APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Sunday, May 9, 2010

TeTiBe Je BluR

Tau nape? Sebab ade sorang ni dia dah tulis semua benda yang aku nak tulis. Jadinya, bace je la blog dia ye. Blog Liyana Mohd Zabidi. Potong line betul lah dia ni. Semua idea dah kena bedal dengan dia. tapi kan, lagipun aku tulis ni dah awal pagi. Sekarang dah pukul 4.40 pagi. So, pale otak pon dah mule berat sangat dah. Mata pon dah kena tongkat pakai pencungkil gigi. No wonder lah macam tuh.

Kita tengok esok pagi macam mane. Kalau ade idea lagi, aku tulis lagi.

p/s: aku tulis post ni lame betul. Asyik salah taip je. nampak sangat dah lemau. Tilam dah memanggil.

DoNe WiTh FiNaL ExAmS!!

Tepat jam 5.15 ptg tadi, berakhirlah azab final exam untuk aku bagi semester January 2010 ni. Lapang sangat kepala otak aku sekarang ni. Lega. Tapi kan, aku cuma ada masa rehat lebih kurang 2 hari je. Lepas tu dah start kena kerja kat tempat biasa. mesti mau cari duit lebih. Mau kasi bestpren aku ni makan. Untung kau BKK5370. Aku xpenah la nak tanggung makan minum sape'2 pon sebelum ni. Ko memang untung. So, jangan la susahkan aku ye.

Lepas ni, aku kene get ready untuk cari advisor bagi latihan industri aku. Then, preparing myself to cope with practical training environment. Asyik belajar je. Sekarang dah sampai masa untuk aku selangkah ke alam pekerjaan. Tahun depan kalau ada rezeki, kerja lah aku. Cari duit untuk beli kereta, rumah. Bila semua dah okay, ape lagi. jumpe mak abah pastu mintak diorang pinangkan sorang gurl ni untuk aku. InsyaAllah. Kalau ade rezeki dan jodoh, takkan ke mana. AWAK!! Suka la dia bila baca post ni. Cakap kat parents awak, jangan mintak hantaran mahal'2. Nanti xcukup'2 duit saya nak pinang awak. Awak cakap kat parents awak, "sebaik'2 mahar ialah mahar yang tidak membebankan". Time ni la tetibe aku jadi ustaz. Hehe.

Lepas ni cuma kena tunggu result untuk final exam semester January 2010. And hopefully the result is on flying colour as hoped. All done now. Just wait for the result.

:..:PhOtOsCaPe:..:

-Nothing much to been mentioned here...
-Just wanna way thanks to someone who teach me on how use this software...
-Seem like I'm start to like on this things! Yup!..
-At first, its so hard, but lately become so easy and interesting...
-Proven that this software beautifying the beautiful things...
-Since I'm left-handed, some expecting the artwork of left-handed should be better than right-handed...
-I'll upload my messy edited pics next time maybe...

-Sorry for inconvenient...

...You know what?-
...This Photoscape software make me realize that sometimes, complicated thing is better than simple things-
...Grr! This thing teasing me (lolz)-
...But really, I'm starting to like on complicated things in my every simple day-
...Complicated life, complicated games, complicated time management-
...And this realizing me that i should never expect my 'simple life' will be as simple as I wanted it to be-
...So, be well prepared Ron =)

KiCk StaRt!!

...satu tempoh yg lama la jugak aku tak tulis blog aku ni-
...reason?-
...final exam is the main reason-
...giler kau. Aku cume ade dua paper je kot-
...mst la nak make sure aku dapat DL-
...and hopefully aku akan dapat DL lah-

...Act, tarikh 21hb April hari tu aku diterima untuk menjalani latihan industri-
...butiran adalah seperti berikut-

tempat : Bank Rakyat Kuala Selangor
tempoh : 31hb Mei 2010 hingga 10 Oktober 2010 - 5 bulan
masa : 0800 - 1700 setiap isnin hingga jumaat
Elaun(*siap nk tuliskan jgk tuh) : RM 100.00 atau berdasarkan budi bicara cawangan tersebut

-dalam masa yang sama, aku bercadang nak buat kerja sambilan masa aku tengah latihan industri tu...
-berikut maklumat berkaitan kerja sambilan...

tempat : batu 71/2, pekan meru
tempoh : 11hb Mei 2010 sehingga termampu
Pendapatan : RM***.00 (*dapat pulak aku nak info gaji aku kat sini)

-tapi aku pun tak tahu lagi tahap kemampuan aku...
-kalau larat, aku further je terus keje aku kat sini...
-kalau tak larat pon kena laratkan jugak lah...
-kenapa aku sanggup buat mcm ni?...

-demi BKK5370 tersayang lah...
-kalau aku tak kerja, abes la BKK5370 kena tarik kang...
-hopefully aku mampu utk buat semua ni...
-tebabooommmm!!!!!
-titik noktah ler~

Tuesday, April 20, 2010

ShOrT StoRieS

17hb April 2010
A - Haa! Belom beli tiket lagi? Abis tu besok nak balik sini macam mane? Kalau tetibe esok takde tiket bas kan susah.
B - Takpe lah. Esok pagi'2 teros gerak pegi terminal. Try tengok tiket ad pukul berapa. Kalau tiket petang, terpakse la tunggu sampai petang kat situ.
A - Eish! Biar betol. Leceh tuh. Camni lah. Ko try usha dulu ade tiket ke tak. Kalau takde, aku datang amek ko naik motor. Ko payung aku makan dah la.
B - Eh, susahkan ko plak kang. Takpe lah. Segan aku.
A - Laa. Ko usha dulu tiket. Kalau pagi tu takde tiket, nanti aku amek ko.
B - Err. Kalau aku tak nak usha tiket tapi aku nak tunggu ko datang amek aku boleh tak?
A - Orite jugak. (Dalam hati = Ceh. Tadi konon macam segan. Haha!)

18hb April 2010 - jam 1200
A - Dah sampai terminal dah ni.
B - Okay. Pukul 2 nnt gerak. kite lepak dulu kat sini.
A - Takde hal lah.

jam 1500
A - Ko ok ke tak ni? Nak break jap tak? Dah 1 jam atas moto ni.
B - Ok je. Takde hal (*ko siap senyum'2 lagi. tapi aku paham. confirm ko da mula sakit pinggang.)
A - Ok'2.

jam 1600
A - Boleh tahan lagi tak? Nak break? (*padahal aku yang nak break sebenarnye. Tapi cover line)
B - Err. Ok jugak. Break kejap lah.
A - Okay. (*nasib baik ko nak break. Alhamdulillah)

jam 1700
A - Fuh. Sampai jugak last'2. Penat beb. Lambat jugak nak sampai. Slow je atas motor tadi.
B - Ko tau tak. Nak patah pinggang aku. Lepas ni tak nak aku naik motor ko lagi dah. Abes baju aku bau 2T motor ko. Ko bawak dah la laju je. Takut aku. Sebab ko bawak laju la aku sakit pinggang. (*Abes aku kena)
A - Err. Okay.


(*100km/j atas highway, laju? Tapi kan, aku perasan ko siap tido'2 lagi atas motor tuh. Pastu ko bebel. Ceh!)

Smile when you read this. =)
Takpe lah. Next time aku tak bawak ko naik motor jauh'2 lagi. Kesian ko. Sakit kan. Aku paham.

p/s - Saje je wa tulis. Takde keje. Lu tak suke wa tulis ni? Wa kesah plak.

Finale!

Tengok kat laptop. Eh? Dah 20 April 2010 dah ke. La yeke. Awat macam cepat giler.

Rase macam baru 2 minggu lepas aku register course tuk part 5. Rase mcm baru minggu lepas aku naik Gunung Datok and Gunung Arong. Rase macam 6 hari lepas aku jatuh motor kat subang (*sakit siot). macam baru 5 hari lepas aku lepak kat bekok. Rase macam baru 4 hari lepas maen bowling dengan member'2 gunung. Rase macam baru 3 hari lepas aku propose dia (*blushing'2). Rase macam kelmarin aku mintak keje kat segamat (*tapi bukan dapat pon). Rase macam baru semalam aku mintak duit kat mak aku (*hehe).

Memory part 5 ni masih segar lagi dalam ingatan aku. Tak sempat nak lupa lagi. Tau'2 je final dah dekat gile kot. Cepat betul mase berlalu kan.

Preparation?
Wallahualkam. Aku pon tak tau nak cakap aku prepare ke tak. Aku cume boleh cakap aku akan prepare setakat yang termampu dan setakat yang terbaik aku boleh. Aku tau ade yang akan cakap "ala, lu 2 subjek je bleh la. Kalau x DL, memang buduh la maknenye" and "Kalau aku 2 sbjek je, cnfirm 4 flat". Tapi aku kesah plak kan. Wa tau lu pandai cakap je. Kalau lu kat tempat gua, wa pon rase lu akan cakap lu ni pandai cakap je lebey. Tapi wa akan ingat janji lu. Kalau wa dapat 4.00, haha. Silap la lu. Jangan lupe janji lu.

Paper 1st aku 25hb April 2010 - Islamic Capital Market. 2nd paper pulak 8hb Mei 2010 - Philosophy and Principle of Islamic Banking. Doakan yang terbaik tuk aku. Aku pon insyaAllah akan doakan yang terbaik tuk korg jugak. Kepada member'2 yang prktikal, aku doakan kejayaan korang. All da best okay~

Wednesday, April 14, 2010

Nilailah Sendiri

Aku tidak layak memberikan nasihat. Mana mungkin usiaku yang setahun jagung ini layak memberikan nasihat. Bak kata orang tua-tua, tidak munasabah mereka yang baru tumbuh gigi memberikan nasihat kepada mereka yang hampir kehabisan gigi. Jadi, ini sekadar renungan buat kita semua.

Dalam setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Apa yang berlaku sama ada baik ata buruk, perlulah di hadapi dengan lebih kuat, tenang dan matang. Setiap yang berlaku pasti mampu mematangkan diri kita dalam membuat keputusan. Ia juga pasti mampu membantu dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Mungkin diri ini satu insan yang luar daripada komuniti tersebut. Tapi rasanya sebagai insan yang mahu melihat anda semua gembira dan teguh sebagaimana satu masa dulu, insan ini merasakan dia perlu menyuarakan sesuatu. secara jujur, dahulunya aku kagum. Kamu satu pasukan yang kuat. Apabila kena kencing, kamu basah bersama. Dan apabila mengencingkan yang lain, kamu membasahkan yang lain bersama-sama. Tapi kini, cukup menyedihkan.

Lumrah dunia. Sebagai manusia, kita memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin sesetengah kesilapan dirasakan agak keterlaluan apabila terjadi. Dan kita beranggapan tidak patut dimaafkan. Tapi cuba renungkan kembali. Benarkah kita merasakan mereka layak menerima sebegitu? Adakah tiada langsung kesilapan dalam diri kita yang mungkin secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan perkara itu?

Sikap manusia memang suka menuduh orang lain. Kita mudah melihat kesilapan orang lain. Tapi sedarkah kita bahawa kita tidak nampak akan kesilapan diri kita? Aku juga manusia. Tak lari dari melakukan perkara yang sama. Aku juga mudah melihat kesilapan yang lain dan tidak sedar kesilapan sendiri. Nescaya itu, aku mahu berpesan kepada diriku dan yang lain-lain. Janganlah hanya memandang pada kesilapan orang lain. Buangkan sedikit egomu dan nilai semula kepada setiap apa yang terjadi. Lihat di mana letaknya posisi kesilapan kita dalam susur galur permasalahan yang berlaku.

Wahai sabahat-sahabat sekalian. Jangan begitu mudah memutuskan hubungan sesama manusia. Aku tahu aku bukan sesiapa pada kamu semua. Aku sekadar mahu melihat kamu semua seperti dahulu. Kuat, hebat, gah dah berjaya bersama-sama. Aku tidak memihak kepada mana-mana. Aku sekadar mahu melihat kamu semua bersatu semula.

~Titik Noktah~