi. AKu tengok numburnya tidak dikenali. Skali aku jawab, "Ello En. Fitri ye. Saya dari GTMaxx Meru. Kami tak boleh renew Roadtax awak sebab ada saman tak settle. Tengkiu". Aduh! Kena gua ni. Terpakse la gune saving aku yang macam ada takda tuh. Saman tak boleh nego. RM300 fixed!

Tengok tuh. Wa tak gune duit gua wat enjoy pon lagi. Tapi dah abes. Sdey giler lah. Rezeki gua kej 30 ari wa abeskan 3 ari je. Bukan merungut. Cume sekadar mengadu je =(

2 Alam

27hb Jun 2010, Jam 0034

Saat manis mampu bertukar jadi pahit dalam sekelip mate je kan. Senyuman tiba'2 bertukar jadi kesedihan sepantas 30 gigameter per saat yang mana bersamaan dengan kelajuan cahaya. Sayang mampu bertukar jadi benci dalam tempoh yang tak mampu diterima akal fikiran. Hanya 1 saat yang membezakan antara kehidupan dan kematian.

Dalam sepuluh kali gurauan membawa gelak tawa, pasti akan ada 1 kali gurauan yang membawa gurisan dihati dan jiwa. Dalam dua puluh senyuman, pasti wujud 1 kesedihan. Dalam lima puluh kali suapan masuk ke mulut, pasti ada 1 jatuh ke lantai. Dalam seratus kali senyuman membawa tanda gembira, pasti akan ada 1 senyuman yang bermaksud menyembunyikan hiba.

Anda bakal alaminya. Dua Alam daripada dR. Ron Fitri =D


Motif?

Wa Tak Tau Nak Tulis Ape. Tapi Nak Tulis Jugak. Ni Lah Hasilnya.
30hb Jun 2010, Jam 0056

Ko rase ko mampu memuaskan ati semua orang?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko rase ko patut berubah untuk orang lain?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko rase ko terbaik untuk semua orang?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko yakin dengan berubah seperti yang dikehendaki orang lain, ko akan diterima?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh

Ko yakin dengan memuaskan ati kebanyakan orang, ko akan diterima?
Kalau Ya, Ko Ni Bodoh



Ko faham tak? Tak perlu berubah untuk orang lain selagi ko tak memudaratkan orang lain. Ape? Ade yang rase ko memudaratkan diorang ke? Lu tulis tangan kiri dikatekan lu memudaratkan? Lu makan guna tangan mase sume orang gune sudu dan garfu diorang cakap memudaratkan? Lu naik moto yamaha cup mase sume member dah pki 135lc, rxz n 125zr diorang cakap memudaratkan? Kalau lu konsiderkan sume ni, lu jadi bodoh la beb. Puaskan ati orang lain semata-mata untuk diterima diorang.

Tuhan tu adil. Kite kurang kat 1 part berbanding orang lain, mesti ade 1 part lain yang kite lebih berbanding orang lain. Selagi ape yang kite buat tak salah, teruskan je. Just be yourself. Tak perlu berubah untuk orang lain dan tak perlu minta orang lain berubah untuk kita. Kalau tak suke, pegi mam. Janji yang kite buat tu tak salah. Simple kan?

ThESiS!!

22hb Jun 2010, Jam 0056

Yeke. Aku ingatkan senang. Tapi tak sangka pulak nak cari tajuk yg sesuai untuk thesis ni agak susah. Aku baru je settle refer balik kat sume contoh'2 thesis yang ade. Aku tengok'2 balik thesis yang member2 aku penah buat. Belek punye belek, hah!! Idea sudah mari, Aku dah dapat nak buat tajuk ape. Tapi aku tak nak lah bagi tau tajuknye kat sini. Bukan best pon tajuknye. Just aku berharap tajuk tu blom ade orang yang amek. Pastu main journalnye pon aku dah ade jugak. Terbaik lah!! Memang memudahkan kerja aku. Alhamdulillah. Syukur sangat'2.

Tajuk thesis pon dah dapat. Huh! Lambat betol aku nak cari tajuk. Selepas dipksa oleh si dia dengan pelbagai cara, baru lah aku sibuk nak cari tajuk dan jugak siapkan abstract. By the way, still have to say thanks to her. Kalau tak kena pakse ngn dia, jumaat agknye baru aku sibuk nak buat sume tuh. Now, aku baru je settle siapkan abstract untuk submit 26hb Jun ni.

Dah siap wat sume tu, time untuk belek'2 pics dulu b4 tido. So, belek'2 la sume pics yg aku terase nak belek. Pastu nyesal plak. Nape? Sebab mood aku dah bertukar. Teringat je moment'2 kat pics tuh. Sayu je rasenye. Ade yg best, ade yang pahit, ade yang lawak. Teringat kat member'2 kat uitm mase aku part 1 smpi abes ni. Huhu. Cukup! Ape da ko ni RoN. Ape la ko cite sume ni kat sini. Nampak sangat dalam hati ada taman.

~End of story~

Kau Kata Kan

11hb Jun 2010, Jam 1045

Kau katakan,
Tunjuk sesuatu gunakan ibu jari.
Tapi ku lihatkan,
Kau tunjuk tak gunakan ibu jari,
Malahan kau gunakan tangan kiri.
Bagaimana ni?

Kau katakan,
Letakkan kenderaan di petak yang betul.
Tapi bila aku lakukan,
Kau cakap " kau ni skema betul",
"Parking lebih kurang je dah la dol",
Kau ni memang mantul.

Kau katakan,
Mesti kena mandi pagi setiap hari.
Tapi yang aku rasakan,
Bau kau ni macam dah tiga hari tak mandi,
Mulut kau pula macam bau b*bi,
Kau memang ngeri,

Kau katakan,
Patah tumbuh hilang berganti.
Tapi ku lihatkan,
yang tumbuh kembali hanya ilusi,
Yang hilang pula tidak kau ganti,
Pedihnya hati.

Kau katakan,
Lakukanlah sesuatu dengan ikhlas.
Tapi dari suatu sudut pandangan,
Ku lihat kau seperti mengharapkan balas,
Kebaikanmu semua kau ceritakan tanpa beralas.
Lihatlah, niat kau dah jelas.

Kau katakan,
Kau suka pada kebersihan.
Tapi yang kau perlihatkan,
Bilik kau la yang paling macam setan,
Rilek je kau ni kan,
Langsung tak segan.

Kau katakan,
Setia hanya pada satu.
Tapi kau suarakan,
Ape barang awek satu,
Awek biar beribu,
Hai, mane prinsipmu yang dahulu?

Kau katakan,
Sehari perlu solat lima waktu.
Tapi kemudian,
Kau terus tak keluar'2 dari bilikmu,
Dari pagi sampai ke malam pulak tu,
Konfius aku.

Kau katakan,
Hidup hanya sekali,
enjoy jangan sampai lupa diri.
Tapi yang aku lihatkan,
Kau ibarat lupa diri,
Enjoy sampai lupa kau akan mati,
Kawanku, berhati-hati.

Kau katakan,
Tulis blog jangan panjang'2,
Kang orang yang bace jadi bengang.
Tapi aku ni pulak kan,
Tulis blog sampai tak cukup ruang,
Macam nak kene pelempang,
Bile nak fullstopnye ni bang.

Okay. Cukup lah tu merapik. =D

KeNaPaKaH??

9hb Jun 2010, Jam 1554

Tak patut betul lah!! Tolong jangan wat macam ni!! Takkan la benda macam ni pon nak kedekut!! Anginnye aku!!

Ade ke patut opis punye besar gini takleh akses internet. Ces! Kedekut tol Bank Rakyat ni!

p/s : Sape yang jadi boss esok jgn kedekut internet kat staff'2 anda. Kepada boss'2 yang tak suke aku cakap gini, wa tak suke lu. Haha!

MAIKEL JEKSEN

8 Jun 2010, Jam 1420

Setakat ni baru 7 hari aku praktikal kat kedai makan. Eh! Pale otak ko lah RoN. Bukan praktikal kat kedai makan lah. Praktikal sambil bekerja kat kedai makan. Haa~. Baru betol.

Kerja rasenye takde masalah sangat. Masalah'2 bese je. Pressure tempat praktikal takde sangat pon. Sume staff memang baik. Bersikap ramah dan jugak mesra even aku baru 7 hari kat sini. Diorang buat aku rase slesa dan rase macam staff yang dah lama kat sini. Happening abes. Cume kat kedai je yang macam stress sikit. Mungkin sebab keje kat kedai lagi byk dari keje kat tempat praktikal ni kot. Kerja kat kedai makan kene buat laju sket.

Dan kesan dari kerja dua tempat ni dalam masa 1 hari ni, muka aku lain sket. Abg aku yang tegur pasal ni semalam. Dia cakap aku nampak macam Maikel Jeksen. Maikel Jeksen?? Pe jadahnye aku macam Maikel Jeksen lak. Aku jalan undur mcm Maikel Jeksen ke? Abg aku pon explain "Muke ko nampak pucat pastu mata nampak lebam".

OoOo~. Sebenarnye kerja kat dua'2 tempat ni aku takde lah letih sangat. Tapi bile aku kerja kat dua'2 tempat ni, masa untuk aku berehat dah kurang. Al-maklum je lah. Dulu aku ni kaki tidur. Tidur kalau kurang dari 12 jam sehari bukan RoN namanye. Alih'2 sekarang ni kene tidur kurang dari 6 jam sehari. Mau tak terkejut badan gua yang tough ni bile kena gitu.

Solution?

Wat bodo je. Aku kena lah blajar besekan diri. Aku kene gagahkan tulang empat kerat ni sepanjang 5 bulan praktikal. Untung'2 jap lagi jadi tough betol'2. Yeah! Doakan aku kental dan bertahan untuk kerja sepanjang praktikal ni.