APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Wednesday, April 14, 2010

Nilailah Sendiri

Aku tidak layak memberikan nasihat. Mana mungkin usiaku yang setahun jagung ini layak memberikan nasihat. Bak kata orang tua-tua, tidak munasabah mereka yang baru tumbuh gigi memberikan nasihat kepada mereka yang hampir kehabisan gigi. Jadi, ini sekadar renungan buat kita semua.

Dalam setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Apa yang berlaku sama ada baik ata buruk, perlulah di hadapi dengan lebih kuat, tenang dan matang. Setiap yang berlaku pasti mampu mematangkan diri kita dalam membuat keputusan. Ia juga pasti mampu membantu dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Mungkin diri ini satu insan yang luar daripada komuniti tersebut. Tapi rasanya sebagai insan yang mahu melihat anda semua gembira dan teguh sebagaimana satu masa dulu, insan ini merasakan dia perlu menyuarakan sesuatu. secara jujur, dahulunya aku kagum. Kamu satu pasukan yang kuat. Apabila kena kencing, kamu basah bersama. Dan apabila mengencingkan yang lain, kamu membasahkan yang lain bersama-sama. Tapi kini, cukup menyedihkan.

Lumrah dunia. Sebagai manusia, kita memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin sesetengah kesilapan dirasakan agak keterlaluan apabila terjadi. Dan kita beranggapan tidak patut dimaafkan. Tapi cuba renungkan kembali. Benarkah kita merasakan mereka layak menerima sebegitu? Adakah tiada langsung kesilapan dalam diri kita yang mungkin secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan perkara itu?

Sikap manusia memang suka menuduh orang lain. Kita mudah melihat kesilapan orang lain. Tapi sedarkah kita bahawa kita tidak nampak akan kesilapan diri kita? Aku juga manusia. Tak lari dari melakukan perkara yang sama. Aku juga mudah melihat kesilapan yang lain dan tidak sedar kesilapan sendiri. Nescaya itu, aku mahu berpesan kepada diriku dan yang lain-lain. Janganlah hanya memandang pada kesilapan orang lain. Buangkan sedikit egomu dan nilai semula kepada setiap apa yang terjadi. Lihat di mana letaknya posisi kesilapan kita dalam susur galur permasalahan yang berlaku.

Wahai sabahat-sahabat sekalian. Jangan begitu mudah memutuskan hubungan sesama manusia. Aku tahu aku bukan sesiapa pada kamu semua. Aku sekadar mahu melihat kamu semua seperti dahulu. Kuat, hebat, gah dah berjaya bersama-sama. Aku tidak memihak kepada mana-mana. Aku sekadar mahu melihat kamu semua bersatu semula.

~Titik Noktah~

4 comments:

Anonymous said...

khas untuk kamu semua wahai sahabat ku...

yana mz~

Ron Fitri said...

=)

Anonymous said...

hehe..ai da mls nk update blog..so mcm u updatekan tuk ai lah..hehe

yana mz

Ron Fitri said...

huhu..boleh aje...