APA? INGAT AKU BODOH PASAL KOMPUTER, AKU TAK BOLEH ADA BLOG?

DAPAT PULAK!!!

Tuesday, April 20, 2010

ShOrT StoRieS

17hb April 2010
A - Haa! Belom beli tiket lagi? Abis tu besok nak balik sini macam mane? Kalau tetibe esok takde tiket bas kan susah.
B - Takpe lah. Esok pagi'2 teros gerak pegi terminal. Try tengok tiket ad pukul berapa. Kalau tiket petang, terpakse la tunggu sampai petang kat situ.
A - Eish! Biar betol. Leceh tuh. Camni lah. Ko try usha dulu ade tiket ke tak. Kalau takde, aku datang amek ko naik motor. Ko payung aku makan dah la.
B - Eh, susahkan ko plak kang. Takpe lah. Segan aku.
A - Laa. Ko usha dulu tiket. Kalau pagi tu takde tiket, nanti aku amek ko.
B - Err. Kalau aku tak nak usha tiket tapi aku nak tunggu ko datang amek aku boleh tak?
A - Orite jugak. (Dalam hati = Ceh. Tadi konon macam segan. Haha!)

18hb April 2010 - jam 1200
A - Dah sampai terminal dah ni.
B - Okay. Pukul 2 nnt gerak. kite lepak dulu kat sini.
A - Takde hal lah.

jam 1500
A - Ko ok ke tak ni? Nak break jap tak? Dah 1 jam atas moto ni.
B - Ok je. Takde hal (*ko siap senyum'2 lagi. tapi aku paham. confirm ko da mula sakit pinggang.)
A - Ok'2.

jam 1600
A - Boleh tahan lagi tak? Nak break? (*padahal aku yang nak break sebenarnye. Tapi cover line)
B - Err. Ok jugak. Break kejap lah.
A - Okay. (*nasib baik ko nak break. Alhamdulillah)

jam 1700
A - Fuh. Sampai jugak last'2. Penat beb. Lambat jugak nak sampai. Slow je atas motor tadi.
B - Ko tau tak. Nak patah pinggang aku. Lepas ni tak nak aku naik motor ko lagi dah. Abes baju aku bau 2T motor ko. Ko bawak dah la laju je. Takut aku. Sebab ko bawak laju la aku sakit pinggang. (*Abes aku kena)
A - Err. Okay.


(*100km/j atas highway, laju? Tapi kan, aku perasan ko siap tido'2 lagi atas motor tuh. Pastu ko bebel. Ceh!)

Smile when you read this. =)
Takpe lah. Next time aku tak bawak ko naik motor jauh'2 lagi. Kesian ko. Sakit kan. Aku paham.

p/s - Saje je wa tulis. Takde keje. Lu tak suke wa tulis ni? Wa kesah plak.

Finale!

Tengok kat laptop. Eh? Dah 20 April 2010 dah ke. La yeke. Awat macam cepat giler.

Rase macam baru 2 minggu lepas aku register course tuk part 5. Rase mcm baru minggu lepas aku naik Gunung Datok and Gunung Arong. Rase macam 6 hari lepas aku jatuh motor kat subang (*sakit siot). macam baru 5 hari lepas aku lepak kat bekok. Rase macam baru 4 hari lepas maen bowling dengan member'2 gunung. Rase macam baru 3 hari lepas aku propose dia (*blushing'2). Rase macam kelmarin aku mintak keje kat segamat (*tapi bukan dapat pon). Rase macam baru semalam aku mintak duit kat mak aku (*hehe).

Memory part 5 ni masih segar lagi dalam ingatan aku. Tak sempat nak lupa lagi. Tau'2 je final dah dekat gile kot. Cepat betul mase berlalu kan.

Preparation?
Wallahualkam. Aku pon tak tau nak cakap aku prepare ke tak. Aku cume boleh cakap aku akan prepare setakat yang termampu dan setakat yang terbaik aku boleh. Aku tau ade yang akan cakap "ala, lu 2 subjek je bleh la. Kalau x DL, memang buduh la maknenye" and "Kalau aku 2 sbjek je, cnfirm 4 flat". Tapi aku kesah plak kan. Wa tau lu pandai cakap je. Kalau lu kat tempat gua, wa pon rase lu akan cakap lu ni pandai cakap je lebey. Tapi wa akan ingat janji lu. Kalau wa dapat 4.00, haha. Silap la lu. Jangan lupe janji lu.

Paper 1st aku 25hb April 2010 - Islamic Capital Market. 2nd paper pulak 8hb Mei 2010 - Philosophy and Principle of Islamic Banking. Doakan yang terbaik tuk aku. Aku pon insyaAllah akan doakan yang terbaik tuk korg jugak. Kepada member'2 yang prktikal, aku doakan kejayaan korang. All da best okay~

Wednesday, April 14, 2010

Nilailah Sendiri

Aku tidak layak memberikan nasihat. Mana mungkin usiaku yang setahun jagung ini layak memberikan nasihat. Bak kata orang tua-tua, tidak munasabah mereka yang baru tumbuh gigi memberikan nasihat kepada mereka yang hampir kehabisan gigi. Jadi, ini sekadar renungan buat kita semua.

Dalam setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Apa yang berlaku sama ada baik ata buruk, perlulah di hadapi dengan lebih kuat, tenang dan matang. Setiap yang berlaku pasti mampu mematangkan diri kita dalam membuat keputusan. Ia juga pasti mampu membantu dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Mungkin diri ini satu insan yang luar daripada komuniti tersebut. Tapi rasanya sebagai insan yang mahu melihat anda semua gembira dan teguh sebagaimana satu masa dulu, insan ini merasakan dia perlu menyuarakan sesuatu. secara jujur, dahulunya aku kagum. Kamu satu pasukan yang kuat. Apabila kena kencing, kamu basah bersama. Dan apabila mengencingkan yang lain, kamu membasahkan yang lain bersama-sama. Tapi kini, cukup menyedihkan.

Lumrah dunia. Sebagai manusia, kita memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin sesetengah kesilapan dirasakan agak keterlaluan apabila terjadi. Dan kita beranggapan tidak patut dimaafkan. Tapi cuba renungkan kembali. Benarkah kita merasakan mereka layak menerima sebegitu? Adakah tiada langsung kesilapan dalam diri kita yang mungkin secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan perkara itu?

Sikap manusia memang suka menuduh orang lain. Kita mudah melihat kesilapan orang lain. Tapi sedarkah kita bahawa kita tidak nampak akan kesilapan diri kita? Aku juga manusia. Tak lari dari melakukan perkara yang sama. Aku juga mudah melihat kesilapan yang lain dan tidak sedar kesilapan sendiri. Nescaya itu, aku mahu berpesan kepada diriku dan yang lain-lain. Janganlah hanya memandang pada kesilapan orang lain. Buangkan sedikit egomu dan nilai semula kepada setiap apa yang terjadi. Lihat di mana letaknya posisi kesilapan kita dalam susur galur permasalahan yang berlaku.

Wahai sabahat-sahabat sekalian. Jangan begitu mudah memutuskan hubungan sesama manusia. Aku tahu aku bukan sesiapa pada kamu semua. Aku sekadar mahu melihat kamu semua seperti dahulu. Kuat, hebat, gah dah berjaya bersama-sama. Aku tidak memihak kepada mana-mana. Aku sekadar mahu melihat kamu semua bersatu semula.

~Titik Noktah~

Saturday, April 10, 2010

Konflik Dalam Diri

- Hidup tidak akan sunyi dari konflik.
- Tapi bila ada konflik berkaitan, diri sendiri yang akan rasa sakitnya walaupun sedikit.
- Dunia ini memang sesuatu yang penuh dengan rahsia.
- Tidak semua perkara yang berlaku seperti yang kita jangka dan harapkan.
-Tetapi sekiranya semua berlaku seperti yang di rancangkan, pasti juga bosan kerana tiada cabaran.
- Aneh bukan?

- Konflik dengan diri sendiri antara perkara yang paling menyakitkan.
- Tatkala diri masih cuba mencari identiti sendiri, pelbagai konflik yang akan muncul.
- Konflik diri akan muncul pada pelbagai tahap kekerapan.
- Ada yang kerap kali.
- Ada yang hanya sesekali sahaja.
- Padaku, aku cemburu bagi yang merasakannya sesekali.
- Aku cukup sakit bila kerap kali berhadapan dengan konflik dalam diri.
- Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari.
- Aku benci menghadapi konflik dalam diri.
- Tapi aku tahu ia penting dalam mematangkan diri.
- Walaubagaimanapun aku tetap tidak suka akan ia.

- Aku letih dengan konflik dalam diri aku.
- Cepatlah berlalu wahai KONFLIK DALAM DIRI.
- Tenangkanlah hatiku sementara waktu ini.
- Aku mahu diriku tersenyum bila sendirian, fikiranku yang lapang, hati yang tenang.
- Just let me rest first.
- Please~

Saturday, April 3, 2010

:..Girlfriends & Wife.::

Before kOrg bace lebih lanjut, aku just nak ingatkan pOst ini sekadar hiburan. Sekadar gurauan di malam'2 hari. Okay. Have fun when read this pOst =)

Isteri mcm TV.
Gf macam handphone (HP).

Di rumah - tngok TV.
Pergi luar - bawa HP.

Xde duit - jual TV.
Ade duit - beli HP baru.

Kadang² - seronok tngok TV.
Selalu²nye - bnyak masa main HP.

TV - skali bayar jer percuma sepanjang hayat.
HP - kalu x bayar bil line akan di tamat kan.

TV - saiznya besar,berat dan dah buruk.
HP - cute,comel,ramping,bnyk butang bleh picit² dan leh bawak kemana-mana& bila² masa.

Kos penyelenggaraan TV - murah jer lagipon jarang rosak.
HP - mak oiii…mahal giler,slalu meragam plak 2.

TV - ade remote control.
HP - xde remote.

Cuma 1 jer kelebihan TV - x da virus. HP -belambak, sekali kena merana.

Jd jangan pening kepala..
Pilihlah TV anda, kalau boleh ambik yg plsma..hehehe~